Bunyi telefon aku memecahkan kesunyian antara aku dan Helmi. Helmi hanya memandang aku yang sedang mengeluarkan telefon dari poket belakang seluar.
Mata aku terbuka luas apabila melihat nama di skrin telefon. Mama! Macam mana aku boleh lupa pasal mama ni?
"Hello?" sapa aku terlebih dahulu.
"Eva! Kamu pergi mana ni? Mama dah tunggu lama tau kat sini! Tadi kata nak masuk kereta dulu lepastu hilang pergi mana!" mama sudah membebel. Dahlah kuat pula tu. Aku sudah menjarakkan sedikit telefon dari telinga aku.
"Ye mama. Eva datang sekarang." jawab aku, malas nak panjangkan cerita.
Selepas itu, aku menamatkan panggilan.
"Saya pergi dululah." kata aku.
"Aku hantar kau." jawab Helmi.
"Takpe, saya boleh pergi sendiri." balas aku, taknak susahkannya.
"Nanti kalau jadi balik macam tadi kau nak ke? Kalau aku ikut kau, sekurang kurangnya aku boleh selamatkan kau." jawab Helmi lagi.
Aku hanya terdiam. Tiba tiba jantung ni berkerja lebih masa.
"Jom." aku hanya mengangguk setelah dia mengajak.
Setelah hampir sampai ke kereta mama, aku melihat mama sudah mencekak pinggang sambil memandang ke arah aku. Aku sudah tersengih.
"Sorry mama. Tadi ada benda jadi." kata aku. Malas nak cerita nanti buat mama risau.
"Tadi ada budak lelaki cuba kacau dia. Saya selamatkan." jawab Helmi tersenyum manis.
Aku punyalah taknak bagitau mama pasal apa yang jadi, orang sebelah ni suka hati je buka mulut. Cili mulut tu karang!
Tapi.. bila dia senyum tu, manis sangatlah pula. Kacak habis! Aku pula yang terkedu tengok dia senyum macamtu. Nak marah pun tak jadi. Kenapalah dia tak senyum macamtu dari dulu?
"Betul ke Eva? Tulah, siapa suruh merayap sana sini. Tengok, dah kena kacau dengan budak budak dekat sini." aku hanya menadah telinga mendengar bebelan mama.
"Ni.. anak saudara Salmah kan?" tanya mama sambil menuding jari ke arah Helmi.
"Ye saya, aunty. Nama saya Helmi." jawab Helmi dengan sangat sopan sambil tersenyum.
Dia senyum lagi! Dah kenapa tiba tiba asik senyum je dia ni? Terlebih sopan pula tu.
"Haa.. patutlah macam pernah nampak muka. Aunty pernah tengok gambar Helmi dekat rumah makcik Salmah. Kacak orangnya." kata mama sambil ketawa. Aku sudah buat buat ketawa. Ade ke mama boleh cakap macam tu? Buat malu jelah!
Helmi hanya diam sambil tersenyum.
"Eh, jomlah aunty hantarkan balik rumah. Lagipun kami memang nak pergi rumah kamu pun sebab makcik Salmah kamu tu buat makan makan kan?" pelawa mama aku. Aku hanya menggeleng.
"Takpe aunty. Saya boleh je jalan kaki lagipun tak jauh sangat." jawab Helmi dengan sopan.
"Alah apa susahnya, lagipun sehala kan? Jom naik. Ha Eva, pergi masukkan barang barang dalam bonet. Jom Helmi, masuk." kata mama.
Mama ni! Ada ke suruh aku masukkan barang barang yang berat tu? Lepastu boleh pula pelawa Helmi saje? Ish, tak adil!
Tapi nasib baiklah si Helmi ni sudi membantu. Baik betul dia ni kan? Hehehe.
——
Aku bersalaman dengan makcik Salmah selepas tiba di rumahnya.
"Eh Helmi, bila balik?" tanya makcik Salmah setelah melihat Helmi.
"Dia balik dengan aku Mah. Kebetulan tadi jumpa dia. Itu yang aku ajak dia naik sekali dengan aku." jawab mama sambil meletakkan barang barang yang dibeli di atas meja.
"Laa kisahnya? Jadi, Helmi dengan Eva dah kenal lah ye?" tanya makcik Salmah lagi.
"Dah makcik. Sebenarnya, kami satu kampus." jawab aku. Helmi hanya diam membiarkan aku menjawab.
Mama dengan makcik Salmah dah terkejut beruk.
"Lah yeke? Mama tak pernah tau pun?" balas mama. Makcik Salmah mengangguk.
"Dah mama tak tanya, takkanlah tiba tiba Eva nak bagitau?" balas aku pula.
"Ish budak ni. Dah jom, tolong mama hidangkan makanan." kata mama.
"Tak payahlah Lina. Aku taknak susahkan kau dengan anak kau. Datang sini untuk makana pun dah ok." balas makcik Salmah.
"Takpe Mah. Aku memang nak tolong kau. Lagipun banyak benda tak siap lagi. Nanti tetamu ramai nak datang. Apa salahnya aku tolong kau kan?" balas mama pula.
Aduh.. nak tolong pun ambil masa berjam jam. Aku dah garu kepala tengok mama dengan makcik Salmah. Helmi pun dah tayang muka bosan.
Setelah lama menunggu, aku pun masuk ke dapur membuat apa yang patut.
Takde apa pun yang aku boleh buat di dapur ni. Mama dengan makcik Salmah dan ambil alih satu dapur. Aku hanya membuat apa yang disuruh sahaja.
"Dah besarkan anak saudara kau tu Mah? Dulu last aku tengok dia kecik je budaknya. Bila dah besar ni, makin kacak. Sampai aku pun dah tak berapa kenal." aku dengar mama memulakan perbualan.
"Biasalah Lina. Itu pun nasib baik aku sudi jaga dia. Mak ayah dia pun dah meninggal masa dia kecil. Tapi lepas 7 tahun aku jaga dia, dia mengada nak duduk UK. Dia pun dah besar kan? Aku pun taknak lah sekat sangat kebebasan dia. Asal dia tau jaga diri, baguslah."
Aku hanya mendengar cerita makcik Salmah. Alkisahnya. Mak ayah dia dah meninggal rupanya. Sebab tu ke dia dingin macam ais batu? Langsung tak mesra dengan orang lain?
Mama hanya mengangguk.
"Eva, tolong basuh periuk tu." mama sudah beri arahan. Aku hanya mengangguk.
"Bagus anak kau ni Lina. Dengar kata. Rajin tolong pula tu. Ni kalau buat menantu memang seronok." tiba tiba makcik Salmah bersuara.
Menantu pula dah! Dah kenapa tiba tiba ni? Tapi menantu? Makcik Salmah ada anak ke? Setahu aku, suami dia meninggal dan tak sempat nak ada anak lagi.
"Err.. sorry tanya. Makcik ada anak ke?" tanya aku serba salah. Takut makcik Salmah kecil hati pula.
Tapi makcik Salmah hanya ketawa.
"Anak tu takdelah Eva oi. Tapi makcik memang dah anggap Helmi tu anak makcik." jawab makcik Salmah.
Aku hanya mengangguk. Tiba tiba tersentak. Kalau nak dibuat menantu, maksudnya aku dengan Helmi lah kan? Ya Allah, malunya aku. Aku rasa muka aku dah merah sekarang ni.
"Comel anak kau malu malu Lina." kata makcik Salmah sambil ketawa. Mama pun tumpang sekaki.
Aku hanya tersengih dan menggaru kepala.