Bab 8

4.8K 462 156
                                    

"Cik Amra, izinkan saya belasah dato' pondan tu!" bentak Cindy sambil menumbuk meja. Menggila perasaan marahnya selepas menerima panggilan daripada Dato' Sani tadi.

"Hah? Kau cakap apa ni Cindy?" Khayra yang baru masuk ke dalam biliknya terperanjat besar melihat aura gelap yang menyelubungi tubuh setiausahanya.

"Cik, dato' miang tu tiba-tiba cakap nak buat photoshoot di mall dia. Itu melanggar perjanjian dalam kontraklah," jawab Cindy menggeram.

Elok saja dalam kontrak yang ditandatangan melafazkan janji bahawa untuk sebarang urusan, pihak klien akan datang ke pejabat mereka, bukan mereka yang perlu bersusah payah ke tempat klien. Pergi mati sajalah orang tua!

"Cindy, sediakan pedang. Aku nak pancung orang tua tu!" Sama naik, Khayra mengepal penumbuk lalu menghentak kasar meja kerjanya. Berani betul si miang itu mempermain-mainkan kontrak.

"Okey, bos!" jawab Cindy lantas berlalu ke almari yang menempatkan 'senjata' mereka.

Buku bertemu ruas. Ada hati mahu main-main dengan Cik Amra Khayra ya? Kau takkan selamat orang tua. Kau tunggu saja aku datang, sekejap lagi aku pancung leher kau.

"Cik, semuanya sudah siap. Jom," ajak Cindy sambil memutar-mutar anak kunci keretanya.

"Let's go babeh!" sahut Khayra dengan senyuman sinis tersungging di bibir. Wah, aku sudah tidak sabar untuk beraksi!

-----------

"Mommy, sila duduk di belakang. Seat depan ni, Jaja punya," marah Cik Suja sambil bercekak pinggang kepada mommynya.

"Eh helo, mommy dulu yang call Dark tau? Jadi, seat depan ni mommy punya," balas Datin Saniah tidak mahu mengalah.

"Tapi mommy tu dah tua kerepot tahu? Langsung tak padan dengan abang Dark," bidas Cik Suja. Fuh, mommynya ini sejenis yang tidak sedar rumah kata pergi, kubur kata mari. Itu lubang kubur sudah memanggil-manggil!

'Astaghfirullahalazim...' Beristighfar panjang Aariz melihatkan ulah dua beranak yang saling berebut tempat di kerusi penumpang sebelahnya.

Seorang si muda, seorang si tua perasan muda. Dua-dua sejenis tidak mahu beralah walaupun mempunyai pertalian darah. Tika itu, Aariz hanya mampu merenung langit. Cerah langit waktu itu seolah-olah bersimpati dengan nasibnya. Malang, tetapi mahu dibuat macam mana demi sesuap rezeki. Haih, Aariz. Kasihan kau.

Melihatkan perang mulut antara dua beranak ini semakin meleret, Aariz akhirnya turun dari kereta lalu mendapatkan mereka. Jika tidak dileraikan perbalahan ini, maka alamatnya sampai ke Zohorlah mereka tidak akan sampai-sampai ke shopping mall.

"Ehem. Datin, Cik. Maafkan saya. Boleh kita bergerak sekarang?" tanya Aariz sopan.

"Anje mahu duduk di sebelah abang Dark," kata Cik Suja lalu cuba memaut lengan Aariz. Namun, malang bagi Cik Suja apabila Aariz terlebih dahulu mengelak ke tepi. Sorry Cik Suja, aku lelaki limited edition. Ceh!

Cik Suja dilihat mendengus tidak puas hati, namun Aariz membiarkan saja lagak gedik gadis itu tanpa mahu memujuk. Sekarang, misinya ialah mahu mengelak daripada dihimpit oleh mak si Suja ini pula. Apa kes orang tua ini cuba menggatal dengannya? Helo, aku teruna suci okey. Argh, stres!

"My handsome baby... miaw!" rengek Datin Saniah tidak berpuas hati. Percubaannya untuk merapatkan diri ke dada bidang Aariz tidak berjaya dek jejaka itu lebih pantas berpusing ke belakang lalu membukakan pintu kereta.

"Datin, Cik, dua-dua sekali sila duduk di belakang. Saya hanya pekerja dan Datin serta Cik ialah majikan saya. Jadi, lebih baik di belakang. Silakan," putus Aariz lalu mempersilakan dua orang tersebut dengan penuh takzim. Wah, parah betul hari ini!

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now