Part 40

186 4 0
                                    

Sekarang

      Aku masih diam di atas katil. Ingatan itu satu persatu masuk ke dalam otak aku. Tergamam terus aku setelah mengingati kembali perkara itu. Helmi.. suami aku.. pembunuh..?

"Sayang?" kedengaran suara Helmi memanggil aku. Baru balik lah tu.

Selalunya kalau dia balik, memang aku akan terus memeluknya. Tak kisah lah dia dah mandi ke belum tapi aku memang akan terus peluk dia lepas dia balik. Tapi sekarang, aku takde hati nak buat macam tu. Nak pandang muka dia pun aku rasa benci.

"Sayang?" panggil Helmi lagi. Kali ini kedengaran dia mendekati aku. Bahu aku dipegang tapi aku tepis kasar dan terus bangun dari katil.

"Kenapa ni?" muka Helmi jelas kebingungan. Aku memandang wajahnya. Air mata setitis yang mengalir sudah tidak aku hiraukan.

Helmi terpandang pistol yang terdapat di atas katil. Lama dia memandang pistol itu dan kedengaran dia mengeluh sebelum memandang aku. Redup dia memandang wajah aku. Seperti sudah faham kenapa aku jadi begini.

"Sayang, i can explain." kata Helmi sambil tangannya seperti mahu memegang tangan aku.

"Don't you dare to touch me!" kata aku sedikit kuat. Memang aku dikuasai marah sekarang ni.

"Sayang.." aku nampak muka Helmi kecewa selepas aku memarahi dia. Tapi aku kisah apa!

"Awak pernah kenal saya sebelum ni tapi kenapa awak tak pernah langsung bagitau saya apa apa? Yang paling saya tak boleh terima adalah awak seorang pembunuh! Macam mana saya boleh kahwin dengan orang macam awak ni!? Kalau lah saya tahu awak ni pembunuh, saya tak ingin nak kahwin dengan awak!" aku sudah tidak boleh mengawal perasaan.

"Eva! Awak sedar tak dengan siapa awak bercakap sekarang ni?" Helmi sudah menaikkan oktaf suaranya.

"Tau. Tengah cakap dengan pembunuh." balas aku sinis. Helmi sudah meraup mukanya.

"This is not like what you think, Eva. Okay abang mengaku dulu memang. Tapi lepas Eva accident dan amnesia tentang abang, abang memang nak berubah. Abang dah tak macam dulu lagi!" terang Helmi dengan dahi yang berkerut.

Aku menggeleng kan kepala.

"Sebab saya accident jelah baru awak nak berubah? Kalau saya tak accident masa tu? Awak langsung tak nak berubah lah?" tanya aku. Helmi hilang kata kata.

"Stop this nonsense. Divorce me." aku taktau apa yang merasuki aku tapi yang aku tau, aku memang nak dia ceraikan aku.

Terbuntang mata Helmi melihat aku.

"No, Eva! No and never! Are you nuts!? Abang sayang kan Eva. Takkan lah sebab ni Eva nak cerai dengan abang? Eva tak boleh terima baik buruk abang ke?" kata Helmi dengan suara yang sudah dikendurkan. Aku hanya diam. Malas mahu berkata kata.

"Lagipun sayang tengah mengandung. I will never divorce you." sambung Helmi lagi.

"Sebab anak je awak taknak ceraikan saya? Baik, lepas saya lahirkan anak ni, awak boleh ambil dia dan ceraikan saya!" bidas aku.

"Don't you get it!? I will never divorce you even you've given birth!" balas Helmi. Aku hanya mendengus.

"Okay sayang. Kita jangan panjangkan hal ni. Abang taknak sebab benda ni kita gaduh lebih teruk. Abang nak Eva tau, yang abang sayang kan Eva. I'm sorry for everything sayang." kata Helmi sebelum mendekati aku dan mencium dahi aku lama. Aku hanya diam membiarkan perlakuannya. Sangat selesa sehingga membuatkan aku hampir menangis.

Aku rindukannya. Sejak kebelakangan ni, rumah tangga kami seperti telur dihujung tanduk. Banyak benda yang terjadi. Dengan Aida, Emelin dan sekarang ni benda ni. Kami agak dingin. Sebenarnya aku yang lebih dingin dengannya. Ego ke aku?

Helmi terus keluar dari bilik. Mana dia nak pergi pun aku taktau. Tapi aku dengar pintu bilik di hadapan bilik aku tertutup. Mungkin dia akan duduk situ sementara waktu. Tenangkan diri masing masing dahulu.

Aku duduk di atas katil dan meraup wajah. Air mata aku mengalir kembali. Aku mengambil kunci kereta dan turun tangga dengan perlahan. Susah nak jalan laju laju sebab kandungan aku dah nak masuk 6 bulan.

Terus aku memecut laju kereta keluar dari perkarangan rumah. Aku tau aku berdos sebab tak bagitau Helmi yang aku nak keluar. Tapi aku masih marahkannya. Maafkan Eva abang.

——

      Hampir pukul 10 malam, aku masih tidak pulang ke rumah lagi. Aku memang tidak boleh melihat muka Helmi. Aku sayang kan dia tapi aku tak boleh terima apa yang dia dah buat pada aku.

Dia dah tau yang kami pernah kenal tapi kenapa dia tak pernah sekali pun cerita pada aku tentang semua ni? Apa, nak tutup kesalahan dia dulu yang dia pernah jadi seorang pembunuh? Kalau dia yakin yang aku ni boleh terima baik buruk dia, kenapa dia tak nak terus terang pada aku?

"Baby, kenapa papa sanggup buat mama macam ni?" kata aku sendirian sambil mengusap perut aku yang makin besar itu. Air mata yang mengalir aku kesat perlahan.

Aku bukan sengaja nak pisahkan Helmi dan anak kami. Tapi aku cuma perlukan masa. Kalau dia risau kan pun sebab anak dalam kandungan aku. Dia tak risau kan aku pun. Aku mengeluh perlahan.

Tiba tiba terasa diri diperhati kan. Terdapat beberapa orang di tasik ini tapi tak berapa ramai. Jadi aku rasa kalau apa apa terjadi kena menjerit dulu baru orang perasan.

Aku memandang sekeliling. Tiada apa apa yang terlihat. Hanya kepekatan malam menghiasi alam. Langkah diatur perlahan ke kereta.

Baru sahaja aku mahu membuka pintu kereta, tiba tiba mulut aku di tutup dengan kain. Nafas aku agak tersekat. Aku memukul mukul tangan yang sedang menutup mulut aku dengan kuat. Tapi apa lah sangat kudrat ibu mengandung dan seorang perempuan seperti aku ni?

Lama kelamaan, mata aku kian kabur. Selepas itu, aku sudah tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Takdir KitaWhere stories live. Discover now