Seungcheol memandang langit . Cuaca kelihatan semakin mendung , nampaknya hujan kali ini akan turun dengan lebatnya . Sebuah keluhan kecil dilepaskan . Nampaknya dia terpaksa membatalkan concert mereka hari ini .
"Seungcheol , kau Nampak Woozi ?" Seungcheol memalingkan badannya menghadap Jeonghan yang bertanya dengan wajah bimbang .
"Kau sudah cari dia dekat semua tempat?" Angguk .
Dengan pantas Seungcheol mengorakkan langkah besar . Bibirnya menjerit memanggil Jihoon namun masih tidak ditemui mereka . Tak mungkin Jihoon mencari sesorang bernama Hoshi atau Soonyoung itu lagi ?
Ahh , Cheol hapuskan fikiran negative kau . Adik kau mungkin akan melakukan hal yang sama . Nafas panjang ditarik dan dihembus olehnya .
Setelah sejam penat mnecari , dia mengambil keputusan untuk duduk buat sementara waktu . Kelibat Joshua dan Jeonghan kelihatan . Masing-masing dengan wajah penat mereka . Seungcheol mengalihkan perhatiannya memandang ahli yang lain . Semua kelihatan seperti berputus asa .
"Sampai bila kau nak rahsiakan hal ni?" Jeonghan menyoal Seungcheol yang ini meneguk air .
"Kita teruskan persembahan dulu . Nanti kita cari dia lagi ." Jeonghan dan Joshua mengelengkan kepala mereka ; sudah tahu kalau Seungcheol akan mengelat dengan topik itu .
Persembahan mereka diteruskan walaupun tanpa Jihoon yang hilang sebentar tadi . Sebaik sahaja persembahan mereka tamat , Seungcheol meneruskan pencariannya . Dia beredar tana menukar pakaiannya terebih dahulu . Pada saat ini , pasti sahaja kita mementingkan kerisauan daripada diri sendiri . Begitu juga Seungcheol , dari memilih untuk tenang , dia memilih untuk merisaukan mereka .
"YAH , LEE JIHOON! " Jeritan demi jeritan dileaskan untuk mencari orang tersebut .
Walaupun bibirnya semakin kering dan pucat kerana kesejukkan musim salju , dia tetap meneruskan pencariannya tanpa rakannya yang lain . Dia harus bertanggungjawab dalam hal ini dan dia tidak ingin sesiapa merasakan dia tidak layak menjadi ketua kumpulan .
"LEE JIHOON! LEE-" baru sahaja dia ingin menghabiskan panggilannya yang kedua , sebuah panggilan telefon masuk .
"Hello?" Seungcheol menjawab sambal cuba mendongak memandang keatas bangunan .
"Hyeong.. mana Hoshi? Hyeong cakap dia akan datang ." Seungcheol yang mendengar suara itu menghembuskan nafas lega .
"Kau dekat mana? " JIhoon memandang sekeliling .
Bangunan-bangunan yang mencakar langit itu dipandang lama . Terdapat TV iklan dan dari situ juga dapat dilihat banyak kereta yang lalu-lalang . Termasuklah hyeongnya yang berdiri dibawah . Nafas panjang diambil olehnya .
"Pandang atas ." Seungcheol mendongak memandang bangunan dihadapannya .
"K-kau jangan fikir perkara bodoh tu lagi Jihoon." Jihoon mematikan panggilannya .
"KWON SOONYOUNG! KAU TAK NAK AKU MATI KAN? MUNCUL SEBELUM AKU LAKUKAN HAL SAMA TU LAGI!" Sial . Seungcheol mengamati keadaan sekeliling .
Tiada sesiapa . Nampaknya dia harus bertindak sebelum hal sama yang dilakukan olehnya . Hal yang terjadi dahulu..
"KWON SOONYOUNG AKU TAK MAIN-MAIN BODOH!" Jihoon memandang sekeliling .
Kelibat itu tidak muncul . Kelibat yang ingin dilihat olehnya .. masih belum munculkan diri. Seungcheol cuba membuka pintu . Malangnya intu itu dikunci . Bangunan itu bahkan tiada penghuni . Kemungkinan bangkrup . Tiada pilihan lain melainkan lif yang dinaiki oleh pencuci bangunan . Sekali lagi telefonnya bordering .
"Cheol , kau dekat mana?" Seungcheol menaiki lif tersebut ."PANGGIL PANGGILAN KECEMASAN . JIHOON AKAN LAKUKAN BENDA TU LAGI . " Sebaik mendengar hal itu , Jeonghan mematikan telefonnya dan membuat laoran tersebut .
"YAH, KWON SOONYOUNG! KAU MEMANG NAK AKU PERGI KAN?" Langkahnya diatur menuju ke sisi bangunan .
"Kau tak jawabkan? Sial kau , Kwon ." Jihoon memandang langit .
Bunyi pasukan kecemasan diabaikan olehnya . Seungcheol memandang kebawah . Nampaknya pasukan kecemasan dan ahli lain sudah sampai . Seungcheol kembali focus dengan tujuan utamanya . Memanjat untuk menenangkan Jihoon .
Krekk..
Sialnya , lif pekerja yang dia naiki itu tidak dapat naik lebih tinggi . Hanya separas tingkat 9 daripada 15 tingkat itu . Jihoon mendepakan tangannya , bersedia untuk terjun . Seungcheol memandang sekeliling lif tersebut , mencari kalau ada sesuatu yang boleh digunakan olehnya untuk mwmwcahkan tingkap . Dapat .
"YAH , LEE JIHOON!"
Jihoon memandang kebawah . Jatuh secara terus mampu membuat dia mati walaupun mempunyai perlindungan dibawah sana bukan? Mungkin sahaja saking terkejut kerana jatuh , dia akan pergi terlebih dahulu.. kan?
Nafas panjang ditarik . Satu langkah sebelum jatuh . Perlahan , dia melangkah dan..
tangannya ditarik masuk kedalam pangkuan hangat . Seorang jejaka dengan rambut berwarna silver yang dicari olehnya .
"Bodoh . Kenapa kau buat orang risau hanya kerana mencari aku?" Lelaki itu menyoal .
Seungcheol akhirnya sampai . Satu keluhan lega dilepaskan berserta sebuah senyuman tipis .
Akhirnya , jejaka itu kembali .
The End .
Yoon tak tahu kalau korang perasan or not , dekat sini Yoon gabungankan semua ending .
Ending pertama sepatutnya , Soonyoung masih ada tetapi seperti drinya tidak wujud atau lebih senang dinyatakan korang , halusinasi atau bayangan yang dibuat oleh Jihoon .
Ending kedua pula , sepatutnya Jihoon menghilangkan diri secara tiba-tiba dan tidak ditemui walaupun dicari oleh semua pihak .
Ending ketiga pula , Jihoon melakukan hal sama untuk mencari Soonyoung .
And lastly . Ending keempat sepatutnya mereka bertemu dalam keadaan yang agak mustahil untuk ditemukan .
Jadi.. secara ringkasnya Smile For Me bermaksud sebuah persahabatan yang kekal dan takkan pernah luntur . Hopefully , korang dapat belajar untuk menghargai rakan yang benar-benar menganggap korang itu istimewa . Dan sebenarnyalah , kisah ni sedikit sebanyak sebuah teguran dari Yoon untuk seorang rakan Yoon yang pernah tikam belakang Yoon . Yoon tahu kalau dia baca kisah ni sebenarnya tapi Yoon harap dia dapat belajar dan fahami apa erti sebenar persahabatan .
Sekian daripada penulis ,
Yoon @kn_wat .
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfic[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...