Bab 16

4.3K 455 234
                                    

"Mayat berdua itu sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat ke?" tanya Aariz setelah menjenguk-jenguk ke arah kereta peronda dan trak polis yang masih diparkir di perkarangan rumah arwah Dato' Sani.

"Sudah. Sekarang ini pihak polis sedang menyoal siasat Sadad dan Cik Suja," jawab Light sambil mengipas-ngipas mukanya.

Waktu semakin menginjak ke tengah hari dan suhu juga semakin memanas. Tidak betah betul dia berpanasan di garaj kereta ini. 

"Weh, aku nak balik ni. Kejap lagi meeting dengan Tuan Walid, kalau aku lambat kau backup ya. Thanks, kawan," ujar Light lalu menumbuk perlahan bahu Aariz.

"Okey, macam tak biasa." Aariz tersenyum-senyum.

Light mengenyit mata dan tertawa mendengar jawapan Aariz. Terima kasih, kau memang partner aku yang terbaik. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan yang dirinya sangat bernasib baik mendapat Aariz sebagai partner.

Aariz kan orang kesayangan Tuan Walid, sudah tentu mudah saja Tuan Walid memberi maaf. Lagipun, bukannya dia lewat lima minit pun, lewat satu minit saja. Berani lewat lebih dari satu minit? Tunggulah Tuan Walid hantar surat jemputan ke neraka!

"Cindy, bye-bye," ucap Light kepada teman wanitanya.

"Aku pun nak balik jugalah, sengal," kata Cindy kepada Light seraya mengetuk kepala teman lelakinya dengan topi sudu lantas berlari meninggalkan Light yang terbengang.

"Woi!" jerit Light. Tidak menunggu lama, langkah larian Cindy terus dikejarnya.

Aariz dan Khayra, kedua-duanya serentak ketawa melihatkan telatah keanak-anakan Light dan Cindy. Haih, mereka berdua itu memang pasangan merpati dua sejoli yang pantang bertemu, ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

"Jom," ajak Aariz lalu terus masuk ke dalam keretanya.

"Tak jumpa dia orang?" tanya Khayra pelik.

Ya la, mana la tahu kan jika pihak polis mahu mengambil keterangan daripada Aariz pula memandangkan Aariz ialah bodyguard Dato' Sani dan Datin Saniah. Sedikit sebanyak, mestilah pihak polis mahu mengetahui maklumat yang mungkin membantu siasatan.

"Kita ada kerja yang lagi besar perlu dibuat. Yang itu nanti-nantilah. Itupun kalau dia orang panggil. Lagipun, aku bukan saksi kejadian ini," balas Aariz dengan tenang seraya mengundurkan kereta.

"Kerja apa?" tanya Khayra polos.

"Halalkan kau," jawab Aariz sambil mengulum senyum.

Sempat matanya melirik raut wajah Khayra yang memerah. Apahal comel sangat ni? Alolo... tekup muka ya?

Pap!

"Benci!" jerit Khayra seraya melemparkan bantal kereta kepada Aariz.

"Ganas la kau ni. Bakal isteri siapa entah," sakat Aariz seraya ketawa tertahan-tahan.

"Tak nak kawan." Khayra mengambil kembali bantal kereta lalu menyembamkan muka bantal. Malu tahu tak? Aariz sangat nakal!

Aariz hanya menggeleng kepala seraya ketawa kecil melihat telatah Khayra. Ya... siapa sangka si singa yang garang lagi ganas ini boleh bertukar menjadi kucing?
Kuat betul penangannya pada Khayra.

Apapun, well done Aariz Iktizar. Ceh, sempat lagi memuji diri sendiri. Tanpa berniat mahu mengusik lagi Raranya, Aariz meneruskan pemanduan ke markas utama agen perisikan mereka.

******

Aariz, Light, Cindy, Khayra serta beberapa orang lain agen perisik lain sabar sahaja menunggu kedatangan Tuan Walid, iaitu pengarah badan perisikan mereka. Aneh pula kali ini apabila Tuan Walid terlewat daripada kebiasaan.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now