Bab 21

4.2K 450 185
                                    

"Ehem. Kamu berdua memang kenal ke?" Tuan Walid bertanya pelik.

Mana dia tidak pelik apabila tiba-tiba saja dua jejaka di hadapannya ini saling berbalas pandang dan senyuman lebar terzahir pada bibir masing-masing. Kawan? Saudara? Eh, tertanya-tanyalah dia hubungan dua orang ini.

"Kenal, abi," jawab Malakat seraya bersalaman dengan Aariz.

"Long time no see, brother," ucap Malakat dengan senyuman lebar.

"Ke mana kau menghilang selama ni hah?" Aariz juga turut tersenyum lebar.

Malakat dan Aariz, kedua-duanya saling beradu pandangan seraya berpelukan. Tidak sangka, hubungan mereka sebagai sahabat baik yang terputus hubungan sejak lima tahun lepas, iaitu setelah tamat pengajian di universiti akhirnya akan berubah kepada ikatan keluarga pula selepas ini. Harap-harapnyalah. Insya-Allah.

"Abi, Aariz ni bestfriend Malakat semasa di universiti dulu. Dia inilah yang Malakat cerita dekat abi yang selalu kena jadi imam di masjid universiti," beritahu Malakat kepada Tuan Walid sambil tersengih-sengih.

"Oh yakah? Alhamdulillah. Rezeki kamu berdua berjumpa di sini." Tuan Walid menepuk-nepuk bahu menantu dan bakal menantunya.

Bersyukurnya dia ya Rabbi... kedua-duanya mereka ini dididik dengan didikan agama yang betul. Patut saja Aariz nampak tidak kekok ketika menjadi imam solat di surau tadi. Bagus, abi takkan lepaskan kamu kepada orang lain. Aariz, kamu ialah menantu abi!

Tanpa berlengah lagi, dia mengajak mereka semua untuk menikmati makan malam. Doa sebelum makan dibaca, makanan yang terhidang dimakan penuh tertib dan santun serta sesekali terselit dengan perbualan santai. Berborak santai ketika makan beramai-ramai, inilah masa terbaik untuk merapatkan silaturrahim antara ahli keluarga.

"Aariz, agak-agaknya bila kamu nak hantar rombongan meminang?" soal Tuan Walid.

Uhuk! Uhuk!

Aariz yang sedang menelan nasi tiba-tiba tersedak. Aduhai abi, kenapa tiba-tiba bertanya soalan cepumas macam ini ketika makan? Habis terserlah ketidakmachoannya. Cepat-cepat air yang dihulurkan oleh Malakat di sebelahnya disambut lantas diminum laju.

"Er... abi." Aariz membetul-betulkan suaranya.

Aduh, malulah abi. Sudahlah Malakat pula tersenyum-senyum nakal ke arahnya. Ha, nak membahanlah tu! Kurang asam punya Malakat, nak sepak boleh? Confirm tak boleh, bakal abang ipar tu. Nasib... nasib.

"Nanti bagitahu tarikh. Lagi elok kalau tarikh nikah terus ya," tambah Tuan Walid lagi.

Uhuk! Uhuk!

Ya Allah, Tuan Walid ni advance betul! Tidak sabar mendapat menantu ke apa ni? Sudahnya, buat kali kedua Aariz tersedak. Nasib baik tidak tercekik tulang ayam, jika tidak kempunanlah Tuan Walid mahu bermenantukan dia cepat-cepat. Yalah, tekak sakit tak boleh nak lafazkan akad nikah.

Sekejap, kau sudah kenapa Aariz?

"Abang ni, kesian Aariz. Perlahan-lahanlah, merah dah tu muka budak-budak ni," ujar Puan Fatma acah-acah marah kepada suaminya. Rara yang sedang makan pun nampak menunduk saja. Malu la tu!

"Abang cakap betul apa?" Tuan Walid membela diri sambil tersenyum-senyum.

Bukan dia tidak perasan wajah memerah bagai tomato masak si Aariz dan Rara. Masing-masing kalau boleh mahu menyorok bawah meja, ingat dia tidak tahu? Alah, dia dulu pun macam ini juga masa mahu memperisterikan isterinya. Bapak mertuanya lagi garang!

"Aariz, lagi cepat lagi bagus. Tak nak tunang tapi nak terus nikah pun tak apa. Abi akan kawtim dengan pak imam. Jangan risau, tanggung beres!" Tuan Walid mengangkat ibu jari.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now