Cinta Untuk Sekali Lagi (Bab 6)

429 29 6
                                    

Sempena AidilAdha, kita belanja dua bab.
Sila sayang saya 🙈😂😂

BAB 6

"SYAWAL tu annoying sangatlah. Baru first time jumpa, aku dah rasa annoyed." Farahain membebel sambil memeluk bantal. Masih terngiang-ngiang di telinga dia, kutukan Syawal siang tadi. Paling menyebalkan... Dah kutuk-kutuk perempuan, kemudian main kenyit mata dengan dia pula sebelum Syawal beredar! Eh dia lupa ke Farahain juga seorang wanita?

"Jangan marah sangat mamat buaya tu. Takut kau tiba-tiba sukakan dia pula," bidas Syazlin, memberi peringatan kepada Farahain. Percuma saja dia terima dengusan kuat dari Farahain. Syazlin ternganga sedikit, terkejut dengan respons rakannya itu. Biarpun mereka baru berkenalan, Syazlin kategorikan Farahain sebagai wanita sopan dan lembut. Namun pertemuan bersama Syawal telah menyingkap satu lagi sisi baharu Farahain.

"Huh daripada aku sukakan buaya, lebih baik aku sukakan Huz."

"Tak boleh. Itu dah ada yang punya!" Pantas Syazlin menukas kata-kata Farahain, tak bagi rakannya memasang angan-angan untuk bersama Huzair. Automatik badan Farahain bergerak ke depan, muka kepoh ditayang jelas.

"Seriuslah? Dia dah ada someone dekat kolej? Tapi aku tak nampak dia pakai cincin. Kalau dia datang Greentea, dia bawa laptop dan kamera tapi aku tak pernah nampak dia on the phone lama-lama. Adalah sesekali dia berborak dekat handphone tapi sekejap aje. Gaya tak nampak macam orang bercinta pun," beritahu Farahain, cuba mengenang semula babak Huzair bercakap penuh mesra di telefon tapi macam tiada. Fokus Huzair memang pada kamera dan komputer riba semata.

"Dia buat apa dengan laptop dan kamera? Hah entahkan dia pervert!" Mulalah akal Syazlin membayangkan yang bukan-bukan. Dahi rasa dihentak sesuatu, spontan Syazlin mengaduh. Cis Farahain pukul dia dengan bantal!

"Tak baiklah! Kalau salah, dah jadi fitnah. Tapi Syaz... Siapa girlfriend dia?" tegur Farahain, disusuli dengan satu soalan. Syazlin geleng-geleng pula.

"Bukan girlfriend. Bakal. Aku harap bakal teman hiduplah." Pada perkataan 'bakal', Syazlin tekankan. Farahain berkerut dahi, tak mengerti apa-apa. Apabila Syazlin memuncung bibir pada Falisha, Farahain turut memandang ke sana. Bila dia sudah mengerti maksud Syazlin, automatik mulut Farahain terbuka luas.

Falisha yang sejak tadi menjadi pendengar setia, tiba-tiba membuntang mata. Dengan bodohnya, Falisha tuding jari ke muka sendiri.

"Aku? Bakal teman sehidup Huzair?" ulangnya.

"Kita doakan yang baik-baik..." kata Syazlin sambil mengangguk-angguk.

Tak sempat ditahan, bibir Falisha mencemik jelas.

"Huh tak naklah! Kebarangkalian untuk Huzair sukakan aku, memang tipis. Aku pula? Okey, aku tak nafikanlah hati wanita ni terjentik sikit. Lelaki muka handsome, kerja elok, peribadi pun dikata elok. Tapi aku nak jatuh hati dengan dia? Minta simpang. Kut kalau aku confess pun, tiba-tiba dia reject aku sambil tersenyum. Double kill kut!"

Panjang Falisha membebel tapi semua itu hanya berkumandang di dalam hati, tak lepas bebas sama sekali dari mulutnya.

"Aku nak call adik akulah." Falisha pamit diri tiba-tiba, menggunakan Fayyad sebagai alasan untuk lolos dari sini. Dia pekakkan telinga, buat tak endah dengan panggilan teman serumah. Menonong Falisha masuk ke bilik lalu dia kunci tombol. Segera nombor si adik didail.

Sebenarnya, dah berhari-hari ingatan Falisha pada adiknya agak kuat. Tak tahulah dia yang merindukan Fayyad atau sememangnya Fayyad menyeru nama dia dalam diam. Mungkin Fayyad takut nak hubungi Falisha sebab tak nak mengganggu.

"Assalamualaikum kak..."

"Waalaikummussalam. Kenapa suara Yad macam tu? Yad tak sihat?" Sebaik dia menjawab salam, Falisha terus melempar soalan. Dua patah perkataan yang diungkap Fayyad mencukupi untuk Falisha kesan getarannya.

"Yad... Yad de... nghhh... mam... sikit." Putus-putus Fayyad bersuara.

Falisha berkerut dahi. Fayyad demam? Takkanlah sampai mengerang begitu? Sakit sangatkah?

"Yad cakap betul-betul dengan akak. Demam? Atau Yad sakit sebenarnya? Cakap dengan akak!" Tak ada lain yang difikirkan Falisha sekarang. Firasatnya kuat mengatakan Fayyad bukan sekadar demam. Pasti ada perkara yang membebani hati adiknya sekarang!

"Tak... Yad memang... De... mam..."

Habis ayat itu, Falisha dengar hembusan panjang Fayyad. Tak semena-mena, Falisha turut melepaskan keluhan.

"Kak, Yad nak rehat. Akak... Ja... ngan lupa... Souvenir. Yad nak... nghhh. Banyak-banyak dari... Kuching."

"Yad..."

"Assalamualaikum."

Berkali-kali Falisha memanggil si adik tapi Fayyad benar-benar sudah tamatkan panggilan. Falisha cuba menghubungi lagi tapi tidak berangkat. Tahu-tahu Fayyad menghantar satu Whatsapp kepadanya.


Yad okey. Jangan lupakan souvenir Kuching untuk Yad. Nak yang ada gambar kucing.


Falisha baca mesej tersebut dengan hati berbuku.

Haih Fayyad! Kenapa buat akak risau? Apa jadi dengan Yad sebenarnya? Ya Allah, kau lindungilah adik aku!

*****

Boleh terus baca bab 7!

Cinta Untuk Sekali Lagi (TERBIT - Penerbitan BesQ)Where stories live. Discover now