Bab 33 - AKHIR

8.2K 466 217
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Amra Khayra binti Yusha' dengan mas kahwinnya RM 10,000 tunai," lafaz Aariz tenang.

"Sah?" Pak Imam berpaling kepada dua orang saksi yang menjadi saksi akad nikah pada hari tersebut.

"Sah," jawab saksi pertama.

"Sah," jawab saksi kedua.

"Alhamdulillah..." Pak Imam mengangkat kedua-dua belah tangan lalu membacakan doa.

Debaran di dada mulai surut, kini yang tinggal hanyalah denyutan rasa bahagia yang menyelinap masuk ke jantung lalu tembus di hati. Akhirnya hari ini, hari Jumaat yang mulia, dengan sekali lafaz dia sah bergelar suami sekali gus bodyguard halal buat Nur Amra Khayra, cinta hatinya sejak dahulu sehingga kini.

Raranya kelihatan cantik dan ayu dalam sepersalinan baju kurung satin putih. Masya-Allah, bidadarinya memang sangat cantik hari ini.

"Assalamualaikum, sayang." Aariz memberikan salam seraya mendepani Khayra yang sedang duduk bersimpuh dengan diapit oleh Puan Fatma dan Ibu Hamidah di kiri dan kanan.

"Waalaikumussalam, abang." Khayra menghadiahkan senyuman paling manis buat suami tercintanya.

Dup. Dap.

Aariz dan Khayra, kedua-duanya saling beradu pandang dengan rasa bercampur baur. Berdebar.

"Izinkan abang..." Aariz meletakkan tapak tangan kanannya ke ubun-ubun Khayra lalu sebelah tangannya lagi berada dalam posisi berdoa.

"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya. Amin." Aariz membacakan doa selepas akad nikah, iaitu doa bagi memohon keberkatan.

Sungguh, percaturan Allah SWT sangat cantik aturannya. Siapa sangka gadis garang yang pertama kali dilihat menumbuk hidung Dato' Sani di restoran itulah gadis yang akhirnya menjadi suri hidupnya.

Siapa juga menyangka bahawa gadis penerima tisu kulit daripada arwah insan mulia bernama Khalid bin Salamah, iaitu penderma organ paru-paru kepadanya itulah juga akhirnya menjadi pelengkap separuh agamanya.

"Ehem, Aariz. Sudah-sudahlah tu tenung isteri. Tahulah sudah sah, cepatlah batalkan air sembahyang tu," usik Puan Fatma yang berada di sisi Rara.

Splash!

Aariz termalu sendiri. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Duh, malu siot! Tanpa berlengah lagi, dengan lafaz bismillah Aariz menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis Khayra dan Khayra juga membalas dengan menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis Aariz. Akhir sekali, Khayra mencium tangan suaminya, Muhammad Aariz Iktizar.

Zup!

Mata mereka berdua bertemu, perasaan sayang serta-merta bertamu. Khayra malu-malu, Aariz pula terpaku. Ya Allah, Raranya sudah seperti anak kucing. Malu-malu ya?

"Astaghfirullahalazim budak berdua ni..." Giliran Tuan Walid pula beristighfar panjang.

Splash!

Malu! Baik Aariz mahupun Khayra, kedua-duanya termalu sendiri. Duhai hati, cover please! Sudahnya, masing-masing melarikan anak mata lalu mengawal diri sendiri daripada termalu lagi. Aduh, kenapalah masa ini juga jantung mahu buat hal?

"Kalau macam inilah kan Kak Dah, cepat kita dapat timang cucu," bisik Puan Fatma kepada Ibu Hamidah sambil tersenyum-senyum.

"Akak setuju." Ibu Hamidah sama naik. Lantas, kedua-duanya ketawa terkekek-kekek.

Melihatkan reaksi Ibu Hamidah dan Puan Fatma, sekali lagi Aariz dan Khayra berasa muka mereka seperti disimbah dengan air panas. Apa ini ibu, umi? Malulah... aduh sudah ke situ pula fikiran dua orang wanita ini.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now