Bab 13

4.2K 462 150
                                    

"Lord, perempuan tu tidak terus balik ke rumahnya tetapi mengikut bodyguard si Sani," lapor Dodo melalui telefon kepada The Lord.

"Oh... menarik. Orang Sani terlebih dahulu approach perempuan tu? Sani memang tak guna," balas The Lord. Perasaannya menggeram dek nampaknya, Sani cuba bermain kasar dengannya. Dasar kacang lupakan kulit!

"Jadi, macam mana Lord? Nak kami ikut dia orang lagi ataupun tidak?" tanya Dodo lagi dalam bersabar menanti kata putus daripada si ketua.

"Tak apa. Biarkan dulu perempuan tu. Kau, balik. Kita selesaikan dulu si Sani," arah The Lord kepada Dodo lalu mematikan talian. Sani... Sani. Huh, kau sengaja saja kan menjadi musuh dalam selimut.

"Baik, Lord," balas Dodo perlahan lalu mengarahkan anak buahnya agar melencongkan kenderaan ke arah lain.

Kerjanya mengekori perisik perempuan yang dikenali sebagai Princess Devil berakhir di situ saja. Skrin telefonnya yang sudah bertukar menjadi gelap kemudiannya dipandang sepi. Perlahan-lahan, Dodo menarik senyuman sinis lalu laju saja tangannya mendail nombor telefon seseorang.

"Nona, habiskan Sani," arahnya lalu mematikan talian. Sani, kau memang layak untuk mati!

----------

Aariz memberhentikan keretanya di perkarangan Darul Hikmah. Setelah enjin kereta dimatikan, Aariz berpaling kepada Khayra di sebelahnya yang masih lagi lena diulit mimpi. Haih Rara, kau ni tidur pun comel.

Tadi bukan main lagi garang macam mak singa, selepas melantak sepinggan mee goreng dan berhibur di kedai pakaian, elok saja modnya bertukar menjadi anak kucing. Perempuan dan shopping memang tidak dapat dipisahkan ke? Termenung sekejap Aariz memikirkannya.

Jika tidak kerana mahu mengelirukan musuh, tidaklah dia mahu berhenti makan dan berbelanja sakan di restoran dan kedai pakaian tersebut. Sempat jugalah mereka berdua singgah bersolat asar di masjid. Lagipun, pada amatannya pengekor hanya sekadar mengekori jejak langkah mereka berdua, bukannya mahu mencederakan.

Too! Tok! Tok!

Aariz tersedar daripada merenung Khayra. Seketika, wajahnya berbahang apabila terperasan gerangan sosok tubuh yang mengetuk cermin kereta. Ibu Halimahlah! Mujur saja cermin keretanya bertinta gelap, jika tidak lagi haru biru hidupnya dikerjakan oleh si ibu.

"Rara... bangunlah. Kita dah sampai," panggil Aariz perlahan.

"Hm..." Khayra berpaling ke kiri.

"Rara..." Kali ini, naik seoktaf nadanya.

Mana dia tidak mengoktafkan suara apabila Ibu Halimah mula menjenguk-jenguk melalui cermin. Aish ibu ni, sabarlah. Itu bakal menantu sedang tidur tak reti bangun-bangun. Ish... bakal isteri siapalah ni?

Tok! Tok! Tok!

"Rara..." Aariz masih lagi bersabar.

"Hm... ada apa?" Dengan mamai, Khayra bertanya.

"Ibu mertua kau dah tunggu," balas Aariz sambil menahan ketawa.

"Hah!" Khayra terjerit kecil.

Tudungnya yang tersenget-benget pantas diperbetulkan dan mukanya yang sememeh juga ditonyoh-tonyoh kasar. Apa ni Aariz? Kenapa tak kejut dia awal-awal? Ah... matilah dia. Mesti ibu mertuanya akan menggeleng kepala melihat keadaannya yang sudah macam apa sekarang.

'Sekejap...' Hatinya tiba-tiba berdetik dan kala itu, otaknya juga mula berfungsi dengan baik.

'Ibu mertua?' Khayra memberikan Aariz pandangan maut.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now