+ 10

553 87 10
                                    


LUCAS'S

sekarang pukul 8 malam aku rasa aku nak makam tapi tak boleh- sebab aku rasa aku dah makan banyak sangat sandwich si mirae tu, kalau makan lagi memang gemuklah jawabnya .

aku bosan mungkin sebab itulah aku rasa lapar jadi marilah fikir sesuatu yang boleh hilangkan rasa bosan-

ah apa kata aku tengok movie horror dan ajak- mirae sekali hahah dia mesti takut bukan?

terus laju kaki aku naik ke tingkat atas .

pintu bilik Mirae aku ketuk .

ttok ! ttok ! ttok !

kreeekk-

" ya? awak nak apa? nak makan lagi ke? " soalnya dengan nada memerli .

" BUKANLAH! " aku jeling dia .

" habistu? " tanya mirae lagi dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya .

" jom teman aku "

" buat apa? "

" tengok movie hantu "

" TAKNAKLAH LUCAS! DAH MALAM KAN? "

" asal? kau takut ke? " aku jongketkan kening aku sambil memandang dia lama .

" eh tak ada lah mana ada "

" ha dah tu? jom lah "

terus aku tarik tangan dia . dia hanya ikut aku pasrah .

" lu-lucass- "

" apa? "

aku suruh dia duduk di sofa .

muka dia kelihatan cemas sekarang ni- kalau dia boleh lari, aku rasa dia dah lama lari .

" kau tak payah la takut sangat "

" kepala otak awak lah " laju tangannya mencapai bantal yang ada di sofa dan terus pukul kepala aku menggunakan bantal tersebut .

" aduh sakitlah hahahahaha "

aku pun ambil remote control tu, dan buka cerita hantu yang aku nak tengok tadi .

" AHHHH! " tiba-tiba mirae menjerit .

mana taknya? hantu berambut panjang, muka berdara-darah tiba-tiba sahaja muncul secara mengejut di skrin TV .

" HAHAHAHAHA " terkekek-kekek aku disitu melihat muka mirae yang mencuak .

memerah habis muka mirae bila aku gelakkannya, malu.

" awak ni! dah la saya tak nak lah tengok dah " terus mirae bangun dari duduknya .

" eh nak pergi mana? " aku tahan dia . senyuman sinis aku tayangkan selepas berjaya usik dia .

" ah saya nak naik atas lah saya takutlah huwaaaaaaa "

" tak boleh! duduk sini " aku tarik tangan dia untuk kembali duduk di sebelah aku . dia akur sahaja, heh.

1 minit,

2 minit,

3 minit,

4 minit,

5 minit,

" AHHHHH! " jerit Mirae lagi, apabila hantu tadi kembali muncul di skrin TV .

tapi dia bukan jerit sahaja, dia juga .. ah- aku malulah nak cakapkan .

aku yang duduk disebelah ni pun dipeluknya . terkejut aku dibuatnya. aku dapat rasa yang jantung aku mula berdetak secara tidak normal- terlalu laju. ah aku rasa muka aku panas .

" eh- eh sorry " terus dia lepaskan aku dari pelukkan dia .

" aigoo kau ni " kata aku sambil menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal, malunya!

aku pun pelik juga sekarang ini sebab setahu aku seorang wong yukhei belum pernah ada perasaan malu bila berhadapan dengan mana-mana perempuan

ah tapi tak ada masalah bukan kalau aku nak malu pun, atau suka dekat seseorang? ah ani, bukan aku suka mirae! mungkinlah ..

tak sedar pula yang cerita hantu ni sudah pun tamat. baguslah, tak larat lagi aku nak dengar perempuan ni menjerti tak tentu pasal.

" dah! habis dah! ehehe " kata aku.

aku toleh memandang mirae yang berada disebelah aku, dia hanya mendiamkan diri .

ini yang buat aku rasa seram ni- dia kena rasuk hantu ke?

" yah mirae-ah asal diam ni? dah, pergilah masuk tidur "

" ARH! ni semua salah awak! macam mana saya nak tidur kalau saya asyik teringat muka hantu tadi? awak ni jahat tahu tak? " marahnya.

aku hanya gelakkan dia.

" ha ayok malam ni kau tidur sorang-sorang hehe nanti hantu tu datang aku tak tahu ~ " kata aku mengusik.

" YAH LUCAS! "

" awak pun tidur seorang kan! mana tahu hantu lagi berminat nak kacau awak? huh? " kata mirae lagi.

" aku takpe! aku berani. lagipun, hantu tak kacau aku sebab diorang yang takut dengan aku. jadi kau tak ada rasa nak tidur dalam bilik aku ke malam ni? . "

terus muka mirae merona merah. tunggu, apa yang aku cakapkan tadi? yah lucas kenapa kau malukan diri kau sendiri!

terus aku menggelabah bila tersedar apa yang telah dikata aku tadi.

" apa awak ni?! " mirae ketuk kepala aku.

dia ni memang lah nak kena dengan aku.

" ah lupakan apa aku cakap tadi, kalau kau nak betul-betul dikacau hantu. bye aku tidur dulu! "

baru sahaja aku hendak melangkah pergi, mirae terlebih dahulu menahan aku.

" lucas! yelah saya tidur dengan awak, saya takut sangat ni- "

" ni semua salah awak! " sambung dia lagi, terus dia naik ke tingkat atas. mestilah kebilik aku!

pukul 2 pagi,

tiba-tiba sahaja aku terjaga entahlah aku pun tak tahu kenapa.

lantas anak mata aku terarah ke susuk tubuh mirae yang sedang tidur di sofa yang ada dalam bilik aku.

yah! apa kau ingat aku tidur dengan dia sekatilkah? hell no! walaupun sebernanya aku nak.

aku bangun dari katil, pergi ke sofa. aku duduk disebelah dia, aku tundukkan sikit badan supaya senang untuk aku lihat wajahnya.

rambut dia yang menutupi dahi, aku selak.

cantik, itu sahaja yang aku dapat katakan.

" haih tak sangka nanti kau akan mati dekat tangan orang tua tu. oh well aku just nak duit je, so aku tak boleh nak tolong kau " kata aku sambil mengusap-usap rambut dia.

yah- lucas apa yang kau tengah buat ni? suka hati kau saja nak pegang-pegang dia .

jujur aku pun tak faham dengan diri aku sejak-kebelakangan ini, suka sangat buat dan cakap benda mengarut! aku ni sakit ke?

aku terus pergi ke katil aku, untuk tidur semula.

𝘁𝗯𝗰✰

badboy. ©Where stories live. Discover now