🌸part 16 [ Flashback ]✓🌸

62 13 4
                                    

Tidak sampai 3 bulan,Naomi sudah bertemu dengan-Nya.

Tidak sampai beberapa hari juga,Yuta berubah.

Dari seorang penurut kepada seorang keras kepala.

Dari seorang yang penyayang kepada seorang pemarah.

Kita pilih jalan kita masing-masing.Lets disappear...both of us.

Jika itu bukan pilihan,Takeru akan menurut.Tapi bagaimana dengan wasiat bonda?

Yuta adik kamu.Jaga dan sayang dia...

Apa lagi pilihan yang dia ada?Itu wasiat terakhir dan harapan bonda untuknya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan sejak itu,Yuta terlibat dengan pergaduhan.Mungkin itu juga salah satu kesalahnnya kerana gagal menjadi seorang abang.

Wasiat dan harapan bonda punah.Dia gagal!dan terus menyalahkan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
Satu penumbuk hinggap di muka salah satu rakan Yuta.

Baju milik lelaki itu digenggam erat.

"Aku dah cakap....jangan rosakkan Yuta.."

Melihat Yuta yang sedang terbaring lemah amat menyakitkan.

Abang?layakkah dia menjadi seorang abang?Sejak kematian Naomi,Takeru dikhabari yang Yuta menjadi mangsa buli.

Buli??sedangkan di rumah budak itu asyik melawan katanya.Selalu menengking kalau ada benda yang tidak disenanginya.

Tanpa sedar rakan-rakan Yuta dibantainya tanpa belas kasihan.

Bonda meninggal dan dia gagal melindungi Yuta.

Kasih sayangnya pada dua orang insan itu amat berlimpah ruah.Tapi jika begini keadannya....

Dia akan terus menyalahkan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beberapa hari kemudian, Takeru di buang sekolah atas kesalahannya yang menyebabkan dua pelajar sekolah dimasukkan ke dalam hospital akibat cedera parah dan salah satunya ialah Yuta.Manakala, Takeru ditahan untuk beberapa hari.

Takeru menunduk lemah.

"Takahashi Takeru,kau boleh keluar."

Seorang pegawai polis datang membuka pintu gel.Takeru bangun lalu keluar dari situ.Dia tertanya-tanya siapa yang menjaminnya.

"Takeru."

Panggil seorang lelaki berusia kira-kira 50 an.

"Pak cik siapa?Macam Mana pakcik Tau nama Saya?Pak cik ke jamin Saya?"

Soal Takeru.Lelaki berusia itu menyentuh bahu Kanan Takeru.

"Siapa pakcik itiu Tak penting, sebenarnya pakcik ada benda nak bincang dengan kamu."

Lelaki itu keluar dari balai polis.Takeru membuntuti dari belakang.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Pakcik datang sebab nak bawak Yuta."

Takeru terkejut.

"Apa maksud Pak cik?Pak cik datang sebab nak cakap benda mengarut ni je?"

Lelaki itu mengeluarkan sampul Surat di dalam beg tas nya.

Sampul Surat bertukar tangan.Dalam diam, hati Takeru tidak tenang.

Surat yang berada di tangannya dibaca satu persatu.Dia ingin memahami setiap bait ayat yang tertulis di situ.

Dadanya sakit.Jantungnya berdegup pantas.

Tidak lama kemudian, dia tersengih.

"Nande....Kenapa Pak cik kena datang bawak benda Macam ni?Pak cik nak bawak Yuta sedangkan pakcik dah tinggalkan dia dengan Bonda sejak lahir.Dan sekarang pakcik nak bawak dia jauh dari Saya?"

Ujar Takeru.Matanya yang Kian berkaca di seka.

"Pak cik cuma nak anak pakcik selamat."

"Selamat?Pakcik sedar Tak....selama pakcik takde, Saya dah jaga anggap Yuta macam adik kandung Saya sendiri.Setiap makan pakai minum dia Saya jaga pakcik.Setiap Kali dia terluka,jatuh,mimpi buruk Saya Ada dekat dia pakcik..."

"Pakcik tau Takeru,tapi....ini kehendak Yuta sendiri."

DUMPPPP!!!

Takeru terkejut.

Ahhh...selepas Bonda dah takde..kau nak pergi....Kenapa kau benci sangat dengan aku...
.
.
.
.
.
.
.
Yuta memandang belakang.Melihat sekeliling jika Ada kehadiran Takeru di situ.Tapi hanya orang ramai yang lalu lalang di dalam airport itu.

"Yuta."

Panggil Tuan Nakamoto.

"Takeru tak dapat datang.Dia kata nak lawat kubur Naomi."

Ujarnya.

Yuta menggenggam penumbuk.Dia sedar.Sebelum keadaan Naomi kritikal waktu itu,dia Ada berjumpa wanita tua itu.

Di dalam bilik pesakit itu,segala yang terbuku dihatinya di keluarkan.

Dia ingin wanita tua itu memahaminya lebih dia memahami Takeru.Dia sedikit tersinggung bila wanita itu lebih tumpukan perhatian pada Takeru sedangkan dia...diabaikan.

Kata-kata Naomi dengannya waktu itu di imbas kembali.

"Kasih sayang Bonda dengan Yuta Tak sedikit pun luntur.Cinta Bonda pada Yuta berlimpah ruah,sayang.Bonda sayang kedua-dua anak Bonda."

"Yuta Tak percaya Bonda.Yuta tahu,budak Takeru tu lebih penting dari Yuta.Tekaan Yuta Tak Salah Bonda....kasih sayang Bonda lebih pada budak Takeru tu."

Wanita itu tersenyum manis.Mungkin itu lah senyuman terakhir nya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kepala Yuta di usap perlahan.Walau susah untuk menggerakkan tangannya namun di paksakan juga.

"Jaga Takeru ye.Dia abang kamu Yuta.Dan kamu berdua anak tersayang Bonda."

Yuta mengetap bawah bibir.Sakit hatinya semakin parah.Sikap cemburunya semakin kuat.
.
.
.
.
.
.
.Kapal terbang yang menuju ke Korea akhirnya berlepas.

Tanpa kata-kata, mereka akhirnya pergi ke haluan masing-masing.

Takeru diam.Angin yang sedikit kuat waktu petang itu menerbangkan kelopak bunga Sakura di udara.

Nafas ditarik dalam.Melepaskan segala perasaan di hati.Membiarkan perasaan itu dibawa bersama kelopak Sakura.Jauh...jauh dari situ. Surat yang berada di tangannya digenggam.Pandangan di bawa ke langit.

"Ikkanaide......"

Ayat yang ingin diucapkannya.Tapi masih tersekat.Berat mulut untuk mengatakannya kerana dia tidak mahu kesakitan itu dihadapi kembali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




🌸-SAKURA BOY-🌸 [ Complete ]✓Where stories live. Discover now