Part 35

129 3 0
                                    

Hampir jam 9 malam, aku masih tidak pulang ke rumah. Rasa malas mahu menatap muka suami aku. Betul ke apa yang Emelin cakap? Kenapa Helmi sanggup upah orang untuk belasah Emelin? Emelin tu perempuan, bukannya lelaki.

Aku mengeluh. Hirup udara segar malam di hadapan tasik yang selalu aku datang untuk menenangkan fikiran. Perut aku yang sudah membesar sedikit, aku pegang.

"Baby, kenapa papa sanggup buat kawan mama macamtu? Apa salah kawan mama? Mama sayang kawan mama tapi kenapa papa buat macamtu?" kata aku seorang diri. Terasa sebal hati aku kerana sikap Helmi.

Aku mengambil telefon aku yang berada di dalam kocek seluar. Memang malas aku nak buka. Dari tadi aku memang off sebab taknak diganggu.

Punat on ditekan lama sebelum telefon aku kembali terbuka. Aku mengeluh selepas melihat 65 missed call dan 108 WhatsApp message daripada Helmi. Apa dia nak ni?

Tiba tiba telefon aku kembali berdering. Aku hanya memandang telefon itu sepi tanpa rasa mahu menjawab. Kemudian, aku meletakkan telefon aku kepada airoplane mode. Malas nak off balik.

Aku bangun dari tempat duduk dan masuk ke dalam kereta. Balik jelah rumah. Bukan boleh pergi mana pun. Kalau nak tidur hotel pun membazir je. Aku ni dah la jenis yang tak suka membazir. Takkanlah disebabkan aku marah dengan suami aku, aku perlu keluarkan duit aku semata mata nak tidur hotel? No, thanks.

Sampai sahaja di rumah, terus Helmi membuka pintu. Risau sangat lah dia ni. Aku memandangnya sekilas dan terus masuk ke dalam rumah.

Langkah aku terhenti setelah tangan aku digenggam erat oleh tangan Helmi.

"Sayang pergi mana? Ya Allah sayang, sayang tau tak abang risau sangat!? Dah nak dekat pukul 10 malam dah tapi sayang tak balik balik lagi. Bagitau abang, sayang pergi mana?" kata Helmi sambil memandang aku. Habis berkerut dahinya menandakan yang dia memang risau.

Aku memang tiada mood nak gaduh nak melayan dia sekarang ni. Jadi aku hanya tersenyum sekilas.

"Eva pergi rumah kawan. Eva penat. Nak naik." kata aku agak dingin sebelum terus melepaskan genggaman tangan dan naik ke tingkat atas. Panggilan Helmi sudah tidak aku hiraukan.

Agak segar selepas mandi sebab dari tengah hari aku keluar sampai malam masih tak mandi mandi. Agak penat juga. Dah berbadan dua ni, bila baring pun masih rasa penat juga.

Aku melangkah keluar dari bilik air. Kelihatan Helmi sudah berada di atas katil. Aku hanya buat tak tahu dengan kehadiran dia. Tapi aku dapat rasakan yang matanya hanya melirik ke arah aku. Tapi aku kisah apa? Suka hati dia lah nak buat apa pun.

Aku naik ke atas katil dan baring.

"Sayang, kenapa pakai baju dalam bilik air?" tanya Helmi. Apa masalah aku pakai baju dalam bilik air pun?

"Kenapa? Tak boleh ke?" tanya aku pula acuh tidak acuh.

"Takdelah, selalunya pakai dekat dalam bilik je. Ni sampai bawa masuk baju dalam bilik air. Ada benda yang tak kena ke?" jawab Helmi sebelum bertanya lagi kepada aku.

Aku agak rimas kerana banyak sangat dia tanya.

"Nothing. Eva penat, nak tidur." kata aku sebelum terus membaringkan diri di atas katil.

"Tak baik tidur membelakangkan suami." kata Helmi.

Aku hanya buat tak endah. Aku tau aku berdosa tapi aku memang tak boleh kawal kemarahan aku. Memang sejak kebelakangan ni aku terlalu emosi. Mungkin sebab pembawakan budak.

Aku mendengar Helmi mengeluh. Aku hanya menutup mata dan buat buat tidur. Terasa yang Helmi mendekatkan diri ke arah aku. Bahu aku di pegang.

