Selepas kejadian itu, aku memang dikawal rapi oleh mama, papa dan abang. Helmi tak usah cakap lah, memang protective habis. Aku pun tak tahu nak buat apa dengan suami aku yang sorang ni.
Makcik Salmah juga kecewa setelah mendapat tahu tentang Aida. Dia sangat tidak sangka yang Aida sanggup berbuat begitu. Aku lagi lah, dia sanggup bersekongkol dengan Emelin semata mata suka kan laki aku. Susah lah dapat lelaki handsome ni! Semua orang suka!
Aku selalu juga melawat Emelin di penjara. Mula mula, memang dia taknak jumpa aku. Katanya sebab benci. Tapi, biarlah. Aku sayang dia jadi aku akan sentiasa melawat dia. Kadang kadang dengan Helmi, kadang kadang dengan Erika.
Tak lama selepas itu, Emelin sudah mula berubah. Setiap kali aku datang, setiap kali itu lah dia sentiasa meminta maaf kepada aku tentang kesalahan nya. Aku pun tak tahu nak buat apa supaya dia faham yang aku sudah maafkan nya. Tapi aku bersyukur yang Emelin sudah berubah dan sedar akan kesalahan nya.
"Termenung apa tu?" kedengaran suara Helmi menegur aku. Aku memandangnya sambil tersenyum.
"Mana ada termenung lah. Tengah tengok Esha tidur. Comel kan?" kata aku sambil tersenyum memandang anak aku yang sedang tidur di atas katil.
Ya.. aku sudah melahirkan anak perempuan. Esha Ariana binti Helmi Arasyah.
"Mesti lah comel. Macam mama dia." balas Helmi sambil mengusap pipi anak kami.
Aku tersenyum memandangnya.
"Abang, Eva nak minta maaf pada abang. Selama ni, Eva banyak buat salah pada abang. Eva selalu buat keputusan terburu buru tanpa dengar penjelasan abang. Eva rasa Eva tak dapat jadi isteri yang baik untuk abang." luah aku dengan mata berkaca kaca.
Helmi mendekati aku dan duduk di sebelah aku.
"Sayang, please don't say that. Sayang dah jadi isteri yang paling sempurna buat abang. Sayang dah lahirkan Esha pun adalah satu pengorbanan yang abang tak boleh nak balas. Abang sayang isteri abang ni. Thankyou for everything." balas Helmi sambil mengusap pipi aku lembut.
"Tak sangka kita akan berjumpa balik kan? Lepas tiga tahun kita terpisah, akhirnya kita jumpa semula." kata aku sambil memegang tengannya yang berada di pipi aku.
"Itulah namanya takdir sayang. Sejauh mana pun sayang pergi dari hidup abang, kalau dah jodoh tu memang akan bertemu kembali. Abang happy sebab sayang adalah jodoh abang. Takdir kita telah menemukan kita kembali sayang." balas Helmi sambil tersenyum manis.
Aku tersenyum mendengar kata kata daripada Helmi. Walaupun seribu kali kata kata cinta keluar dari mulutnya, aku takkan pernah jemu mendengarnya.
Aku harap supaya rumah tangga kami akan sentiasa berkekalan hingga ke jannah dalam redha Ilahi.
TAMAT