Part 28

112 4 0
                                    

      Aku duduk di sofa sambil makan keropok. Tonton televisyen lagi seronok daripada naik ke bilik. Malas nak menghadap muka suami aku.

Masa makan malam tadi, boleh pula Helmi dengan mama berborak pasal anak? Memang tersedak habis aku. Malu kot! Dah tau muka aku merah, dia lagi menyakat. Menyampah aku.

Tiba tiba terasa ada tangan di dalam balang keropok tersebut. Aku yang sedang monontoj televisyen, memandang ke tepi. Helmi sedang memakan keropok yang diambil dalam balang aku dan memakannya sambil menonton televisyen.

Aku hanya menjelingnya dan menonton televisyen.

"Ngantuklah." tiba tiba Helmi bersuara. Aku malas mahu melayan.

"Abang ngantuk ni." kata Helmi lagi sambil mengusik bahu aku. Aku memandangnya.

"Pergilah tidur. Cakap dengan Eva pun bukannya boleh buat abang hilang ngantuk." balas aku.

"Sayang marah abang?" tanya Helmi. Aku mengangkat bahu.

"Sayang, salah ke kalau abang nak cakap pasal anak? Sayang memang taknak anak dengan abang ke?" tanya Helmi. Kedengaran suaranya seperti merajuk.

Aku pula yang rasa bersalah. Aku memandangnya.

"Bukanlah. Eva malu je. Lagipun kita baru kahwin kan? Tak sampai dua bulan lagi. Awal sangatlah abang nak cakap pasal anak." balas aku sambil tersenyum nipis.

"Yelah, abang minta maaf okay kalau buat Eva tak selesa. Jomlah naik. Abang ngantuk." kata Helmi sambil membuat mimik muka comel. Haih dia ni, dulu bukan main susah nak buat muka macamtu. Dingin macam ais batu. Tapi sekarang, kalau tak buat sehari tak sah.

Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Helmi menarik tangan aku dan sama sama naik ke tingkat atas.

——

      Hari ni Helmi suruh aku pergi kampus dengan dia. Aku taknak sebab takut ada orang nampak kami datang bersama. Takutlah nanti ada fitnah pula.

Tapi dah Helmi ni paksa aku, aku ikutkan sajelah. Harapnya, tiada siapa yang nampak.

Setelah sampai, kami keluar dari dalam kereta. Tak ramai sangat orang sekarang ni. Baguslah.

"Abang pergilah dulu. Nak ambil beg kejap." kata aku. Helmi hanya mengangguk dan berlalu.

Setelah aku mengambil beg di dalam bonet kereta, tiba tiba terasa tangan aku direntap dari belakang.

"Kenapa kau datang sekali dengan Helmi?" tanya Emelin. Mukanya jelas cemburu.

Aku sudah tidak tahu nak balas apa. Sejak bila pula dia ada kat sini?

"Er.. kau lupa eh? Kan aku pernah cakap yang dia jiran aku. Datang sama samalah." balas aku. Hanya itu saje alasan yang ada di kepala.

"Aku makin pelik dengan kau ni. Kenapa sekarang kau dah tak duduk rumah kita? Kenapa kau setiap hari balik rumah kau?" tanya Emelin seperti penyiasat sambil berpeluk tubuh.

Aduh, nak jawab apa ni!

"Er.. mak aku sakit. Aku kena jaga dia." balas aku. Sorry, mama! Itu je alasan yang aku boleh buat sekarang ni.

Emelin mengecilkan matanya sambil memandang aku.

"Okay." balas Emelin lalu terus berlalu dari situ. Itu jeke? Ah lantaklah. Asalkan dia dah tak banyak tanya. Aku menghembuskan nafas lega.

Aku terus meneruskan perjalanan ke kelas. Aku mengambil tempat duduk paling belakang. Memang aku suka duduk belakang. Ramai orang suka duduk depan kan tapi aku suka duduk belakang.

Kedengaran banyak bunyi mesej di dalam kelas. Aku memandang semua orang di dalam dewan tersebut. Semua sedang melihat telefon masing masing. Aku mengeluarkan telefon aku. Manalah tau aku pun dapat?

Hampir terbuntang mata aku setelah melihat gambar aku dan Helmi yang baru keluar dari kereta. Siapa yang pandai pandai hantar dalam group ni? Group itu memang kebanyakannya pelajar kampus ada di dalam group tersebut.

Dengan caption 'bercinta diam diam dan datang kampus bersama.'

Aku memandang dewan. Oh no.. Semua orang sedang memandang aku sambil berbisik bisik.

Aku memandang Emelin yang duduk di bahagian depan. Dia sedang memandang aku sambil tersenyum. Bagi orang lain, memang senyuman biasa. Tapi bagi aku, senyuman sinis!

Emelin ke yang buat semua ni? How could you!

Tiba tiba, pintu dewan dibuka dengan kasar. Aku memandang Helmi yang sudah masuk ke dalam dewan.

"Dah datang dah mamat ni! Nak ambil girlfriend dia lah tu!" kedengaran suara seorang lelaki. Yang lain hanya ketawa.

"Shut your fucking mouth!" kedengaran suara Helmi yang sangat dingin.

Kemudian, Helmi datang ke arahku dan menarik tangan aku. Memang terbuntang mata semua orang.

"Wtf!? Dia pegang tangan siot!"
"Haram do!"
"Taktau hukum ke diorang tu?"

Bermacam lagi aku dengar. Geram betul dengan mulut yang takde insuran ni.

Tiba tiba, Helmi berhenti dari melangkah. Aku juga menghentikan langkah aku.

"For your information, she is my wife."

Terbeliak mata aku selepas mendengarnya. Kenapa dia bagitau!?

Muka yang lain tak usah cakaplah. Memang terkejut beruk dah. Aku lihat muka Emelin yang sudah merah.

"And please, stop spread the stupid things again. If you don't know anything, just shut your fucking mouth and do not despise my wife." kata Helmi. Satu dewan sudah sunyi.

"Really? Your wife? Kenapa kahwin diam diam? Dah terlanjur?" tiba tiba Emelin bersuara sambil berdiri dan berjalan mendekati kami.

Aku hanya diam.

"None of your business." kata Helmi dingin. Dia mengeratkan lagi pegangan tangannya.

"Patutlah bila I cakap yang I suka kan you, you tak layan. Rupanya dah berkahwin dengan perempuan ni. You dah terlanjur kan?" balas Emelin dengan wajah yang menahan marah.

"Lin, ini bukan macam apa yang kau fikir." kata aku sambil memegang bahunya. Emelin terus menepis tangan aku.

"Aku taknak dengar apa apa lagi daripada kau." balas Emelin sebelum terus berlalu keluar.

Aku hanya mengeluh. Kenapa macam ni? Kenapa malang sangat hari ni?

"Delete all the video. Kalau aku jumpa video tu, siap korang semua!" kata Helmi.

Semua yang sedang merakam terus menurunkan tangannya.

Helmi menarik tangan aku dan terus berlalu keluar dari dewan.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now