"Nah." Emelin menghulurkan aku secawan air milo yang dibuatnya.
"Kau ni susah susah jelah. Kaki aku sakit sikit je bukannya sampai tak boleh jalan." kata aku sebelum menyambur hulurannya. Bebel bebel pun, ambil juga kan? Ehek.
"Aku nak tolong kau je pun." Emelin mencebik. Aku tiup sedikit air tersebut sebelum minum sambil menonton televisyen.
"Kau rasa kan, siapa yang buat fitnah kat aku tu?" tanya aku tiba tiba setelah kami hanya diam.
"Entah." jawab Emelin sambil mengangkat bahu.
Aku memandang dia. Dia ni tak risau ke aku kena fitnah? Muka selamba je.
"Kau ni macam tak kisah je aku kena fitnah?" kata aku meluahkan isi hati.
Emelin mengeluh.
"Aku bukan tak kisah Eva. Tapi kita memang taktau kan siapa yang buat? Kalau kita perah otak sampai pecah pun, bukannya boleh dapat tau. So aku taknak kau fikir benda tu." jawab Emelin. Aku hanya diam mendengarnya.
"Itulah, aku pun malas dah nak fikir. Biar jelah kan. Nanti lama lama, semua akan diam juga." balas aku.
"Kau taknak buat apa apa?" tanya Emelin.
"Kau nak aku buat apa? Sumber gambar tu pun aku taktau daripada mana. Lagilah nak cari pesalah dia." balas aku. Malas hendak memikir.
Emelin mengangkat bahu.
"Tapi aku nak cakaplah. Manalah tau kan, sebab kau tak buat apa apa, mungkin orang yang sebarkan gambar tu boleh buat lebih daripada tu. Kita taktau niat orang macam mana." balas Emelin.
Ada betul juga kan? Tapi apa aku boleh buat? Aku pun dah malas nak fikir pasal benda remeh ni. Lama kelamaan nanti, semuanya akan kembali seperti sediakala.
Aku hanya diam memikirkan kata kata Emelin.
——
Hari ini, aku balik kampung. Selepas je menghantar segala bapak kerja yang bertimbun, aku terus membuat keputusan untuk pulang. Ramai juga yang pulang ke rumah. Maklumlah, cuti dah nak dekat.
Aku sampai ke rumah sekitar jam 12 tengah hari. Penat juga bawa kereta lama lama. Dengan kaki aku yang tak berapa nak baik. Kau ingat senang?
"Assalamualaikum." aku memberi salam sebelum masuk ke rumah.
"Waalaikumsalam. Balik dah Eva." mama menjawab sebelum terus dipeluknya aku ke dalam dakapannya. Kemudian, aku menicum tangan mama.
"Budak bertuah! Tu dah kenapa kaki tu?" tiba tiba papa muncul di belakang mama. Alamak! Papa perasanlah pula.
"Hah? Kaki?" tanya mama yang tidak perasan dengan keadaan kaki aku. Terus mata mama melihat kaki aku.
"Ya Allah! Dah kenapa kaki ni Eva? Kamu ni belajar ke bergusti?" kata mama sambil membawa aku duduk di atas sofa.
Aku hanya tersengih.
"Bukanlah mama, papa. Eva terjatuh lepastu terseliuh. Ada luka sikit je." jawab aku. Memang takla aku nak bagitau tentang Anis yang menolak aku. Tak pasal pasal kena bebel dengan mama sebab ada musuh di kampus.
"Tulah, cuai lagi. Lain kali pandang depan. Tengok sekali dekat mana kamu berjalan tu. Jangan main jalan je. Lepastu main telefon. Tengok, kan dah jatuh. Terseliuh dengan luka lagi. Dah besar pun tak reri jaga diri." mama dah membebel. Aduhai..
"Ye mama. Lepasni Eva jaga diri. Mama ada masak? Eva laparlah." kata aku. Sengaja nak tukar topik bagi mama berhenti membebel.
"Ha! Tukar topik la tu. Sengaja je kan? Mama dah masak dah. Nanti makan sama sama. Mama nak hidangkan dulu." kata mama sebelum berlalu ke dapur.
Huh! Nasib baik dapat menghentikan bebelan mama. Kalau tak, cair tahi telinga aku dibuatnya.
"Assalamualaikum." tiba tiba kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.
Memandangkan hanya aku seorang sahaja di ruang tamu ini, maka hanya aku jelah yang kena buka pintu.
Terkejut jugalah lepas lihat siapa di depan aku ni.
"Waalaikumsalam. Oh awak. Ada apa?" tanya aku sebelum memakai kasut dan mendekati pagar rumah.
"Kenapa kau yang buka?" tanya Helmi sambil memandang aku.
Dia ni dah kenapa tanya soalan macamtu? Tak suka ke aku buka pintu?
"Kenapa? Awak tak suka ke jumpa saya?" tanya aku pula. Kecil hati tau tak?
"Tak." jawabnya selamba.
Aku hanya diam dan angguk sedikit sambil menunduk. Dah orang tak suka, nak buat macam mana kan?
"Tak ada pula aku cakap aku tak suka jumpa kau." Helmi menyambung.
Aku pandang dia. Apa maksud dia ni ha?
"Kaki kau sakit kan? Yang kau pergi buka pintu dah kenapa? Duduk jelah dalam rumah. Nak juga keluar rumah kan?" kata Helmi seperti memarahi aku.
Ish dia ni. Dia ingat aku ni budak kecil?
Belum sempat aku menjawab, abang aku dah menyampuk.
"Eh Helmi! Yang duduk luar tu je dah kenapa? Dik, kau tak reti suruh tetamu masuk ke apa?" kata abang sambil mendekati kami.
"Takpela Emran. Aku datang sini sebab makcik Salmah ada suruh aku bagi makanan sikit." kata Helmi sambil menghulurkan satu beg.
"Buat susah susah je. Jomlah masuk sekali." kata abang aku sambil membuka kunci pagar.
"Takpelah, aku.."
"Jom je Helmi. Lagipun alang alang kau bawa makanan ni, jom makan sekali. Mak aku dah masak."
Aku pandang abang. Helmi tak habis cakap lagi dia dah menyampuk. Suka sangat paksa paksa kan. Aku lempang juga dia ni.
"Hm iyelah." akhirnya, Helmi hanya bersetuju.
Helmi masuk ke dalam rumah dahulu sebelum aku mengikut. Tetapi, langkah aku terhenti selepas abang memegang bahu aku.
"Happy la kau kan? Buah hati dah datang." kata abang sambil ketawa.
"Buah hati apa abang ni? Takde buah hatilah. Kawan je!" kata aku sambil menjeling abang. Suka hati dia je.
"Mula mula memanglah kawan. Lama lama nanti, jadi suami." balas abang aku sambil mengekek ketawa.
"Abang!" aku sudah menjerit sedikit. Dia ketawa sambil berlari masuk ke dalam rumah. Haih, nak je aku lari lepastu cubit cubit dia. Disebabkan kaki aku ni sakit, aku hanya membiarkan dia sahaja. Takpe abang. Ada lori ada bas, ada hari Eva balas!