Prologue🌼

4.4K 123 8
                                    

Aku bergerak keluar dari perpustakaan dan bergerak pergi.Jam ditangan sekilas ku pandang,

9.45 AM

Aku cuba untuk bertenang dan melajukan langkah menuju ke mahligai buat perut ku apa lagi kalau bukan Cafeteria.

Buat masa ni perutku sudah mempamerkan lagu kopi dangdut tak lupa jugak otak ku membayangkan masakan makcik cafe tu Tom Yam wait for me.

Dalam perjalanan aman aku tak sangka pulak banyak sangat nyamuk...ngiiiiiiiiiii..ngiiiii kat sana sini.

"Psstt tengok tu Miss Nerd kita dah sampai"

"Wow beb tak penat ke bawak buku banyak-banyak"

"Alah tak akan lari pun kan ilmu tu"

"Miss Nerd kenapa bergegas tu?"

"Eeh betina Nerd ni lagi.."

Aku hanya membiarkan kata-kata yang dilempar kearah ku kerana kali ni aku masih mampu bersabar jangan sampai macam kes tahun lepas sudah.

Ni Si Qilah tu punya hal lah..nak tahu kenapa?

🌼🌼🌼

Bunyi derapan kaki dari hadapan tak aku hiraukan kerana kini diriku menghayati novel sweet dangerous.Tiba-tiba aku dilanggar membuatkan aku tersungkur memasuki ruang kosong di dalam longkang.

"Aduh"Aku mengaduh sakit apabila lenganku tercalar sedikit diikuti orang yang melanggar aku tadi menendang kakiku kuat.

Aku cuba untuk mendongak memandang kearah hamba allah yang baru berbuat dosa tadi.Alangkah terkejutnya bahawa orang yang aku langgar tu adalah Geng Diva diketuai oleh Aqilah dan tiga lagi orang ahli iaitu Bella,Anissa,Afinna.

"Maaf saya tak nampak tadi"Aku menunduk memandang lantai.

"Maaf?hurmm macam biasa homework kitaorang kau buat eh"Aku hanya mampu mengangguk siapa tak kenal Aqilah CEO of Ruby Jewelery Textile ahli perniagaan terkuat selepas R&I Holding and Roselia Boutique.

Mereka berjalan masuk ke Makmal Biology dan membiarkan aku terjengket-jengket menuju ke bilik rawatan.

Sepanjang tu aku mendengus geram,

"Tunggu kau..mentang-mentang CEO kau dah bangga..nanti balik sekolah kau tak akan jumpa lagi jalan nak balik percaya lah..dah lama aku bersabar kali ni sorrylah aku tak dapat kawal sis"

Selesai dari bilik rawatan sekali lagi terpaksalah aku terjengket-jengket menuju ke parking kereta.Sebab apa?sebab aku dah mintak permission nak balik.

Tepat menjejak je angka 1.30PM bunyi jam lonceng Sekolah Elite Tertinggi R&I terdengar di setiap blok.

Aqilah bergerak ke Bus Stop bukan sebab dia naik bas tapi tunggu driver papa dia.

"Ergh..si Bakar ni kan selalu lewat dah lah panas..lepas ni nak masuk office lagi..ergh.."Tiba-tiba kereta milik keluarga Aqilah berhenti tepat dihadapan bus stop.

"Dah sampai pun si burn ni.."Aqilah memasuki ruang dibelakang dan membiarkan kereta mewah tu meluncur ke jalan.

"Macam biasa pergi office terus jangan nak melencong pergi masjidlah..pergi toilet ke macam kau selalu buat faham?"Driver Aqilah aka Bakar cuma mengangguk.

Itu membuatkan kemusykilan terbit di hati Aqilah.

"Kau dah kenapa okay ke?biasa kau yang banyak popet-popet ni kenapa dah jadi bisu eh"Bakar hanya menggeleng.

"Eh ada mulut tu jawap lah ni geleng-geleng kau fikir aku faham ke bongok"Aqilah menunjal kepala Bakar membuatkan Bakar menoleh.

"Ka.kka..kau siapa mana Bakar"tersekat-sekat Aqilah bila melihat seorang lelaki lain yang kini memandunya.

Fierce Dark Lily✔️Where stories live. Discover now