Ji Hyo diam membiarkan Takeru menuam wajahnya dengan pad ais.
Ikutkan hati,mahu saja dia menentang perbuatan lelaki itu tetapi lelaki itu lebih bijak dengan mengugut untuk melaporkan video yang dirakamnya tadi kepada pihak polis.
Lagi pun itu bukan style Ji Hyo untuk memperbesarkan masalah itu.
"Sokayy saya boleh buat."
Ji Hyo akhirnya merampas jua pad ais itu dari tangan Takeru.
Takeru bangun.
"Masih tak nak berhenti ke jadi pengawas lepas kena pukul ni?"
Soal Takeru.Ji Hyo mencebik.
"Jangan nak menyibuk lah hal saya."
Takeru ketawa kecil.
"Aku tak faham betul dengan kau."
"Then Don't try to understand me."
Mereka bertentangan mata.Takeru senyum.
"Okay....suka hati kau."
Takeru cuba berlalu dari bilik rawatan itu namun langkahnya terhenti.
"Gumawo."
Ucap Ji Hyo.Takeru toleh belakang.
"Aku fikir kau dah tak reti nak ucap terima kasih kat orang?"
Sakatnya.Ji Hyo menjulingkan matanya.
"Lagi satu....."
Ji Hyo menarik nafas dalam.
Kata-kata Takeru pagi tadi sebenarnya masih membelenggu dimindanya."Siapa awak sebenarnya?"
Soal Ji Hyo.
Takeru senyum penuh makna.
"Mustahil Ketua pengawas macam kau tak tahu siapa aku."
Ji Hyo mengerutkan kening.
"Takahashi Takeru."
Ucap Takeru lalu keluar dari situ.
Ji Hyo mengetap bawah bibir.Setakat nama memang dia tahu.Apa yang ingin diketahuinya ialah kisah kehidupan lelaki itu.
Tidak lama kemudian Ji Hyo mengukir senyuman manis.
YOU ARE READING
🌸-SAKURA BOY-🌸 [ Complete ]✓
RastgeleKisah tali persahabatan antara Song Ji Hyo dan Takahashi Takeru. Pohon sakura menjadi saksi. Dihadapannya permulaan,dan dihadapannya juga pengakhiran. 🌸🌸🌸