Bab 10

4.9K 499 123
                                    

"Daddy tengok tadi kan? Tu si Dark tu!" Melengking nada Sadad mendesak Dato' Sani supaya melihat dengan mata kepalanya sendiri perihal bodyguardnya.

"Aku nampaklah nyah," balas Dato' Sani sambil memusing-musing cincin yang tersarung di ibu jari.

Dark ya? Tidak pula dia tahu bahawa Dark sudah berkahwin. Terkejut jugalah dia bila dia tahu yang Cik Amra, gadis pujaannya dan Sadad itu sebenarnya isteri kepada Dark. Huh, pantas saja gadis itu lebih garang daripada singa betina. Tapi kan, Cik Amra tu cantik sangatlah... susah untuknya menahan dirinya daripada berfikir akan perihal bini orang tersebut. Dia kan, jantan keparat.

"Jadi, daddy nak Sadad buat apa dengan si Dark tu?" tanya Sadad tidak sabar.

"Apa lagi, bunuhlah," jawab Dato' Sani selamba lalu memandang siling. Dark, kau yang cari pasal dengan aku dulu!

"Macam mana?" soal Sadad macam orang bodoh.

"Fikir sendirilah nyah!" balas Dato' Sani lalu menendang betis anaknya. Kau ni bodohlah Sadad, patut aku bagi nama Shadap je dulu masa kecil-kecil, barulah shut up sampai ke mampus.

"Okey, daddy. Huh," balas Sadad sambil menghentak kaki ke lantai.

Ketika ini, perasaannya mendongkol marah dek perbuatan si bapa. Bapa tidak boleh diminta untuk menunjuk ajar, memang patutlah aku kurang ajar. Bapa borek anak rintik, mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Dark... I'm coming!" bisik Sadad perlahan lalu beredar dari bilik Dato' Sani. Ya... nampaknya kerjanya sudah bertambah hari ini.

-----------

"Aariz, macam mana kau boleh ada kat sini?" tanya Khayra. Tangannya masih setia ditopang ke dagu sambil menanti jawapan Aariz.

"Kau stalk aku?" tebaknya sinis.

"Tak kuasa," balas Aariz.

Suasana menjadi hening seketika. Masing-masing ralit saja memerhatikan antara satu sama lain. Entah, pelbagai rasa yang timbul ketika ini namun semuanya dibiarkan sahaja bermain-main di kolam hati. Syahdu pun ya juga dirasakan pada saat ini.

"Woi, kau tu dahlah gemuk, hitam pula. Dark! Wu!" sorak beberapa orang kanak-kanak di taman permainan.

Aariz ketika itu hanya mampu menangis. Ya, dia gemuk, hitam dan lagi sedih, tiada ibu bapa. Dia yatim piatu. Kerana itulah, dia selalu dibuli oleh teman-teman sepermainan di kawasan kejiranan rumahnya.

"Sudahlah hodoh, penakut pula. Ha marilah lawan aku!" Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 12 tahun, mungkin ketua bagi kumpulan kanak-kanak tersebut menunjal dahi Aariz bertalu-talu. Tidak cukup dengan menunjal, disepaknya pula betis kanak-kanak malang itu.

"Gemuk! Dark! Wuu!" sorak mereka beramai-ramai. Seronok membuli anak yatim gemuk yang langsung tidak membalas perbuatan mereka.

Kuk!

"Adoi! Siapa yang baling batu ni?" jerkah si ketua apabila sebiji batu kecil mengena dahinya. Cis, sakit!

"Kau orang ni tak malu ke membuli, hah?" Jerkahan dibalas jerkahan, seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan tujuh tahun menyinga dengan tangan dicekak ke pinggang.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now