Aku menghela nafas kelegaan setelah keluar dari dewan. Akhirnya, setelah berhempas pulas belajar, habis sudah final year exam. Lepas ni, mesti rindu kehidupan belajar macam ni semula.
"Eva!" aku memandang Erika yang sedang berlari ke arah aku.
"Kau balik ke lepas ni?" tanya Erika setelah berada di hadapan aku.
"Iye. Aku balik rumah aku." balas aku.
"Yelah, lupa pula orang tu dah ada laki." kata Erika sambil mencebik. Aku memukul tangannya lembut. Suka sakat aku.
"Emelin mana?" tanya aku. Dah lama tak jumpa kawan aku yang satu itu.
Erika hanya mengeluh. Macam dapat agak je apa yang akan keluar dari mulut kawan aku ni.
"Tadi aku jalan dengan dia. Lepastu aku ternampak kau. Aku ajak dia jumpa kau kejap tapi dia taknak lepastu dia marah marah aku sebab paksa dia jumpa kau. Lepastu dia terus balik." jawab Erika.
Aku mengeluh perlahan.
"Sampai bila dia nak bermasam muka dengan aku? Kita dah habis belajar tau. Aku rindu kita yang dulu." luah aku. Erika mengusap bahu aku.
"Sabarlah. Aku pun taktau kenapa dengan dia. Berubah dengan mendadak. Takkan sebab suami kau, dia jadi macamtu? Teruk betul penangan si Helmi tu." kata Erika.
"Aku pun taktaulah. Aku pun pelik juga. Takpelah, aku balik dulu. Tadi Helmi mesej aku, dia dah tunggu." kata aku. Erika mengangguk sebelum kami berpelukan. Lepasni, mungkin lama tidak akan berjumpa.
"Kau jangan lupa aku. Ada masa nanti call atau mesej aku!" kata Erika sambil mengenggam tangan aku.
"Ye. Takkanlah aku nak lupakan kau. Kau kawan baik aku tau!" balas aku.
Kami melambai satu sama lain sebelum kaki melangkah beredar dari situ. Aku mempercepatkan langkah setelah melihat kereta Helmi.
"Sorry lambat. Erika menggedik tadi." kata aku setelah masuk ke dalam kereta.
"It's okay. Sayang lapar tak?" tanya Helmi. Aku mengangguk.
"Abang.." aku memanggil Helmi dengan lembut sambil melingkarkan tangan pada lengan sasanya. Entah kenapa sejak akhir akhir ni aku suka sangat mahu bermanja dengan suami aku ni.
"Amboi sayang ni. Panggil abang macamtu. Nak goda abang ke?" tanya Helmi sambil mengusap tangan aku. Aku tersengih.
"Eva nak makan dekat restoran yang jual tomyam tu boleh? Tiba tiba rasa nak makan kat situ." kata aku sambil memandang wajah Helmi.
"Boleh tapi bukan sayang pernah cakap yang tomyam tu rasa dia pelik ke?" tanya Helmi sambil mengerutkan dahi.
"Memang pelik tapi sedap. Eva nak makan kat situ." kata aku sambil memuncungkan bibir.
"Iye sayang. Jom." kata Helmi sebelum memulakan pemanduan.
——
Muncung aku sudah sedepa. Terasa mahu menangis selepas Helmi memberitahu yang tomyam di restoran itu sudah habis. Air mata aku jatuh setitis.
"Eh sayang, kenapa nangis ni?" tanya Helmi yang sudah agak kalut.
"Eva nak makan tomyam tu." jawab aku sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi.
"Nak buat macam mana sayang. Dah habis." kata Helmi sambil memegang pipi aku.
Muka aku kembali cemberut. Air mata aku jatuh lagi. Helmi sudah menggaru kepala yang tidak gatal.
Aku pun tidak tahu kenapa aku menangis. Padahal tomyam habis je pun. Macam budak budak!
"Sayang, jangan nangis okay? Nanti abang suruh mama masak untuk Eva. Tomyam mama kan sedap?" pujuk Helmi.
Aku mengesat air mata aku dahulu sebelum memandang Helmi. Aku tersenyum lebar.
"Betul?" tanya aku sambil mata bersinar sinar. Helmi mengangguk sambil tersenyum.
"Dah, jangan nangis nangis. Jom kita balik." kata Helmi sambil menarik tangan aku masuk ke dalam kereta.
Setibanya di rumah, aku masuk ke bilik. Helmi mengemaskan barang barangnya. Entah kenapa aku rasa penat sangat.
"Abang nak suruh mama masak tomyam kejap eh?" kata Helmi kepada aku.
"Erm abang.." panggil aku dengan perlahan. Helmi memandang aku.
"Kalau Eva nak abang yang masak kan boleh tak?" tanya aku. Helmi sudah mengerutkan dahi dan mendekati aku sebelum duduk di sebelah aku.
"Sayang okay tak ni?" tanya Helmi.
"Okay je. Kenapa?" tanya aku pula.
"Takdelah, abang pelik sebab Eva asik minta macam macam." jawab Helmi. Tiba tiba rasa marah.
"Kenapa? Abang dah taknak layan Eva ke? Eva dah tak boleh minta apa apa ke dekat abang? Kalau tak boleh, cakap je. Dahlah, tak payah buatkan tomyam tu. Biar Eva pergi cari sendiri." marah aku sambil berdiri untuk keluar dari bilik.
Tarikan tangan Helmi membuatkan aku kembali terduduk di atas katil.
"Abang tak cakap apa apa pun. Abang cuma tanya je sayang. Janganlah marah. Abang pergi buat dulu ye? Nanti dah siap abang panggil." pujuk Helmi sambil mengusap kepala aku. Aku hanya diam.
Sebelum Helmi keluar dari bilik, tekak aku berasa loya dan mahu muntah. Cepat cepat aku menutup mulut menggunakan tapak tangan dan masuk ke bilik air. Helmi yang perasan terus berlari ke arah aku yang berada di dalam bilik air.
"Sayang, kenapa ni?" tanya Helmi dengan cemas sambil mengusap belakang aku. Aku masih menunduk untuk mengeluarkan isi perut. Tapi yang keluar hanya air liur.
Aku hanya menggeleng.
"Rasa loya sikit." jawab aku. Helmi memapah aku keluar dari bilik air.
"Kita pergi hospital?" ajak Helmi. Aku hanya menggeleng.
"Tak payah. Eva makan ubat je." jawab aku sambil menunjukkan ubat panadol yang ada di dalam laci sebelah katil.
"Yelah. Nanti lepas makan, sayang makan ubat ye? Abang nak buat tomyam kejap." kata Helmi. Aku hanya mengangguk sebelum baring di atas katil.