Bab 7

5.4K 486 128
                                    

'Dark. Muhammad Aariz Iktizar. Unik betul nama dia.' Sejak dari tadi, Khayra bermonolog sendirian sambil tangannya tidak lepas dari mengetuk-ngetuk pen di meja.

Termasuk hari ini, sudah dua hari kejadian tersebut berlalu. Entahlah... setelah dia mengetahui akan letak duduk perkara sebenar perkaitan dirinya dengan Aariz, fokusnya semakin terganggu. Kenapa... sinar mata jejaka itu seperti bodyguard Dato' Sani tempoh hari? Apa yang penting lagi, kenapa dia merasakan pernah melihat Aariz sebelum ini? Dia dan si jejaka tampan itu... seperti sudah lama kenal.

"Ah... stresnya!" jerit Khayra lalu melempar pennya ke sudut dinding. Berdentang bunyinya efek jatuhan pen tersebut terkena dinding.

"Er... Cik?" tanya Cindy, prihatin.

Dari meja setiausaha yang diletakkan sebilik dengan meja pengurus, sedari tadi dia melihat bosnya bagaikan tidak betul saja kelakuannya hari ini. Pada agakannya, bosnya itu masih belum sihat sepenuhnya, ya mungkin.

"Sorry, Cindy." Khayra menekup muka lalu nafasnya ditarik perlahan. Apa nak jadi dengan kau ni Khayra, Aariz itu tak adalah handsome sangat kalau nak kata kau terjatuh cinta pandang pertama pun.

"Astaghfirullahalazim..." dia beristighfar panjang. Termengutuklah pula padahal hati sendiri tidak dapat menipu bahawa Aariz sangat kacak. Oh... my... God!

Sedar, perasaan yang berkecamuk dan fantasi yang indah datangnya daripada bisikan syaitan supaya manusia terus lalai dan hanyut dalam gundah. Syaitan, jangan ganggu aku. Iblis, kau sila berambus!

"Er... Cik nak pergi mana?" tanya Cindy terburu-buru apabila melihat Khayra dengan riak garang bangun dari kerusi.

"Hambat setan," jawab Khayra dua patah lantas berlalu keluar dari bilik pejabatnya.

Cindy tersengih mendengar jawapan direct bosnya. 'Hambat setan', itu istilah yang biasa digunakan oleh Khayra jika mahu menenangkan fikiran di surau pejabat dengan bersolat sunat Dhuha. Jam 9.00 pagi, waktu yang afdal untuk melakukan solat tersebut.

Kring... kring...

"Helo..." Telefon pejabat yang berdering nyaring diangkat pantas oleh Cindy sebelum deringan ketiga kedengaran.

"Ya, ada apa saya bantu?" tanya Cindy ramah.

"Oh, Cik Amra? Baik... baik... terima kasih," jawab Cindy dengan suara penuh hormat dan santun tetapi dalam hati, marak membakar perasaannya.

-----------

"Dark, aku dapat tahu yang Dato' Sani jumpa seseorang kat rumah ibadat milik persendirian di Jalan Pekeliling," kata Light sambil menggosok dan sesekali meniup perlahan muncung pistolnya.

"Ada info?" tanya Aariz sepatah.

"Mestilah tak ada," jawab Light selamba.

"Lah..." Aariz mengeluh.

"Habis tu kenapa kau bagitahu aku?" sambungnya lagi. Rasa mahu dicepuk kuat-kuat saja kepala Light. Ya Allah, kau membuatkan aku semakin peninglah Taqi!

"Saja je, sebab aku tengok kau macam hanyut. Kau... teringatkan Cik Amra ea?" tebak Light sambil tersengih-sengih. Sekali sekala menyakat Aariz, best juga kan?

"Banyaklah kau teringat. Dah, pergi jauh-jauh. Menyetan je kau ni kerjanya..." halau Aariz. Ish, macam manalah si Light ni boleh membaca fikirannya? Memang betul pun dia teringatkan Rara. Psiko!

"Kahkahkah. See? Agakan aku tepat. Kau takkan mampu menipu aku, kawan. Dahlah, aku nak pergi jumpa makwe aku si Cindy. Bye-bye handsome in love," gelak Light lalu bergerak ke superbikenya. Lebih baiklah dia blah dari situ dengan segera jikalau tidak mahu mendengar ceramah free daripada ustaz Aariz berkenaan couple.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now