Bab 28

4K 436 156
                                    

Bam!

Prang!

Sebiji peluru yang dilepaskan oleh Dodo tersasar ke pintu kereta lalu menembusi cermin belakang di bahagian penumpang. Ya Rabbi, laju betul dua orang itu membuat kerja. Memang tidak menyempat betul!

Matanya kemudian dikalihkan kepada figura yang sempat menolaknya tadi ke belakang. Nice, Rara. Terima kasih.

"Cepat," gesa Khayra seraya menerobos masuk ke dalam kereta.

Ktup! Ktap!

Langkah kaki si musuh semakin mendekat. Tanpa membuang masa lagi, Aariz terus bangun lalu turut menerobos masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan lalu tanpa berfikir panjang lagi, stering dipulas dan pedal minyak ditekan sehabis rapat.

Vrom!

Mengaum bunyi enjin, berdecit bunyi tayar kereta. Dengan kelajuan maksimum, kereta model Honda Civic berwarna hitam yang dipandu boleh Aariz itu menderum laju di atas jalan raya.

Syukur kepada Allah SWT. Baik dia mahupun Rara dan Yaya, mereka bertiga tidak cedera. Jika tidak, habislah. Alhamdulillah...

******

"Yaya, Yaya ke depan sayang," panggil Khayra kepada Yaya yang menyorok di celah kusyen kereta.

Cerdik ya amat ini budak. Betapa bersyukurnya Khayra apabila kanak-kanak tersebut terlebih dahulu bertindak memencilkan diri di ruang kosong di tempat letak kaki berbanding dengan berada statik di atas kusyen kereta ketika Aariz meletakkannya di dalam kereta tadi. Jika tidak, mungkin kepala Yaya sudah tembus dimakan peluru.

Menurut arahan, Yaya terus bangun dari tempat persembunyiannya lalu memanjat perlahan kusyen kereta. Kaca-kaca yang bertaburan dikuis-kuis kecil lalu dengan berhati-hati, dia menapak kepada Khayra yang berada di kerusi hadapan.

"Bagus sayang. Mari duduk sini dekat mama." Khayra menyambut langkah terakhir kanak-kanak tersebut lalu mengangkatnya ke atas riba.

Ya... berat juga ini budak, tapi tidak apalah. Yaya sangat comel dan mendengar kata. Bagus.

"Yaya takut?" tanya Khayra perlahan sambil mengusap-ngusap kepala Yaya.

"Tak. Sebab Yaya ada papa dan mama di sini. Hihihi," gelak Yaya seraya memeluk dan mencium pipi Khayra.

"Ala bagusnya..." puji Khayra seraya membalas pelukan Yaya. Erat.

Tit... tit...

Telefon yang berada di dalam poket seluar Khayra bergetar. Fokusnya pada Yaya terganggu tetapi tidak mengapalah, sudah pasti panggilan tersebut daripada pemilik Yaya. Tanpa melihat nama pemanggil, Khayra terus mengangkat panggilan.

"Wei, anak saudara aku mana? Kenapa macam ada scene pergelutan saja di sini? Yaya okey saja kan?" Terus Wana menembak soalan bertalu-talu kepada Khayra.

"Wana, kau jangan risau. Yaya selamat saja dengan aku sekarang," jawab Khayra.

"Apa yang berlaku sebenarnya, Rara? Cerita dekat aku, aku akan tolong kau," ujar Wana kalut.

"Orang The Lord mengejar aku dan Aariz. Tadi Sadad, sekarang Dodo dan pembunuh Dato' Sani pula," beritahu Khayra.

"Hish tak guna betul orang tua tu!" bentak Wana di talian.

"Jadi apa kedudukan kau sekarang, Rara?" tanya Wana pula dengan helaan nafas memberat. Semestinya dia runsing, anak kakaknya turut berada dalam bahaya.

Mendengar soalan daripada Wana, Khayra memandang kepada Aariz yang serius memandu. Serius, Aariz kelihatan sangat serius sekarang ini. Dengan matanya tajam memfokuskan kepada pemanduan, tangan dan kaki cekap mengawal kereta, segala-galanya tentang Aariz sangat macho pada pandangan Khayra ketika ini. Terlupa dia sekejap pada soalan Wana.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now