Tzuyu kini sudah berpakaian lengkap.
(camni baju dia)
Selepas itu, dia terus keluar dari biliknya dan turun ke lobby.
Laju betul dia jalan.
"Nak ajak sape eh? Bosan ah kalau sorang-sorang jalan. "gumam Tzuyu.
"Nak ajak dua ekor tu, heh! Kalau setakat nak jalan-jalan macam ni mana dorang nak ikut. "gumamnya lagi.
Tzuyu berdiri lama-lama di sana. Tengah fikir nak bawa siapa jalan dengan dia.
"Bawa aku je lah. "jawab seseorang.
Tzuyu memandang. Serta-merta matanya menjeling si gerangan.
"Jangan kacau ah. "terus Tzuyu berlalu pergi. Jungkook menarik tangannya. Tzuyu terus terdorong ke belakang.
"Kau ni pehal? Belum habis tiga hari lagi kot. "geram Tzuyu. Kacau betul ah dia ni. Belum habis tempoh dah jumpa.
"Aku datang bukan nak tanya pasal tu aku datang nak teman kau. "balas Jungkook.
"Blah ah. "Tzuyu menepis tangan Jungkook. Jungkook terus berdiri di depannya dan menghalangnya daripada pergi.
Tzuyu ketap bibir. Dia layangkan penumbuknya namun tangannya ditangkap Jungkook. Dia mahu menginjak kaki Jungkook namun Jungkook mengelak.
"Not that easy babe. "bisik Jungkook. Tzuyu mencerlungnya tajam.
"Lepas. "tegas Tzuyu. Jungkook senyum. Terus diangkat Tzuyu pergi.
(macam ni dia angkat Tzuyu)
"Eee! Lepaslah. "meronta Tzuyu. Mahu sahaja di Kungfunya si Jungkook ini, nasiblah ramai orang kat situ.
YOU ARE READING
Je't Aime !
RandomTzukook love story! (Aku malas nak buat sinopsis,so baca je terus lah... sambil tu undi sekali.. ok!) Thanks.. (っ'▽')っ💗 #Once #Army #TzukookShipper