SoonYoung memandang JiHoon yang tersenyum saat dia memintanya untuk senyum. Namun,lama-kelamaan senyumannya pudar dan makin pudar. Dia senyum tawar bila JiHoon menepuk bahunya.
"Wae?" soal JiHoon dengan muka merah akibat ketawa.
"A..aku..aku teringat sesuatu." ujar SoonYoung dan memandang anak mata JiHoon.
JiHoon berkerut tidak mengerti. Baru sahaja dia ingin membuka mulut bertanya,SoonYoung memeluknya erat. Terlalu erat seperti ada sesuatu yang membebankannya. Senyuman tipis terukir. Tangannya naik menepuk bahu SoonYoung.
권순영POV
"Aku rindu dia. Aku betul-betul tak tahu semua ni buat dia lakukan 'benda' tu." ujarku dan memeluk JiHoon erat.
Tepukkan dibahu aku membuatkan mata aku memberat dan makin tenang. Aku terasa gosokkan dibelakang aku.
"Aku tahu apa kau rasa. Aku rasa apa kau rasa. Aku faham perasaan tu. Lepaskan.. Aku tahu itu saja jalannya." bisik JiHoon.
Aku senyum terharu dengan sikapnya. Aku dapat rasakan pelukkan aku dibalas olehnya. Tidak lama kemudian,aku lepaskan pelukkan begitu juga JiHoon.
"Ji,aku..aku nak naik dulu." ujarku dan bangun dari duduk.
JiHoon mengangguk dan aku berjalan pergi menuju ke bilik. Air mata yang aku tahan mengalir jatuh. Kaki aku terasa lemah dan badanku meleret jatuh kebawah. Aku betul-betul rindukan dia. Aku perlukan dia. Aku nak dia ada disamping aku. Sebab...
Cuma dia yang tahu, cuma dia tahu perasaan aku. Dia tahu luahan aku apa yang aku hadapi selama ni. Cuma dia. Aku betul-betul perlukan dia untuk dengar setiap luahan aku tapi dia... Dia tak ada. Dia tak ada dengan aku. Dia tak ada diatas dunia ni lagi."Kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa kau buat..hiks.. Aku macam ni?" soalku sendirian dan memeluk lututku.
"Kau jahat! Kau jahat buat aku macam ni! Kenapa?!"
"Kenapa kau minta semua ni jadi?! Kenapa kau mulakan semua ni?! Kenapa?!"
"Tell me why!" jeritku sepuas hati.
Aku betul-betul tak sanggup hadap semua ni. Semuanya akan jadi salah aku. Hanya aku dipersalahkan sedangkan semuanya bukan berpunca dari aku. Aku terima perlian,aku terima cacian yang sepatutnya milik orang lain. Aku tak sanggup lagi hadap semua ni. Aku harap aku dapat jumpa kebahagiaan sebenar lagi sekali.
"Kenapa kau buat aku nangis tiap hari? Kenapa kau buat aku sedih? Kenapa kau buat aku rasa diri aku tak berguna? Tolonglah,jawab soalan aku...hiks" aku terus menangis sehingga aku tertidur dilantai tu.
Aku tahu,aku penat,aku perlukan rehat. Mungkin untuk selamanya.
Aku dengar bunyi pintu dibuka. Siapa? Aku tak tahu tapi,aku letih untuk bangun buka mata aku. Terlalu penat.
"Shi?"
"Wae?"
"Erm,hyeong tolong angkat dia."
YOU ARE READING
[ C ] SMILE FLOWER + LIE AGAIN ❞ soonhoon
Fanfiction[ SVT'S SOONHOON ] Senyumlah sahabat , Senyuman mu itu hal terindah . Persahabatan kita tidak akan berakhir sekiranya kita tetap membantu antara satu sama lain . Akankah kau memegang erat tanganku seperti diriku memegang kunci dihati mu? age rate: 1...