+ 2

928 107 22
                                    


MIRAE'S

hi, nama aku kang mirae! umur aku 21 tahun, mungkin? ahah aku pun sudah lupa berapa umur aku .

aku dibesarkan oleh eomma dan appa aku, tapi sayang— eomma dan appa pergi tinggalkan aku dahulu masa aku berumur 10 tahun begitu?

aku terpaksa duduk dengan uncle lee, adik kepada eomma aku . uncle lee baik! dia jaga aku seolah-olah aku ini anaknya sendiri sebab— dia ada udang disebalik batu.

dia nak jual aku dekat kelab malam dia rupanya hah jadi apa lagi takkanlah aku nak ikut dia sahaja? jadi aku terpaksalah lari dari dia, dan hidup seorang diri seperti ini .

susah juga hidup seorang diri ni, manakan tidak? semua benda aku kena urus sendiri . duit sewa rumah, bil air bil elektrik dan macam-macam lagilah!

tapi syukurlah eomma sudah ajar aku berdikari daripada kecil lagi. eomma juga ajar yang kita kena buat semua sendiri dan jangan bergantung sangat dengan orang lain.

setiap hari inilah rutin aku . pagi aku akan keluar ke pasar untuk beli barang-barang dapur . tengah hari pula— aku akan tolong uncle jeong untuk jaga kedai dia ah adalah sikit-sikit dia bagi upah untuk aku .

petang sampai malam aku akan pergi ke cafe untuk berkerja. sebulan, adalah aku dapat sikit duit untuk sara perbelanjaan harian aku ni.

ah andwae! dah pukul 4 lebih aduh matilah aku kena marah dengan boss . ah itulah kau mirae, cakap banyak sangat!

terus aku capai beg tangan dan kunci rumah dan seterusnya pecut ke cafe sebab bas pun aku sudah terlepas gamaknya!!


" yah— kang mirae kenapa kau lambat sangat ni? siapa boss? aku ke engkau! " lantang sahaja suara felix a.k.a boss aku marah .

dia tu sebaya aku je, cuma berlagak yang dia lebih tua daripada aku . ya, ini cafe appa dia jadi dialah yang tolong jaga jadi, dia ni kira boss cafe ini jugalah .

aku kenalah turut sahaja apa yang dia kata sedangkan aku boleh lawan sahaja cakap dia.

" mian felix saya lambat sikit sebab terlepas bas hehe " kataku kekok, aku juga cuba untuk elak pandangan dari felix— ah seramlah!

" boleh pula kau gelak kan? dah pergi buat kerja sana " arah dia tegas.

aku sekadar meangguk lalu terus ke dapur untuk memulakan kerja-kerja aku.

jangan risau tentang aku, aku sudah biasa ditengking oleh felix begitu. semua yang aku buat ada sahaja yang tidak kena dimatanya, kenapa? aku pun tak tahu .

" woi mirae kau termenungkan apa huh? " sergah joy dari belakang.

" ahh kamchagiyaaa! " kataku sambil mengurut dada aku perlahan.

yah perempuan ini suka betul terkejutkan aku.

dia joy, rakan sekerja aku. dia baik, cantik, peramah, dan periang— sebab itulah namanya pun joy! dialah yang selalu tolong cover aku kalau aku kena marah dengan felix.

" aish, aku tak termenungkan apa-apa pun lah " kataku.

" tch, ah tadi kau kena marah dengan felix lagi ke? " soal joy.

aku menghela nafas. " haah, macam biasalah, aku datang lewat sikit je, itu pun nak marah "

joy hanya tergelak kecil mendengarkan jawapan aku.

" eee jangan gelaklah! " kata aku lalu memukul perlahan bahunya. entah apa yang kelakar aku pun tak tahu.

" tak adalah, aku rasa felix tu suka kau lah! sebab itulah dia asyik marah kau sebab dengan orang lain dia okay aje? mungkin dengan marah kau, dia dapat dekatkan diri dia lagi dengan kau? " kata joy sambil ketawa.

teori pelik apakah yang joy sedang cakapkan ini?

" heh apa kau ni "

" yah— sudahlah pelik-pelik aja kau ni eeee !! " kataku sambil mencucuk-cucuk pinggang joy. hah gelikan? rasakan!

" yah mirae-ah!! hahahahah gelilah hey heyy! " kata joy sambil ketawa .

aku pun turut tertawa sekali, joy ni kalau gelak atau senyum memang cantik sangat!

" ha tau pun, ish pergilah buat kerja kacau je, aku bagitau felix nanti! " kataku .

" nae ~ " sambung joy .

shift aku di cafe sudah tamat, aku pun bercadang untuk balik, walaupun aku terpaksa balik lewat sikit sebab felix kata ni denda sebab aku datang lewat tadi tch.

" joy-ah aku balik dulu, jumpa lagi esok! " kataku kepada joy yang sedang mengemas meja-meja di cafe .

" nae jaljayoo ~ hati-hati jalan tu! "

aku hanya meangguk sambil tersenyum, terus aku membuka langkah keluar dari cafe.

aku bercadang untuk balik jalan kaki sahaja, ah tahulah kan bandar raya seoul ni sesaknya macam mana waktu senja-senja begini?

aku sempat sumbatkan earphone aku kedalam telinga, ah barulah aku tiada rasa sunyi sangat. memandangkan aku guna lorong yang sunyi sebagai jalan pulang ke rumah, seperti selalu .

" puku puku paw paw lemme introduce u some new thang new thang! "

pap! pap!

kedengaran bunyi tapak kasut— bukan, tapak kasut aku sebab bunyinya dari arah belakang.. seolah-olah ada seseorang dibelakang aku.

aku tolehkan kepala aku dan— ah tak ada sesiapa pun, mungkin perasaan aku sahaja.

pap! pap! pap!

ah tapi kenapa aku rasa macam bunyi tapak kasut tu ada lagi— hantu?! jangan mengarut kang mirae! yang penting sekarang ni kau kena jalan dan sampai kerumah dan semuanya akan selamat!

tapi aku rasa tak sedap hati sangat, ah mirae kau kena berani!

okay— 1, 2, 3, toleh belakang!

aku nampak seorang namja yang, yah— kenapa namja tu pandang aku begitu?! what apa yang ada dekat tangan dia tu?

pi— PISAU?!

inilah masanya untuk kita pecut! ah nasib baiklah aku ni atlet dulu disekolah— jadi memang laju gilalah aku berlari sekarang ini .

dalam pada itu, aku sempat juga toleh kebelakang semula untuk melihat namja tinggi tu dan— ya dia tengah kejar aku juga sekarang ini!

aku pun terus lajukan lagi larian aku memandangkan namja ini juga semakin laju mengejar .

ah bila semua ini bakal berakhir?! yah aku ini sudahlah makin penat! bila-bila masa sahaja aku boleh terjatuh.

lari punya lari, tiba-tiba aku terpijak plastik aiskrim yang anak siapa entah pandai-pandai buang kat sini, paboyaa!

dan ianya membuatkan aku,

buk! ya, terjatuh tersungkur ditanah. ah habislah aku.

aku akan doakan siapa yang buang plastik aiskrim ini disini, sakit perut! padanlah muka dia!

belum sempat aku mahu bangun, namja yang kejar aku tadi terlebih dahulu menahan aku.

" jangan apa-apakan say— " serta-merta pandangan aku menjadi gelap gelita .

aku— dah mati?

𝘁𝗯𝗰✰

badboy. ©Where stories live. Discover now