Part 11

112 6 0
                                    

Aku meregangkan badan ke kanan dan ke kiri. Mama cakap je tadi nak makan makan dekat rumah makcik Salmah, padahal tolong sekali. Dah macam tuan rumah. Aku pula yang jadi mangsa.

Tapi takpelah. Sekali sekala tolong kan? Tak salah pun.

"Penat?" satu suara membuatkan aku berpaling. Helmi.

"Sikit. Banyak benda nak kena buat tadi. Hidangkan makananlah, buat air lah. Lepas dah habis makanan, kena hidang balik. Haih penat penat." jawab aku panjang lebar. Banyak pula aku ni bercakap. Dia tanya satu patah perkataan je, yang kau jawab panjang berjela tu apahal?

Aku nampak dia senyum senget.

"Senyum apa?" tanya aku.

"Saje. Buat kerja sikit dah penat." Helmi mencebik.

"Eleh. Cakap senanglah. Bukan awak yang buat kerja." jawab aku sebelum menejelingnya.

Helmi hanya mengangkat bahu.

"Laa buat apa kat dapur ni? Pergi angkat apa yang patut dekat luar tu. Semua tetamu dah balik." mama tiba tiba berkata di pintu dapur.

Dah balik? Aku memandang jam di dinding. Patutlah, dah hampir pukul 12. Memang patut badan aku penat sangat.

Aku hanya mengangguk kemudian berdiri dan berlalu untuk mengambil bekas makanan.

"Basuhkan." sesedap maggi kari sahaja aku menyuruh Helmi yang sedang minum air di dapur.

"Kaulah basuh." jawab Helmi.

"Ala, tolonglah. Saya dah banyak dah buat kerja tadi. Awak je tak buat apa apa. Please.." balas aku dengan suara lembut sambil kelip kelipkan mata aku.

Helmi berdehem sekali kemudian meletakkan cawannya di atas meja. Sengaja nak mengelak pandangan dari aku la tu.

"Yelah yelah. Cukup dengan aksi manja kau tu." jawab Helmi kemudian terus membasuh bekas makanan di dalam sinki.

Aku hanya tersengih. Tapi aku takdelah kejam sangat nak suruh dia buat semua benda. Aku tolong sikit sikit. Kelakar pula aku tengok dengan badan sasa Helmi tu, muka serius dia, tiba tiba basuh pinggan. Kelakar betul!

Selepas habis kerja di dapur, aku dan Helmi sama sama keluar dari dapur. Amboi mama dengan makcik Salmah ni. Elok ye bersantai sambil tengok ceria hindustan. Aku punyalah duk berperang di dapur, mereka boleh duduk senang lenang?

"Dah siap dah semua?" tanya mama. Aku hanya mengangguk.

"Assalamualaikum." tiba tiba terdengar suara seseorang.

Aku tengok di depan pintu. Kelihatan seorang perempuan dengan baju kurung moden. Sangat manis mata memandang. Siapa ye dia ni?

"Ya Allah, Aida!" makcik Salmah sudah bangun meluru ke arah perempuan yang bernama Aida itu.

"Makcik sihat?" tanya Aida sebelum bersalaman dengan makcik Salmah.

"Alhamdulillah sihat. Mari masuk." pelawa makcik Salmah.

Aida masuk dengan senyuman sebelum bersalaman dengan mama kemudian dengan aku.

"Ni Eva Leyana. Panggil dia Eva je. Ni pula mama dia. Aunty Elina." makcik Salmah memperkenalkan kami. Aku hanya tersenyum.

"Dia ni kawan Helmi sejak dari sekolah lagi. Dia pun ikut sama Helmi pergi UK dulu tapi taktau pula bila sampai sini." kata Makcik Salmah lagi.

Aku hanya diam. Kawan dari sekolah rupanya. Aku memandang Helmi di sebelah. Muka biasa je. Tak teruja ke jumpa kawan baik dari sekolah?

"Manis orangnya. Umur berapa?" mama bertanyakan soalan.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now