Disebabkan hal tadi, aku dan Helmi duduk di dalam Subway. Katanya nak belanja aku makan. Tapi disebabkan mood aku pun dah melayang, aku tak pesan apa apa.
"Siapa dia?" tanya Helmi.
"My ex boyfriend." jawab aku sambil menunduk. Tak pernah duduk berdua dengan dia sebab tu rasa canggung sedikit.
"Dia memang tak boleh nak move on dengan kau ke?" tanya Helmi agak kasar pada pendengaran aku.
Aku pandang dia. Cemburu ke? Heh, ni kalau dia dengar memang gelak terguling guling. Dia nak cemburu? Memang taklah.
"Saya taktau. Tapi tadi awak nampak kan apa yang dia buat dekat saya?" balas aku.
Dia sendiri nampak apa yang Adha buat dekat aku. Macam tu ke yang dikatakan tak move on lagi?
"Dia nak rogol kau?" tanya Helmi selamba.
Aku agak menggigil bila perkataan itu keluar dari mulutnya. Aku taknak fikir benda tu lagi!
"Eh kau okay tak ni?" tanya Helmi yang agak cemas. Siapa suruh cakap macam tu dekat aku!?
"Saya.. saya okay." kata aku.
Aku memejamkan mata serta menarik dan menghembus nafas untuk menenangkan diri sendiri. Memang itu yang selalu aku buat kalau aku rasa cemas.
"Sorrylah kalau aku dah buat kau cemas. Aku tau kau trauma tentang apa yang dah jadi." kata Helmi.
Aku mengerutkan dahi. Helmi pula seperti tidak senang duduk tetapi masih buat buat selamba. Mukanya yang dingin tidak menampakkan apa apa emosi.
"Apa maksud awak saya trauma?" tanya aku yang agak pelik tentang apa yang diakatan Helmi tadi.
Kelihatan Helmi menelan liurnya.
"Pasal tadi. Takkanlah kau tak trauma pasal tadi kan." katanya dengan muka yang selamba sebelum mengambil air di hadapan dan menyedut menggunakan straw.
Aku hanya diam. Ada betul jugak kan?
Tiba tiba aku teringat tentang sesuatu. Terus aku mengeluarkan telefon di dalam beg. Terdapat 30 missed call daripada Emelin. Aduh! Terlupa terus aku dengan minah sorang ni. Disebabkan aku lupa nak unsilent kan telefon selepas habis wayang, aku memang tak dengar telefon aku berdering.
Aku terus mendail nombornya.
"Eva! Mana kau pergi? Kau tau tak aku call kau banyak kali? Kenapa kau tak angkat? Aku risau tau tak!?" bingit telinga aku mendengar Emelin menjerit jerit di dalam talian.
"Kau ni diam sikit boleh tak? Aku okaylah. Kita jumpa dekat tempat parking je." kata aku, malas nak panjangkan cerita.
Selepas Emelin bersetuju, aku menamatkan panggilan.
Terasa ada mata yang memerhati, aku mengangkat wajah memandang makhluk di depan aku.
Err.. macam mana aku boleh lupa dia ni ada depan aku? Memang dia pandang aku jeke dari tadi?
"Err.. saya nak kena balik dah ni." kata aku sebelum berdiri.
Helmi hanya mengangguk. Matanya masih tepat memandang aku. Dah apahal ni?
"Bye.. Assalamualaikum." kata aku sebelum terus keluar dari situ.
Walaupun aku dah tak nampak dia, tapi aku tetap dapat merasakan yang pandangan dia masih memandang ke arah aku.
Aku hanya meneruskan perjalanan.
——
"Kalau aku dapat dia tu, memang aku ajar dia cukup cukup!" marah Emelin sambil mundar mandir di ruang tamu itu.
Aku dan Erika yang memandang hanya menggelengkan kepala.
"Kau boleh rileks tak? Kau buat macam kau pula yang jadi mangsa." kata Erika yang sudah pening memandang Emelin.
"Kau boleh suruh aku rileks? Lelaki tak guna tu hampir nak buat benda bukan bukan dekat Eva tau. Kau sanggup tengok pisang berbuah dua kali?" balas Emelin yang sudah duduk di sebelah aku.
Emelin memang jenis protective tentang kawan kawannya. Sebab itu aku memang suka berkawan dengan dia.
"Ye aku pun taknak benda tu jadi. Tapi dia selamat kan? Lelaki tak guna tu tak sempat nak buat apa apa pun." jawab Erika. Aku yang duduk di tengah tengah ni rasa nak lagakan saja kepala mereka berdua ni.
"Eh korang boleh diam tak? Aku okaylah! Janganlah risau sangat Lin." kata aku kepada Emelin.
Dia hanya mengeluh.
"Mestilah aku risau Eva. Aku taknak benda yang pernah jadi dulu, jadi balik dekat kau. Aku risau tau tak?" katanya sambil memandang aku.
Terharu aku mendengarnya. Aku hanya senyum.
"Takpe, aku okay." kata aku lagi meyakinkan dia.
"Tapi kan, aku nak tau jugalah siapa hero kau tadi tu?" tanya Erika selepas kami berdiam diri.
"Hero apanya? Kebetulan dia datang nak guna tandas. Dia nampak lepastu dia tolonglah. Takkanlah nak biar je kan? Kejam sangatlah pula." dalih aku. Padahal aku taktau macam mana Helmi boleh tiba tiba ada di situ.
Tapi kalau dah lalu situ, mestilah nak guna tandas kan? Takkanlah nak pergi beli nasi lemak pula.
"Eleh. Aku rasalah kan, dia suka kaulah Eva." kata Emelin pula.
Mula dah dua ekor ni!
"Mengarutlah kau ni. Kau pernah nampak ke yang dia tunjukkan dia suka aku? Takde kan? Muka dahla dingin habis. Aku pun kadang kadang seram nak dekat dengan dia." balas aku. Kawan aku ni pelik pelik betul lah. Pandai pandai buat spekulasi sendiri.
"Memanglah dia tak tunjuk. Tapi kau tengoklah lama lama nanti." kata Emelin sambil tersengih. Erika juga tumpang sekaki.
Aku menjulingkan mata ke atas. Tak habis habis!
"Lagipun, Helmi tu kacak habis! Takkanlah kau tak suka dia Eva? Tipulah kalau kau kata kau tak suka dia kan?" kata Erika sambil bermain jarinya dengan bahu aku.
Aku hanya diam. Aku suka dia ke? Mungkin tak. Aku rasa terlalu awal kalau nak suka. Aku pun mana kenal dia sangat. Sebelum ni pun, mana pernah aku jumpa dia. Tapi entah kenapa, aku seperti pernah kenal dia. Cuma bayangan tu tak dapat aku capai untuk disatukan.
"Eh korang ni! Jangan nak mengarutlah. Dah, aku nak naik dulu. Esok ada kelas pagi." kata aku sebelum bangun dan menuju ke arah tangga.
"Eleh! Nak lari la tu. Malu tapi mahu!!" jerit Erika dari arah bawah. Kedengaran tawa Erika dan Emelin bersatu.
Aku hanya menggeleng melayan karenah kawan kawan aku. Geram pun ada, tapi karenah itulah yang selalu menjadi pelangi di dalam hidupku.