Kalau kau rasa benda tu membawa kebaikkan aku tak kisah. Tapi sekarang dari apa aku nampak semuanya membawa keburukkan. "
"BOLEH TAK CUBA FIKIR POSITIF! SEKARANG NI KITA NAK DIA GEMBIRA BUKANNYA SEDIH, YANG AWAK NAK SANGAT TENGOK DIA SEDIH KENAPA?"
Mata yang masih lagi mamai digosok perlahan sambil cuba mengenali suara-suara tersebut. Saat matanya dibuka perlahan, dia sedari bahawa dirinya berada di satu tempat yang kelihatan asing baginya.
"Tak, sekarang ni yang kau tengking kenapa? Ya, memang kita perlu bawa dia kembali ke arah kebaikkan tapi sejak kau jaga dia semua benda ni jadi berbeza." dengan suara yang tenang seorang wanita membalas.
"Jadi awak nak cakap yang saya tak pandai jaga dia? Macam tu? Eh, awak ingat sikit siapa yang paling lama jaga dia walaupun bukan anak sebenar. Awak ke saya yang paling lama?" soal seorang wanita dengan senyuman sinis.
"eo-eomma?"
Perlahan dirinya cuba bangun menghampiri kedua mereka namun seperti ada sesuatu yang menghalang pergerakkannya.
Srting!
Dua wanita tadi memandang kearahnya. Salah seorang dari mereka menghampirinya dengan sebuah senyuman manis manakala seorang daripadanya memerhati dengan senyuman sinis.
"Eomma- hiks, j-jangan tinggalkan youngyoung.. "
" tak sayang, eomma tak tinggalkan Soonyoung pun." air mata yang mengalir dipipi SoonYoung diseka.
"k-kenapa k-kaki Young kena ga-gari hiks"
Sekali lagi SoonYoung cuba menghampiri namun gagal kerana kakinya yang digari berhampiran dengan sebuah meja. Tangannya mula cuba menolak gari yang berada dikakinya namun tidak berjaya. Di akhirnya kakinya cuma kelihatan kemerahan kerana cubaan demi cubaan yang dilakukannya.
"hiks eomma hiks l-lepaskanlah young hiks-"
"Soon bangun. Weyh Soon." kejut Jihoon yang dari tadi mendengar rengekkan si Soon Young.
"Eo-Eomma hiks- k-kenapa ambil k-kayu tu hiks"
"Tak apa sayang sakit sikit je. Nanti dia tak rasa sakit. Shh..."
Kayu ditangannya diangkat tinggi seperti ingin memukul SoonYoung.
"Soon bangun! YAH KWON SOONYOUNG!"
Terus terbangun SoonYoung setelah mendengar jeritan dolphin daripada Jihoon. Dia mengelap air matanya yang mengalir saat mimpi itu menghantuinya. Jihoon memandangnya meminta jawapan.
"Kau okey tak ni?" Soalnya sambil memandang SoonYoung lama memintanya untuk menjelaskan apa yang dialaminya.
"Eo-eomma hiks" mendengar perkataan yang disebut SoonYoung,terus Jihoon menarik SoonYoung keluar dari bilik mereka.
Tanpa mengambil jaket,Jihoon menarik Soonyoung keluar dari dorm dan membawanya ke satu tempat. SoonYoung memandangnya hairan masih dengan sedu-sedannya yang tersisa. Jihoon mengeluh.
"Aku selalu datang kesini untuk lepaskan rindu aku. Tempat ni sunyi. Tinggi. Tiada siapa pun dengar jeritan kita jadi.. Kau boleh jerit sekuat yang kau nak." Terang Jihoon tenang sambil melempar tiga biji batu. ಠಿ_ಠ
Soonyoung memandangnya. Keliru dengan apa baru dikatakan olehnya. Jihoon memandangnya dengan sebuah senyuman tipis.
"Kau tahu aku rindu siapa."
"Tahu tak? Kadang-kadang rindu lebih baik daripada tidak walaupun rindu cukup menyiksakan. Sebab.. Kau dapat tahu kau sayangkan dia walaupun dia telah buat perkara yang menyakitkan pada kau. Kau tahu kan? Kalau kita mula rindu.. Maksudnya kita mula sayangkan dia." Jihoon memandang tanah sambil menguis-nguis kakinya.
"Bila kita rindu.. Mesti kita akan mimpikan dia dan walaupun itu mimpi ngeri.. Dia cuba bagitahu kita yang dia baik-baik saja dekat sana walaupun dia juga rindukan kita. Walaupun dia menangis sebab perlukan kita." Kali ini dia mendongak memandang langit yang gelap.
"Bila bulan mengembang, mesti bintang hilangkan diri. Kau tahu maksudnya?" Soal Jihoon lalu memandang SoonYoung.
Soonyoung mengeleng dan mengambil tempat disebelah Jihoon. Dia memandang kehadapan sambil cuba mengawal tangisannya.
"Bila kau susah,mesti ada yang datang perbaiki kau. Tapi bila kau dah berjaya bersinar.. Orang tu sudah selesaikan kerjanya dia akan hilangkan diri. Dia tanak ganggu kau. Bukan bererti dia cari kau bila perlu tapi.. Dia nak kau perbaiki diri kau untuk jadi lebih baik dan cuba berdiri diatas kaki sendiri. Kalau dia tak buat begitu.. Kau takkan pernah berjaya buat apa kau buat sekarang." Terang Jihoon sambil mengukirkan senyuman tawar.
"Ta-tapi macam mana kalau orang yang kau sayang tinggalkan kau dan seksa kau sebelum ni?" Soal Soonyoung mengawal suaranya yang serak setelah menangis.
Jihoon diam seketika sebelum bersuara; "diorang tetap sayangkan kau.. Tapi diorang tak mampu berikan kau ketenangan jadi diorang terpaksa tinggalkan kau untuk membahagiakan kau. Diorang seksa kau sebab diorang tatahu cara untuk jaga kau. Diorang terasa bodoh tapi diorang perlu jaga kau. Walaupun susah.. Diorang masih sayangkan kau. Percayalah."
"Jadi selama ni dia sayang aku dan apa yang dia buat tu salah? T-tapi kenapa sampai kena pukul aku? Kenapa sampai kena buat aku menangis? Kenapa semua benda tumenghantui diri aku? Kenapa?" Soal Soonyoung diselangi tangisan.
"Tahu tak betapa sakitnya hati aku? Kau tahu tak apa diorang buat? Diorang ubah aku jadi pendiam diorang ubah aku jadi orang yang menyakitkan.."
"Diorang buat aku rasa aku dibenci dan tak layak lakukan apa yang aku sedang lakukan."
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfic[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...