Part 30

132 3 0
                                    

Perbuatan aku terbantut setelah merasa tangan yang melingkar di pinggang aku.

"Awal bangun?" tanya Helmi sambil meletakkan dagunya di bahu aku.

"Kenalah bangun awal. Nak buat sarapan untuk abang juga. Lagipun hari ni saya takde kelas. Saya layan abang je hari ni." kata aku sambil mengacau air teh di dalam teko.

"Hmm.. hari ni abang ada kelas. Tak boleh nak duduk lama lama dengan Eva." balas Helmi. Aku tergelak.

"Mengada lah. Dah cepat makan. Nanti lambat nak pergi kelas." suruh aku sambil membawa teko ke atas meja.

Helmi duduk di meja makan. Aku meletakkan nasi goreng di dalam pinggan dan menghulurkan kepadanya.

"Sayang, hari ni abang balik lambat tau. Ada test." kata Helmi.

"Oh, okay." jawab aku sambil mengangguk.

Setelah Helmi habis makan, aku bersalaman sebelum di pergi. Helmi menicium dahi aku sebelum keluar dari rumah. Aku melambai ke arahnya sehingga keretanya hilang dari pandangan.

Sekarang ni, nak buat apa? Sorang sorang duduk rumah besar ni pun bosan juga kan? Aku mengambil keputusan untuk mengemas rumah. Rumah besar ni, memang tak sempat nak kemas dalam masa yang singkat.

Dalam setengah jam aku mengemas, terasa badan agak penat. Ni baru kemas tingkat bawah. Belum di tingkat atas lagi. Susah betul kalau rumah besar gedabak macam ni.

Aku duduk di sofa dan meregangkan badan buat seketika. Aku baring untuk melepaskan lelah. Entah macam mana, aku tertidur.

——

Aku bangun setelah lama tidur. Aku melihat jam. Hampir pukul empat. Lama betul aku tidur. Penat sangat agaknya kemas rumah.

Aku mengeliat kecil untuk meregangkan badan. Telefon diambil untuk melihat jika ada apa apa notifikasi. Helmi ni memang taknak mesej atau call aku ke? Busy sangat ke sampai tak boleh nak text sekejap. Taulah ada test. Tapi kalau time macamni rasanya dah habis dah. Tapi kenapa dia tak balik lagi?

Mungkin lepak dengan kawan sekejap. Aku berfikiran positif. Aku membuka aplikasi WhatsApp. Tiba tiba terasa mahu membuka Group 'Triple E' di dalam WhatsApp itu. Aku memandang group itu dengan sepi.

Sudah lama group itu tidak digunakan. Semenjak Emelin dingin dengan aku, kami sudah tidak seperti dahulu. Erika sekali terken tempiasnya. Aku hanya berhubung dengan Erika sahaja. Kalau nak bercakap dengan Emelin pun dia taknak cakap dengan aku.

Aku mengeluh. Telefon diletakkan kembali di atas meja. Aku melangkah ke bilik air untuk mencuci muka. Setelah itu, terasa segar sedikit. Baru sahaja ingin melangkah ke dapur, telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk.

Aku kembali ke sofa dan duduk. Telefon yang berada di atas meja diambil. Manalah tau mesej daripada Helmi ke kan?

Unknown Number. Siapa? Aku membuka mesej yang dihantar.

Aku terkedu. Gambar tersebut menunjukkan Helmi dan Emelin sedang duduk berdua duaan di Cafe Old Town White Coffee. Apa yang mereka buat berdua di situ? Dahlah mereka duduk di meja yang tersorok sedikit. Kalau orang tengok pun boleh salah sangka, fikir yang mereka pasangan bercinta.

Siapa yang hantar gambar ni kepada aku? Profile picture takde. Apa pun takde. Aku mengeluh perlahan. Apa dah jadi ni? Tapi aku tak mahu menuduh melulu. Aku masih waras untuk berfikir.

Baru sahaja ingin meletakkan kembali telefon di atas meja, telefon aku kembali berbunyi menandakan ada lagi mesej masuk. Nombor yang sama.

'I told you. Stay away from him. Dia tak sayang kau pun. Dia suka kan kawan kau dalam diam. Jangan tertipu.' - Unknown Number

Aku tergamam lagi. Aku rasa aku tau siapa yang hantar mesej ini. Lelaki itu! Tapi macam mana dia dapat nombor aku?

Aku terus off kan telefon aku. Penat nak melayan semua benda mengarut ini. Helmi ni pun satu. Bila nak balik? Dating lama sangat sampai lupa nak balik ke?

"Assalamualaikum." panjang umur!

"Waalaikumsalam." jawab aku perlahan.

Helmi duduk di sebelah aku. Aku mencapai tangan yang dihulurkan untuk menyalam tangannya.

"Dah makan?" tanya Helmi. Aku hanya mengangguk sambil tangan mengambil beg dan fail yang diletakkan Helmi ke atas meja.

"Saya letak kat atas dulu." kata aku tanpa memandang ke arahnya sebelum terus naik ke tingkat atas.

Setelah meletakkan barang barang Helmi, aku duduk di atas katil. Entah kenapa, rasa tak sedap hati. Aku masih memikirkan tentang mesej yang aku dapat.

Terasa katil dihenyak di sebelah aku. Aku memandang ke sebelah kiri. Helmi sedang memandang aku.

"Eva okay tak?" tanya Helmi sambil menyelak rambut aku ke telinga. Aku hanya mengangguk.

"Jangan tipu abang. Cuba bagitau. Ada apa yang tak kena?" tanya Helmi lagi. Aku mengeluh.

"Eva okay. Abang tak perlu risau. Tadi Eva kemas rumah so penat sikit." jawab aku sambil tersenyum nipis. Malas aku mahu membuka cerita dahulu.

"Lega abang dengar." kata Helmi sambil tersenyum lega. Aku hanya diam.

"Nak balik rumah mama tak?" pertanyaan Helmi membuatkan aku berpaling ke arahnya.

"Nak. Tapi kenapa tiba tiba nak balik rumah mama?" tanya aku pula.

"Saje. Dah lama tak jenguk mama, papa dengan makcik Salmah. Sejak duduk sini, dah jarang kan kita balik sana? So, why not?" jawab Helmi. Aku tersenyum sambil mengangguk.

"Nak balik malam ni ke?" tanya aku.

"Lepas asar kita baliklah." jawab Helmi. Aku hanya mengangguk.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now