"Abang minta maaf kalau abang ada buat salah. Abang taktau salah apa yang abang dah buat sampai sayang marah kan abang. Tapi apa pun, abang minta maaf. Pukul abang, marah abang tapi please jangan ignore abang macamni." kata Helmi.

Aku hanya mendengar. Air mata ditahan daripada menitis.

"I love you so much." sambung Helmi sebelum mencium dahi aku lama.

Selepas itu, kedengaran Helmi turun dari katil dan keluar dari bilik. Pintu ditutup.

Aku buka mata dan memandang ke arah pintu. Air mata yang jatuh dikesat perlahan.

"Eva minta maaf." ucap aku perlahan sebelum menutup mata.

——

Walaupun aku masih marahkan Helmi, tetapi tanggungjawab aku sebagai seorang suami tidak aku lupakan. Aku bangun awal untuk menyiapkan sarapan.

"Morning." ucap Helmi selepas turun dari tangga. Helmi terus duduk di atas kerusi.

Aku hanya tersenyum nipis. Nasi goreng dicedok dah diletakkan di dalam pinggan. Aku menyuakan pinggan itu ke arahnya. Air kopi dituang ke dalam cawan dan disuakan ke arahnya.

Semasa aku ingin berlalu, tangan aku dicapai. Siapa pula yang capai ni? Semestinya suami aku. Takkanlah hantu pula.

"Taknak makan ke?" tanya Helmi. Aku menggeleng.

"Makan sikit sayang. Baby dalam perut tu nanti lapar." kata Helmi. Aku diam sebentar sebelum mengangguk perlahan.

Baru sahaja aku mahu mencedok nasi, Helmi memegang tangan aku.

"Biar abang suap." kata Helmi.

"Takpelah, abang makanlah. Eva makan sendiri." balas aku.

"Dengar cakap abang?" kata Helmi dengan suara lembutnya. Aku hanya mengeluh perlahan dan mengangguk.

Perlahan nasi goreng itu disuapkan ke mulut aku. Aku hanya mengunyah perlahan.

"Suapkan abang pula?" pinta Helmi. Menggedik pula dia hari ni. Siapa yang mengandung sebenarnya ni? Aku ke dia?

Aku mengambil sudu dan menyuakan ke arahnya.

"Sedapnya sayang masak." puji Helmi. Eleh, padahal nasi goreng di dah banyak kali aku masak. Baru sekarang nak puji?

"Banyak kali Eva masak. Tak pernah pun puji?" kata aku sambil mencebik.

"Sebelum ni abang makan sendiri. Tapi sebab isteri abang yang suapkan jadi rasa sedap tu bertambah." jawab Helmi sambil tersenyum manis. Kacak betul suami aku ni!

Aku hanya tersenyum nipis.

Tiba tiba teringat yang semalam dia keluar dari bilik sebelum tidur. Pagi tadi pula tak nampak dia di dalam bilik. Di luar pun tak nampak. Dia tidur mana agaknya ye?

"Abang, Eva nak tanya sikit." kata aku. Helmi mengangkat keningnya.

"Abang.. tidur mana semalam?" tanya aku perlahan. Helmi senyum nipis.

"Bilik tetamu." jawab Helmi. Makin bersalah pula aku dengar.

"Eva minta maaf.." ucap aku sambil menunduk ke bawah.

"Takpe sayang. Abang taknak kusutkan lagi fikiran sayang. Kalau sayang marahkan abang, biarlah bagi lega dulu marah tu." kata Helmi sambil mengusap tangan aku.

"Tapi boleh abang tau kenapa sayang marah abang?" sambung Helmi.

Aku hanya diam. Tak tahu nak bagitahu ataupun tidak. Patut ke aku rahsiakan? Atau patut ke aku bagitau sahaja?

Helmi tersenyum nipis.

"Takpelah sayang. Kalau taknak bagitau, abang okay je. Tapi tolong ingat ni. Abang sayang Eva sorang je. Takde orang lain dalam hidup abang kecuali Eva. Tolong jangan tinggalkan abang dan tolong jangan ignore abang macam semalam. Abang tak boleh kalau takde sayang dekat sebelah. It hurts me." kata Helmi sambil mengusap kepala aku. Aku memegang tangannya dan tersenyum.

"Okay. Eva minta maaf." ucap aku lagi. Helmi hanya memandang aku dan memeluk aku erat.

Aku membalas pelukannya. Kami berpelukan buat sementara waktu.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now