"Hoshi, Woozi dan juga Dino akan prepare lagu tu. Yang aku tak sebut tu kena hias kawasan dewan k?" soal Seungcheol dengan kening terangkat meminta jawapan.
"Ok!" balas yang lain kecuali Jihoon yang dari bermulanya perbincangan hinggalah akhir hanya berdiam diri.
Dia memandang sekelilingnya. Cuba mencari sedikit ketenangan. SoonYoung yang melihatnya hanya mampu mengeluh perlahan.
"Ochi, kau ada nampak gitar aku?" soal JiSoo sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Woozi, kau ada-"
"TAK!" jerit JiHoon dan keluar dari studio itu.
"Kenapa tu?" soal Jeonghan dengan curiga.
"Dia.." SoonYoung berhenti seketika untuk memikirkan alasan.
"Dia apa?" soal Jeonghan lagi dengan nada sedikit tegas.
"Dia badmood hari ni." tipu SoonYoung walaupun dia tahu yang rakannya itu ada masalah.
Dia yakin satu hari nanti masalah itu akan terungkap. Senyuman diberikan untuk meyakinkan Jeonghan. Jeonghan mengangguk dan pergi dari situ tanpa bertanya lagi.
"Oji?.. Huh.." keluhan dilepaskan lagi.
Dia tidak tahu masalah rakannya tapi dia ingin tahu dan membantu rakannya itu. Langkah diatur keluar. Nampaknya dirinya juga perlukan ketenangan.
이지훈POV
Aku pandang hutan yang tebal dihadapan aku. Nafas dalam diambil untuk membuatkan diri aku sedikit tenang. Sekali lagi aku marah orang. Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku marah Jisoo hyeong? Dia ada buat salah ke? Dia just tanya mana gitar dia je. Kenapa aku ni?
"ARGHHHH!!!" jerit aku sekuat hati.
Aku tak mampu. Benda ni bebankan aku! Kenapa?! Kenapa ia bebankan aku?!
"Kenapa?"
Aku bangun dari duduk dan berjalan dengan headphone dikepala. Kini aku mendengar lagu 'Lie Again'. Aku tak tahu kenapa tapi, liriknya sama macam keadaan aku. Ya,aku tulis lagu ni.
"WOOZI!!" dapat aku dengar seseorang melaung nama aku.
Aku pusing untuk memandang gerangan itu. Wonwoo? Apa dia buat dekat sini? Bukan dia dekat studio ke? Aku pandang dia malas. Bukan apa,aku punya mood tak ada. Dia senyum sambil menghulurkan sebuah buku. Aku ambil dan membeleknya.
"Kenapa?" soalku.
"Kau rasa cerita ni best tak?" rasanya dia yang tulis cerita ni.
Aku mula membaca ayat pertama. Ayatnya kedengaran baik. Sedap. Bagus. Tapi pengakhirannya tak.Aku membuka mulut untuk menjawab.
"Ceritanya agak... Bagus." bohongku.
Aku tipu lagi. Kenapa aku terusan menipu?
"Jinjja?!" soalnya dengan teruja.
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfiction[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...