Lena aku terganggu selepas merasakan badan aku digoncang oleh seseorang. Aku membuka mata dan melihat Helmi sedang duduk di sebelah aku.
"Abang dah siap masak. Makan dulu lepastu makan ubat." kata Helmi. Aku duduk dari perbaringan.
Helmi menyuap tomyam ke dalam mulut aku. Sedapnya!
"Eva minta maaf kalau susahkan abang." kata aku. Entah kenapa rasa menyusahkan.
"Tak sayang. Tak menyusahkan pun." kata Helmi sambil tersenyum.
Habis satu mangkuk tomyam itu, Helmi menyuruh aku makan ubat. Aku hanya mengikut arahannya.
Sesudah itu, aku baring semula di atas katil. Helmi bangun dari katil tetapi aku menarik tangannya.
"Kenapa?" tanya Helmi.
"Nak abang duduk dengan Eva." kata aku agak manja. Helmi tersenyum kecil sebelum baring di sebelah aku.
"Kenapa manja sangat isteri abang ni?" tanya Helmi sambil bermain main dengan rambut aku.
"Nak manja dengan abang pun salah ke? Habistu nak manja dengan siapa pula? Dengan suami jiran sebelah?" jawab aku sambil menjeling.
"Abang tanya je sayang. Kenapa asik nak marah ni?" tanya Helmi lagi sambil mengerutkan dahi.
Aku sudah duduk dari perbaringan.
"Bila masa pula Eva marah? Eva cakap je kan!?" bentak aku. Entah kenapa rasa sakit hati.
"Eh sayang.."
"Jangan cakap dengan Eva. Eva nak turun." celah aku sebelum Helmi habis berkata kata. Aku terus turun ke bawah. Malas nak layan Helmi yang asik buat aku sakit hati je!
——
Aku menghentakkan kaki semasa turun dari tangga. Tak kesahla dengan pandangan mama, papa dan abang.
"Tak baik hentak kaki Eva. Kamu tu perempuan." kata mama setelah aku duduk di sofa. Aku hanya menyilangkan tangan di dada.
"Yang muka kau marah sangat ni kenapa?" tanya abang.
"Adik ipar kesayangan abang tulah. Suka sangat buat Eva marah." jawab aku yang masih marah.
"Dia suami kamu Eva. Apa cakap macamtu pasal dia? Ke Eva yang buat masalah ni?" tanya mama pula. Aku sudah pandang mama.
"Kenapa semua nak sakitkan hati Eva ni? Benci betullah!!" aku sudah meninggikan suara.
"Eva! Kenapa dengan Eva ni?" kedengaran suara Helmi di belakang. Aku memandangnya. Baru turun lah tu.
Baru sahaja aku mahu membalas, rasa loya di tekak membuatkan aku menutup mulut menggunakan tapak tangan. Terus sahaja aku ke dapur untuk mengeluarkan isi perut. Tetapi yang keluar hanya air liur.
"Sayang okay tak ni? Abang risau lah." kata Helmi. Dahinya sudah berkerut kerisauan.
Aku dipapah ke ruang tamu.
"Pergi bawa dia ke klinik lah. Dah pucat dah muka dia." kata papa. Aku menggeleng.
"Eva, dengar cakap abang. Kita pergi klinik." kata Helmi dengan tegas. Aku mengeluh sebelum mengangguk.
——
"Tahniah, Puan Eva dah mengandung empat minggu."
Kata kata Doktor itu membuatkan aku tergamam. Aku memandang Helmi. Helmi tersenyum lebar sambil memandang aku.
Kami panjatkan rasa syukur bersama sama.
Di dalam kereta, senyuman di bibir Helmi tidak lekang.