Aku duduk malas di kantin kampus aku. Menunggu kawan aku yang tak datang datang dari tadi. Berjanggut aku tunggu. Bila dia sampai nanti, taulah apa aku nak buat.
"Eva!" panggil satu suara.
Aku mendengus kasar. Taulah aku siapa gerangan orang yang memanggil nama ku itu.
"Eh cepatnya sampai. Kenapa tak extend lagi satu jam je?" tanya aku sambil menjeling kawan baik aku itu, Emelin.
Emelin tersengih sambil menggosok belakang lehernya.
"Sorrylah. Tadi aku kena tolong Puan Aziah hantar barang dekat meja dia. Kau taulah dia tu, tua tua mana boleh nak angkat barang banyak banyak. Kau patut bersyukur ada kawan baik macam aku ni yang sanggup tolong orang dalam kesusahan." jawabnya panjang lebar. Sempat puji diri sendiri.
Aku menjulingkan mata ke atas.
"Banyaklah kau. Dah jom! Aku lapar ni tunggu kau lama sangat." kata aku sebelum kami sama sama membeli makanan.
——
Aku yang sedang menulis, berasa terganggu apabila tangan aku digoncang oleh orang sebelah. Siapa lagi kalau bukan si Emelin ni.
"Apa?" tanya aku agak rimas sambil memandangnya.
"Kau ada dengar cerita tak?" dia bertanya sambil berbisik.
"Cerita apa? Kalau gosip aku taknak tau okay. Aku taknak tambah dosa dengan gosip kau yang merapu tu." balas aku sambil menongkat dagu.
Bukan apa, si Emelin ni kalau sehari tak bergosip tak sah. Cepat sahaja semua cerita sampai kepadanya. Aku pun taktau bila besar dia nak jadi apa.
"Ish kau ni! Bukan gosiplah." katanya.
Aku mengangkat kening tanda 'apa?'
"Tahun ni kita ada pelajar baru." sambung Emelin dengan mata yang bersinar sinar.
"Yang muka kau bersinar sinar ni dah kenapa? Song Joong Ki ke yang jadi pelajar baru tu?" tanya aku sambil memetik nama crush aku itu.
"Kalau Song Joong Ki, muka aku tak bersinar macam ni. Aku dah melompat suka dah. Kalau boleh, dekat luar pagar kampus lagi aku tunggu dia sampai." kata Emelin, gurau.
Aku sudah ketawa mendengarnya.
"Siapa pelajar baru tu?" tanya aku, ingin tahu.
"Aku taktau nama dia. Tapi aku dah tengok muka dia. Handsome gila weh! Kalah bekas teman lelaki kau." kata Emelin dengan wajah yang semakin teruja.
Aku mendengus kasar.
"Dalam banyak banyak orang, bekas teman lelaki aku jugak yang kau petik kan?" kata aku agak marah.
Aku memang tak suka sesiapa sebut pasal lelaki itu. Kerana dialah, hidup aku hampir musnah satu masa dahulu.
"Err.. sorry." kata Emelin serba salah.
Bukan dia taktau tentang sejarah aku dengan bekas teman lelaki aku.
Aku hanya mengangguk.
Belum sempat Emelin habis berkata, Dr. Syukri masuk ke dalam dewan.
"Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak memperkenalkan kamu semua dengan pelajar baharu." kata Dr. Syukri.
Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam dewan.
Habis satu dewan bising dengan riuh rendah pelajar perempuan. Meluat pula aku tengok mereka semua yang memandang lelaki itu seperti putra kayangan turun dari langit.
Lelaki itu memang kacak. Dengan wajah bersihnya, hidung mancung dan jawline yang tajam. Kacak sokmo weh!
"Kacak kan dia? Aku dah cakap dah!" kata Emelin di sebelah aku.
Aku memandang dia. Dia pun sama je dengan perempuan lain. Mata tu bersinar sinar dengan sengihan yang tak lekang dari bibir.
Aku hanya menggeleng dan memandang ke hadapan semula.
"Assalamualaikum, nama saya Helmi Arasyah." dia memperkenalkan diri selepas disuruh oleh Dr. Syukri.
Aku memandang raut wajahnya. Wajahnya sangat dingin tanpa sebaris senyuman. Kenapa garang sangat? Cuba senyum sikit.
Tiba tiba mukanya aku merasakan sangat dekat dalam hati. Aku tak ingat tetapi seperti pernah berjumpa dengannya. Ataupun pelanduk dua serupa? Ataupun imaginasi aku sahaja?
Helmi menaiki tangga untuk duduk di kerusi yang kosong. Ramai perempuan yang sudah mengangkat beg mereka apabila kerusi di sebelah mereka kosong. Nak suruh Helmi duduk situlah apa lagi.
Tetapi Helmi tidak mengendahkan mereka. Dia terus pergi ke tempat duduk paling belakang. Aku dapat rasakan dia duduk di belakang aku. Aku hanya mengendahkan dan meneruskan pembelajaran.