𖥔 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐋𝐀𝐈𝐌𝐄𝐑 ⿻
➶ Every face that use in this story are meant to be as face claim . Any report, copyright, or disrespectful behavior will be report to wattpad right . The storyline in this story has nothing to do with the living or vice versa.𖥔 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 ⿻
➶ May include triggered scene such as self-harm , suicide , sexual , anxiety disorder , emotional abuse and harsh words .
Pledis Entertainment
"Jihoon sayangku, senyumlah. Kau sedara tak senyuman kau itu seindah rembulan?" seorang jejaka menghampirinya dengan senyuman manis yang menyebabkan matanya kelihatan semakin sepet.Jihoon memandang ke arah jejaka itu kosonh sebelum melakukan kerjanya. Matanya digulingkan tanda dirinya berasa menyampah dengan sikap rakannya itu. Sudah beberapa kali dia melarang rakannya menggunakan nama sebenarnya.
"Boleh tak kau panggil aku guna nama diorang panggil aku? " gertaknya.
Di dalam hatinya, ada perasaan ingin menanam lelaki tersebut secara hidup-hidup lalu meninggalkan mayatnya di kawasan yang tidak boleh dijejaki sesiapa. Namun, mampukah dia apabila lelaki dihadapannya ini lebih tinggi berbanding dirinya?
"Aku gurau je. Jangan marah. " Kini, panggilan tidak lagi digunakan olehnya tetapi, dalam keadaan yang sebising itu bagaimana Jihoon mampu menyambung pekerjaannya?
" Jom, aku belanjakan kau aiskrim? " Ujar jejaka itu dengan senyuman semanis gula.
Oh tuhan, mengapa orang ini selalu memporak-perandakan hidupnya? Apa sahaja yang dia lakukan, Jihoon hanya mampu mengeluh dan menuruti. Dirinya sendiri tidak tahu apa akan terjadi jika dia berterusan menolak jejaka itu. Andai sahaja dia mampu mengubah masa, dia sudah pasti akan meminta manager mereka untuk menolak permintaan jejaka itu memasuki kumpulannya.
" Fine. Selepas kau selesai, hantar aku balik ke sini, Soonyoung. " Jihoon menekankan nama jejaka itu saat dia menuruti langkahnya.
Soonyoung tersenyum riang akhirnya dibenarkan untuk membelanjakan wangnya kepada rakannya yang satu ini. Entah mengapa, dia bersikap periang saat bersama dengan Jihoon. Walaupun begitu, menyedari kehadirannya sedikit mengganggu jejaka itu, dia hanya mampu mendiamkan diri sehingga tidak lagi mampu dihalang olehnya perasaan ingin memanggil dan menegur jejaka itu.
Sekurang-kurangnya, dia menyedari bahawa apa yang dikatakan oleh hati Jihoon itu benar. Bahkan dia sendiri mengaku betapa menyampah dia boleh dianggap oleh seseorang namun, itulah sikap semula jadinya. Ingin tahu dan mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu.
" Aku perasan, kau semakin diam sejak Dua menjak ini. Ada apa-apa yang terjadi? " Soonyoung menyoal terhadap rakannya itu.
Jihoon mengelengkan kepalanya. Meskipun menyedari hal tersebut, patutkah dia membuat perakuan dan membenarkan jejaka itu mengetahui apa yang berada did mindanya saat ini? Bahkan, hal tersebut seakan-akan tidak penting bagi sesiapa.
" You sure about it? Woozi, aku mampu simpan rahsia kau. " Soonyoung cuba untuk memujuk jejaka itu namun sebaliknya, dirinya hanya menerima sebuah tamparan keras pada pipi kanannya.
Oh, itu menyakitkan. Gerutu hatinya sebelum dia memalingkan kembali wajahnya ke arah jejaka munggil dihadapannya. Tangan Masih ditekap tepat di tempat dirinya ditampar sebentar tadi.
" Boleh tak kau diam? "
Soonyoung menghela nafas berat saat Jihoon melangkah meninggalkannya. Apakah ianya terlalu menyakitkan sehingga jejaka itu tidak sanggup bercerita tentang hal yang terjadi? Atau, dia tidak mampu mengucapkan rasanya jadi dia memilih untuk diam? Tiada yang mampu menjawab soalan tersebut, walaupun mereka begitu dekat dengan pihak sebelahnya.
tbc.
©𝐤.𝐧𝐰𝐭 2020 hak cipta terpelihara .
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfiction[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...