JiHoon memandang lama pemandangan malam dengan mata yang kian memberat. Keluhan berat dilepaskan akibat memikirkan beberapa perkara yang dihadapinya.
"Kenapa aku buat dia macam tu? Dia just nak happykan aku." soal JiHoon dengan gelengan kesal.
이지훈 POV
Ok,aku dah buat silap dekat SoonYoung. Baru aku angkat cawan berisi kopi,telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Aku angkat panggilan itu.
"Lo"
"Zi, kau dekat mana?" soal SoonYoung dengan nada sedikit resah.
"Cafe. Wae?" soalku sambil mengacau kopiku dan menghirupnya sedikit.
"Ouh, kita kena cari barang. Nanti aku datang sana. Send lokasi kau k?" soal SoonYoung sambil memandang kertas diberikan padanya.
"Oh. K." balasku dan mematikan panggilan.
Lokasi aku hantarkan padanya. Setelah sebelas minit menunggu,akhirnya dia datang dan hampiri aku. Topeng dibuka. Senyuman diukirnya.
"Apa barang yang perlu kita beli?" soal aku dengan nada sedikit dingin.
"Ouh, kita kena beli kek sebab Mingyu cakap dia malas buat kek." ujar SoonYoung dan senyum memandang aku.
Kau.. Kau memang takkan pernah penat untuk senyum kan? Aku harap kau akan selalu senyum dan tak jadi macam aku. Terusan menipu.
"Jom." ajakku dan bangun menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Baru sahaja tangan aku ingin menghulur duit untuk membayar, SoonYoung terlebih dahulu bayarkan pada aku. Aku pandang dia hairan.
"Biar hari ni aku belanja kau sampai aku nampak kau senyum." ujar SoonYoung dan mengambil baki yang diberikan.
Tangan aku ditariknya menuju ke kedai kek. Aku nampak pelbagai jenis kek tapi..aku tak tertarik pada satu pun. Selepas beberapa langkah aku ternampak sekeping kek yang selalu eomma buatkan untuk aku. Aku terkaku saat teringat sebuah kejadian.
"Ji, eomma buatkan kek kegemaran kamu." ujar puan Lee pada JiHoon yang berumur 5 tahun.
Mata kanak-kanak itu terus bersinar seperti mendapat sebuah harapan. Wajahnya terteleng memandang sang ibu yang memberikan senyuman.
"Jinjja?!" soalnya dalam nada teruja.
"Nae.." balas sang ibu.
Terus JiHoon bangun dan memeluk erat ibunya. Puan Lee tersenyum manis dan membalas pelukkan anaknya. Mereka menikmati kek itu bersama.
Seoul,South of Korean.
10.30 p.m"Zi, kau ok tak?" soal seorang lelaki bermata sepet dengan nada sedikit risau.
JiHoon memandang orang itu lama. Dia mengeluh dan memandang jejaka itu kembali.
"Eomma aku tak sampai lagi. Aku risaulah. Aku takut apa-apa terjadi dekat dia,Shi" jawab JiHoon sambil terjengok-jengok mencari ibunya dibalik keramaian orang.
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfiction[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...