Bab 12

4.3K 478 105
                                    

Tit... tit...

Telefon pintar milik Aariz bergetar dari dalam dashboard kereta. Khayra yang sedang ralit melayan perasaan sambil merenung langit petang kebiru-biruan sebiru hatinya yang sedang bernyani riang berpaling kepada Aariz. Haih abang bodyguard ni, ralit sangat ke memandu tu sampaikan telefon menjerit nyaring pun tidak dihiraukan?

"Nah, telefon kau." Khayra menghulurkan telefon kepada Aariz. Kali ini, sudah panggilan ke berapa entah si pemanggil memanggil.

"Tolong angkat kejap," pinta Aariz.

Sorry la pemanggil, aku sedang sibuk ni. Entah malaun mana yang mengekori Camrynya sejak dari tadi selepas menghantar Datin Saniah dan Cik Suja balik ke rumah. Selepas menghantar perempuan berdua tersebut, kini dia perlu pula menghantar balik Khayra. Lagipun, tugasnya sendiri pun sudah berakhir untuk hari itu dan dia sudah bebas untuk balik ke kediaman sendiri.

"Helo..." jawab Khayra sesopan mungkin. Telefon orang kan, mana boleh main sembur macam biasa. Lagipun, modnya baik ketika ini.

"Helo assalamualaikum Ayiz... Ayiz?" Setelah memberi salam, si pemanggil bertanya dengan suara pelik.

"Ibu ke? Kenapa ibu call guna nombor lain? Ayiz tak camlah..." sahut Aariz. Sengaja dia meminta agar Khayra di sisinya menekan tanda loud speaker agar lebih mudah untuknya bercakap.

'Ayiz...' Tanpa sedar, Khayra tersenyum.

Dulu, dia juga ada kawan bernama Ayiz tetapi kawannya itu gemuk dan hitam. Ayiz budak baik. Apa khabar agaknya Ayiz? Sudah berbelas-belas tahun dia tidak berjumpa dengan Ayiz. Ayiz... Ayiz masih ingat Rara tak? Ah... rindu betul pada Ayiz.

"Ni ibu nak tanya, Ayiz boleh balik rumah ibu tak malam ni?" soal Ibu Hamidah di talian.

"Kenapa bu?" Soalan dibalas dengan soalan. Peliklah juga bila ibunya bertanya dengan nada serius.

"Dani mengamuk sekarang ni. Ibu pun tak tahulah kenapa dengan Dani, Ayiz," adu Ibu Halimah lagi.

Suaranya resah saja dek merisaukan keadaan Dani yang tiba-tiba mengamuk tidak tahu punca. Dani tidak pernah mengamuk kasar sebegitu, jadi hati tuanya memang tersangat resah sekarang ini.

"Satu lagi, anak-anak Ayiz pun ibu sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi." Suara Ibu Halimah melemah dek kerunsingan semakin melanda.

"Baiklah ibu, Ayiz balik rumah ibu. Tapi, mungkin maghrib kot sampai," putus Aariz tanpa berfikir panjang. Lagipun, esok hari Sabtu dan dia tidak bekerja.

"Terima kasih Ayiz. Ibu tunggu," balas Ibu Halimah lalu memutuskan talian.

Suasana sepi setelah wanita yang dipanggil 'ibu' oleh Aariz meletakkan panggilan. Pada ketika ini, Khayra tidak tahu mahu merespon macam mana. Anak-anak? Aariz sebenarnya sudah kahwin ke? Tiba-tiba, hatinya berasa kosong.

"Rara? Kenapa senyap?" tanya Aariz sambil matanya tetap dikerling ke cermin pandang sisi.

Seperti tadi, sebuah kereta Proton Waja berwarna biru gelap masih setia mengekori. Kini, pemanduannya tidaklah jauh mana dari rumah sewa Khayra. Pelannya sebelum ini, dia akan menghantar Khayra balik dahulu barulah dia akan balik ke rumah ibunya. Namun, apabila melihatkan kepada situasi ini hatinya berbelah bahagi sama ada mahu mengikut pelan asal ataupun tidak.

"Tak ada apa," jawab Khayra perlahan.

Aariz dah kahwin? Persoalan itu yang berlegar-legar dalam kepalanya ketika ini. Kau kecewa ke, Rara? Taklah, aku okey saja.

'Kau tipu diri kau sendiri Rara, kau dah terjatuh cinta pandang pertama pada Aariz sejak di hospital hari itu kan?' tebak hatinya sendiri.

'Tak, aku tidak suka Aariz,' jawab hatinya pula.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now