Part 9

116 6 0
                                    

Nikmat tidur aku terbantut setelah badan aku digerak gerakkan oleh satu tangan. Terpisat pisat aku membuka mata.

"Bangun! Ikut mama keluar." terus arahan keluar dari mulut mama.

Aku duduk di atas katil. Mata masih kuyu. Susah betul nak buka mata pagi pagi ni. Aku lihat jam di telefon aku. Baru pukul 8:00 pagi! Awalnya!

"Nak pergi mana mama?" tanya aku sebelum menguap.

"Pergi beli barang. Lepastu teman mama pergi rumah makcik Salmah. Dia ada buat makan makan pukul 11:00 pagi sebab anak saudara dia yang dah lama tak balik tu, baru balik semalam." jawab mama dengan pernyataan aku.

Aku membuka mata luas. Anak saudara makcik Salmah tu, Helmi lah kan? Entah kenapa, rasa teruja pula. Mungkin sebab dapat jumpa dia lagi tak? Hehe mengadakan aku ni?

"Okay mama!" kata aku lantas terus mengambil tuala dan masuk ke bilik air.

"Dah kenapa teruja semacam anak aku ni?" aku terdengar mama menggumam. Aku hanya tersengih sorang sorang dalam bilik air.

——

"Mama, lama lagi ke? Tangan Eva dah sakit ni." kata aku yang sedang mengangkat beberapa plastik di tangan. Banyak betul mama aku ni beli barang. Macam dia pula yang nak buat makan makan.

"Sabarlah kejap. Mama nak beli untuk makcik Salmah kamu tu sekali. Dia minta tolong mama belikan barang sebab mama kata mama nak keluar jadi dia kirim sekali." mama menjelaskan kepada aku. Aku hanya mengeluh kepenatan.

"Eva tunggu dalam kereta boleh?" tanya aku sambik tersengih.

"Hm yelah. Nah." kata mama sambil menghulurkan kunci kereta kepada aku. Aku menyambut sambil tersengih dan terus menuju ke kereta.

Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta, aku ternampak tiga orang lelaki duduk melepak di tepi pintu kedai. Rasa tak selesa pula nak lalu. Tapi kalau tak lalu, kena guna pintu belakang. Jauhlah pula. Aku dahlah penat sangat ni jadi aku mengambil keputusan untuk lalu sahaja.

Rasa lega juga selepas melepasi mereka bertiga. Tetapi rasa lega tu tak berpanjangan apabila seorang daripada lelaki tadi terus terpacak di depan aku dan menghalang jalan aku.

"Hai. Nak pergi mana sorang sorang ni?" tanya lelaki itu sambil matanya memandang aku atas bawah.

Aku sudah gelisah. Apa aku nak buat ni!?

Terasa bahu aku disentuh seseorang. Aku terus berpaling ke belakang dan bersandar di dinding setelah dua orang lelaki lagi berada di belakang aku. Aku terperangkap!

"Jangan kacau saya." kata aku dengan perlahan dan menggeletar.

"Apa? Saya tak dengarlah awak." kata lelaki itu sambil cuba untuk memegang dagu aku. Aku terus berpaling sambil menutup mata. Sesiapa, tolonglah selamatkan aku!

"Sayang!" kedengaran suara seseorang. Terus mereka bertiga berpaling termasuk aku.

Helmi! Aku sangat lega kerana dia ada sekarang ni. Tapi.. sayang? Erk..

"Kau siapa?" tanya lelaki tadi sambil memandang Helmi atas bawah.

"Suami dia. Kau ada masalah?" jawab Helmi dengan mukanya yang sangat dingin.

Terlopong juga aku dibuatnya. Dalam banyak banyak benda, kenapa suami juga? Boleh juga dia cakap dia abang akh kan?

Tapi semua tu tak penting.

"Suami? Aku nak rasa isteri kau ni sekejap boleh kan?" kata lelaki itu lagi. Rasa nak sepak je lelaki di depan aku ni.

"Boleh."

Terbuntang mata aku bila Helmi cakap macamtu. Boleh kejadah dia!

"Langkah mayat aku dulu." sambung Helmi.

Serentak dengan itu, Helmi berjalan laju ke arah salah seorang lelaki dan terus menumbuk muka lelaki tersebut.

Aku yang terkejut terus menutup muka dengan tangan. Takut nak melihat aksi di depan aku.

Seketika kemudian, aku tidak mendengar apa apa jadi aku mengambil keputusan untuk melihat. Tangan diturunkan.

Kelihatan tiga orang lelaki tadi sudah berlari lintang pukang meninggalkan kami. Aku pandang Helmi. Muka dia selamba macam takde apa apa jadi.

"Apa awak dah buat?" tanya aku.

"Apa? Aku selamatkan kaulah." jawab Helmi sambik memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Kenapa awak tumbuk muka diorang? Cuba selesaikan elok elok?" tanya aku agak geram. Entah kenapa aku tak suka dia bahayakan diri dia.

Helmi menundukkan badannya dan memandang tepat ke dalam anak mata aku. Aku dah tak senang duduk. Aku mengambil setapak ke belakang kerana posisi kami sangat dekat.

"Diorang hampir buat benda buruk kat kau tau? Kau masih nak bela diorang? Yang aku ni datang selamatkan kau, kau tak kisah pula?" kata Helmi sebelum menegakkan tubuhnya.

Aku sudah meggaru kepala.

"Err.. terima kasih. Sebab awak dah selamatkan saya." ucap aku sambil tersengih.

Dalam tidak sedar, dia dah selamatkan aku buat kali kedua.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now