Alhamdulillah, akhirnya CINTA UNTUK SEKALI LAGI lahir dalam bentuk fizikal! ✨✨
CINTA UNTUK SEKALI LAGI
"Kerana ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama."Menolak luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gula.
"I'm worried my stern face will hurt them even more," - HUZAIR
Serius, Falisha rasa digeletek dengan kepolosan Huzair. Sebelum ini jalan hidup mereka tak pernah sehaluan tapi sekali bertemu, banyak kali pula kebetulan mempertemukan mereka. Setelah hubungan Falisha dan Huzair menjadi lebih rapat dan mesra, kemunculan Dianne menjadi punca keretakan.
"Kalau kau ada masalah dengan Dianne... Jangan lepaskan pada aku," - FALISHA
Falisha bengang dengan perubahan sikap Huzair tapi dalam masa yang sama, dia juga sedar sesuatu.
"Aku rasa aku suka kau," - FALISHA
Jika kebiasaannya, Huzair boleh tolak semua wanita dengan mudah dan ditemani senyuman, kenapa di hadapan Falisha dia kejur membeku? Di pertemuan seterusnya, Huzair merebut segala peluang yang ada untuk mendekati Falisha. Dilayan acuh tak acuh pun, Huzair tidak berundur hatta setapak.
"Bagi aku peluang, cuma untuk sekali lagi," - HUZAIR
Itu pinta Huzair kerana dia sedar ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama. Tetapi dapatkah Falisha buka pintu hatinya dan berikan peluang cinta untuk sekali lagi buat Huzair?
•••
Terima kasih team BesQ! Harap sangat CUSL tak mengecewakan sesiapa ❤️
CUSL ialah PRINT-ON-DEMAND jadiii cuma akan print berapa order yang masuk. Kalau dah habis yang ni, insya Allah akan reprint tapi kena ada permintaan banyak. Kotlah korang berniat nak lengkapkan koleksi SyuAriani, bolehlah dapatkan cecepat.
PRE-ORDER DAH DIBUKA. Boleh pilih samaada nak beli dari BesQ, atau dropships/sellers, atau dari Syu sendiri (ada tandatangan & gifts). Nak senang, korang boleh jeling2 update kat FB/IG Syu ❤️
Oh ya! Selain CUSL, ada dua buah lagi novel yang terbit serentak. SUKMA (Rissa Ahdiya) dan KASIH TAK KU PUNYA (Farisya Natasha). Kalau korang berminat nak dapatkan tiga-tiga, boleh jeee order dengan Syu jugak! ❤️❤️
Terima kasih, semua! Insya Allah ada rezeki kita jumpa lagi dalam karya baru 💙
YOU ARE READING
Cinta Untuk Sekali Lagi (TERBIT - Penerbitan BesQ)
Romance"Kerana ada ketika, kita terlepas peluang cinta untuk kali pertama." MENOLAK luahan perasaan seseorang sambil tersenyum manis? Kejamnya! Tapi itulah yang disaksikan Falisha. Seorang lelaki menolak pengakuan cinta wanita lain bersama muka semanis gul...