Greguar Hotel,
Velyka Vasylkivska Street 67/7, KeivSeorang wanita berjalan keluar dari lift. Hari ini adalah hari istimewa teman rapatnya, dia tak boleh lambat.
Bunyi derapan sepatunya menghampiri kawasan ballroom.Dari luar pintu masuk ballroom, dia sudah dapat melihat sekitar kawasan hadapan dewan dihiasi indah dengan hiasan bunga rose putih. Ditengah-tengah laluan terhampar gah karpet merah untuk laluan raja sehari.
Kedatangannya disambut dengan senyuman oleh dua orang penyambut tetamu lelaki dan wanita yang cantik mengenakan suits lengkap berwarna hitam dipadankan dengan kemeja berwarna putih. Manakala sang wanita mengenakan dress putih labuh bermotifkan bunga rose. Dicelah telinganya terselit sekuntum bunga rose putih.
Saat kaki melangkah masuk, tatapan matanya kelihatan kagum pada hiasan dan dekorasi mewah yang diterapkan dengan flora dan hiasan kristal yang bergantungan di setiap lelangit ruangan. Nun jauh disana, terlihat gah ruangan pelamin untuk raja sehari yang berwarna putih bersih.
"Arabella!" Dia menoleh tatkala namanya dipanggil. Senyuman manis menghiasi bibirnya yang merah menyala.
Seorang wanita menghampiri lalu mencium kedua pipinya."Aunty Eliz" sapa Bella pada wanita paruh baya yang masih tampil cantik dan bergaya. Dress putih gading tanpa lengan separas lutut terletak indah ditubuhnya dipadankan dengan sapatu tinggi berwarna senada.
"Tahniah aunty atas perkahwinan Eloize dan Herry." Bella menggenggam erat tangan Eliz.
"Thank you, sayang.. Bella cantik hari ni." Puji Eliz sambil memandang Bella dari atas hingga ke bawah yang mengenakan dress blink-blink berwarna gold berlengan panjang saparas peha. Dengan rambut yang ditata rapi melepasi bahu.
Bella memandang dirinya saat dipuji."Thank you aunty" ucapnya sambil tersenyum manis.
"Mari, aunty tunjukkan tempat Bella" Bella mengangguk sambil mengikut langkah Eliz dari belakang.
Dia dibawa ke satu meja khas untuk tetamu VIP. Saat dia sampai disitu, sudah ada tetamu diruangan meja tersebut. Dia menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat sambil tersenyum."Ini tempat Bella. Bella duduk sini ya. Aunty ke belakang sekejap" Bella mengangguk sambil melihat Eliz berlalu pergi.
Bella menarik kerusi yang ada dihadapannya lalu duduk. Tiada perbicaraan antara mereka disitu. Masing-masing tidak sabar menunggu ketibaan pasangan pengantin masuk ke dalam ruangan aula.Seketika kemudian, muzik mula bergema menandakan ketibaan pasangan raja sehari memasuki ruangan aula. Semua mata tertumpu pada pintu masuk ruangan ballroom.
Dari jauh, Bella dapat melihat Eloize dan Herry berjalan beriringan sambil Eloize merangkul erat lengan si pengantin lelaki. Ditangan kanannya memegang sejambak bunga tangan yang berias cantik.
Dihadapannya pula terlihat seorang flower girl kecil molek cantik memakai dress putih sambil menabur kelopak rose berwarna merah.Pasangan pengantin berjalan beriringan menaiki atas pelamin lalu duduk. Semua mata tertumpu pada kecantikkan dan ketampanan raja sehari.
*****
Habis sahaja acara potong kek, kedua pengantin turun untuk beramah mesra dengan tetamu.
Dari jauh, Bella sudah melihat lambaian tangan Eloize kepadanya. Bella tersenyum lantas berdiri menghampiri rakannya."Arabella.. kau datang juga. Terima kasih" Eloize sebak melihat sahabat karibnya sanggup datang dari jauh menghadiri hari bahagianya. Mereka berpelukkan.
"Hey.. please, jangan nangis. Pengantin tak elok nangis-nangis.. Hari ni, hari bahagia kau. Sepatutnya kau happy" Bella mengusap perlahan airmata diwajah rakannya. Herry datang beriringan dengan seorang lelaki, menghampiri mereka berdua.
YOU ARE READING
ARABELLA
RomanceARABELLA merupakan seorang wanita cantik campuran Belanda di sebelah ibunya. Ayahnya Carlos Vincent merupakan seorang pengusaha kaya di New York. Setelah kematian ibunya, Arabella membawa diri ke Dubai. Dia bergiat aktif dalam bidang lanskap dan sen...