Satu soalan;
Agak-agak apa tajuk penuh CUSL?*****
PROLOG
SAMBIL berjalan, mata melingas pada barisan buku di rak. Setakat imbasan yang dia lakukan, kesemua novel yang ada di situ sudah dibaca. Sama ada dibeli sendiri, dibaca di perpustakaan atau dipinjam dari kawan, asalkan minat membacanya dapat dipenuhi. Kaki melangkah, ingin menuju ke rak sebelah pula.
"Buat babak romantik dalam kedai buku... Kau rasa sweet tak?"
Serentak dengan suara seorang lelaki menyusup masuk ke telinga, mata terus melekap pada si pemilik suara yang sedang mendekatkan mukanya pada seorang wanita yang seakan terperangkap di situ. Hidung mereka mulai bersentuhan dan dia...
Gelabah.
"Ah opps sorry," katanya sambil memejam mata. Badan pula terbongkok-bongkok kekalutan sebelum dia buka langkah besar-besar, beredar dari situ. Dia nak cepat-cepat menjauhi pasangan tersebut. Sampai di luar kedai buku, tangan mengipas muka dengan laju. Tiba-tiba pipinya pula yang terasa hangat.
"Eh sekejap. Kenapa aku pula yang kena minta maaf? Hesy gelinya! Orang zaman sekarang memang dah tak ada perasaan malu eh? Suka-suka aje nak buat babak cinta kat tempat awam? Serius, aku benci PDA!" omelnya. Kaki sambung melangkah tanpa hala tuju. Nampak saja sebuah kafe, dia terus masuk ke dalam. Mungkin kalau dia oder frappe, panas di pipinya akan hilang.
Selepas membuat pesanan, dia segera melabuh duduk di sebuah kerusi. Di belakangnya, ada seorang lelaki dan seorang wanita. Sempat dia panjatkan doa di dalam hati.
Tolonglah. Tolonglah jangan ada ayat-ayat yang boleh membuatkan dia geli-geleman! Sumpah, masih terngiang-ngiang ayat lelaki di kedai buku tadi! Janganlah lelaki yang ini pula nak buat babak romantik dalam kafe.
Tetapi apa yang dia dengar dari pasangan di meja belakang ialah...
"So what now?" tanya si lelaki. Suara serak semacam.
"We stay as friends. But if we're destined to be together in the future, I'll..."
Tak sempat si wanita lengkapkan bicara, si lelaki sudah mencelah.
"If and only if, I tiba-tiba jadi kaya dan setaraf dengan you."
"You..."
"Thanks for your time. Thanks for all those wonderful memories you've given me, but that's it. I hormat kehendak you. Kita putus."
Mudah saja lelaki itu berkata-kata, sepertinya dia tidak akan berfikir dua tiga kali lagi. Bunyi geseran kaki kerusi pada lantai kedengaran, bererti lelaki itu sedang berdiri.
"Tapi I nak ingatkan you. Takkan ada istilah future atau destiny untuk kita. Takkan ada istilah 'kita' pun."
Dan sehabis ayat itu, si lelaki terus pergi.
Kesempatan itu diambil dia untuk curi-curi lihat rupa si lelaki. Yang kelihatan hanyalah sisi wajahnya. Walau hanya untuk beberapa detik, dia dapat tangkap muka merah padam lelaki tersebut. Dia curi pandang ke belakang pula, panasaran ekspresi wajah si wanita.
Wanita itu kelihatan terkesima, sebelum beberapa saat kemudian dia tunduk dan mengacau air di dalam gelas dengan penyedut minuman. Penuh emosi, seolah-olah mahu mencipta taufan di dalam gelas tersebut.
Dia kembali memandang ke hadapan, badan terus menghempas pada kepala kerusi.
"Great. Just great. Tadi nampak couple acah-acah sweet, sekarang terdengar ada couple break up pula. Wow, what a great day!"
*****
Tadaaaa! Nah, kita share satu mss baru dengan korang. Kalau korang sukakan 100 HARI MENGENAL CINTA, insya-Allah korang akan sukakan CUSL juga.
Untuk pengetahuan korang, CUSL masih belum sampai ke tangan publisher. Tapi saya share dulu dengan korang. Doa-doalah ada rezeki terbit eh?
Pssttt. Perasan tak, babak kat kedai buku tu sama dengan babak Aileen-Adam dalam HIK? Kalau korang masih ingat lagi, Adam usik Aileen gitu dan tiba-tiba ada orang dekat situ. Hah, inilah orangnya!
YOU ARE READING
Cinta Untuk Sekali Lagi (TERBIT - Penerbitan BesQ)
Romantiek"Kerana ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama." MENOLAK luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gul...