Bab 23

3.9K 407 108
                                    

"Akhirnya sampai..." Khayra keluar dari kereta lalu menggeliat kecil.

Kawasan lot parkir itu lengang, jadi badannya yang berasa agak sengal akibat berada lama di dalam kereta bolehlah diregangkan dengan bebas. Sebenarnya, tidak adalah lama sangat pun berada di dalam kereta, hanya setengah jam sahaja. Namun, bukan Nur Amra Khayralah jika tidak berdrama sekejap.

"Jom," ajak Aariz seraya memakai topeng.

Sehelai topeng muka baru yang masih elok berada di dalam kotak turut diberikan kepada Khayra. Namun, hulurannya itu bersambut dengan pakej riak pelik si gadis. Lah, aku kena pakai juga ke? Aku tidak sukalah, lemas!

"Aariz," panggil Khayra lantas mendekati Aariz yang sedang menggapai topi sudu di dashboard kereta.

"Em?" sahut Aariz lalu memakai topi sudunya serta jaket hitam turut disarungkan ke tubuh.

"Wajib ke?" soal Khayra seraya membuat muka kasihan.

"Wajiblah. Kita kan dalam penyamaran sekarang," balas Aariz lembut lalu turut meletakkan sebiji topi sudu lain ke atas kepala Raranya yang dilapisi kain tudung.

Khayra memuncungkan bibir. Tadi topeng muka, kini topi sudu pula. Aduh, susah juga rupanya menjadi agen lapangan ini. Patutlah tidak ramai orang yang sanggup bekerja sebagai agen lapangan terutamanya golongan wanita.

"Kenapa kau sentiasa pakai topeng muka?" tanya Khayra sambil berjalan menyaingi langkah Aariz. Mereka kini sudah mula bergerak dari lot parkir untuk ke destinasi yang dituju.

Sebenarnya, dia peliklah juga apabila setiap kali Aariz keluar ke tempat orang ramai atau senang katanya keluar saja dari rumah atau kereta, topeng hitam bagaikan satu kewajipan baginya. Mahu dikatakan aurat, tidak. Aurat lelaki hanyalah dari pusat hingga ke lutut.

"Rara." Aariz berpaling kepada Khayra lalu langkahnya diberhentikan.

"Aku sakit, jadi aku perlu berhati-hati dengan habuk atau apa-apa benda yang membahayakan paru-paru." Aariz merenung anak mata Raranya yang juga galak merenung anak matanya.

"Aku rasa kau dah tahu kenapa aku masuk hospital sama hari dengan kau hari itu." Aariz tersenyum walaupun dia tahu senyumannya tidak dapat dilihat oleh Raranya.

Melihatkan mata Aariz yang mengecil, Khayra tahu yang Aariz sedang tersenyum memandangnya. Khayra menggigit bibir lantas berpaling ke arah lain. Aduh, kau ingat aku tidak tahu kau sedang tersenyum? Jangan senyum, membayangkan kau senyum saja pun aku mencair macam aiskrim, tahu? Siot, tiba-tiba pula pipinya berasa panas berbahang.

"Er... okey. Okey. Jomlah, aku nak tengok penguin," Khayra menunduk ke lantai jalan.

Malu satu hal, tidak mahu memanjangkan kondisi kesihatan Aariz pun ya juga. Apa-apa sajalah Aariz, kau sakit ke sihat ke, aku tetap suka kau.

"Jom," ajak Aariz seraya memandang cermin kereta yang diparkir betul-betul di sebelah tempat mereka berdiri sekarang.

Oh, nampaknya malaun-malaun yang mengekori mereka itu pun sepasang lelaki dan perempuan. Dodo, semestinya. Tetapi perempuan itu? Teringat dia akan wanita pembunuh yang membunuh arwah Dato' Sani dan Datin Saniah. Bentuk fizikal perempuan itu sama pun 100% seperti yang digambarkan oleh Light.

Tit... tit...

"Light, pembunuh Dato' Sani ada tatu bunga lavender ke di kekura tangan dia?" tanya Aariz kepada Light melalui earbud sambil kakinya laju melangkah menyaingi langkah kaki Khayra yang entah sejak bila sudah jauh ke depan.

"Ya, ada. Kenapa? Kau jumpa dia?" soal Light pelik.

"Dia dan Dodo sedang mengekori aku dan Rara. Kau dah sampai kan? Ikut pelan asal kita," beritahu Aariz lantas mematikan talian.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now