Bab 22

4.1K 400 144
                                    

"Tuan Dodo, nampaknya budak tu macam sudah sedar kehadiran kita," ujar Nona.

"Mana kau tahu?" bentak Dodo.

Hish, mental betul la dia dengan orang suruhannya ini pun. Tak nampak ke Toyota Camry milik bodyguard bertopeng tersebut hanya dipandu dengan kelajuan 130 km/j? Normallah pemandu memandu dengan kelajuan itu di atas lebuh raya.

Mahu mengharapkan Nona bahlul ini? Memandu lebih lambat daripada siput. Ada ke patut apabila disuruh melajukan lagi pemanduannya yang hanya 120 km/j, dia pergi berpegang kepada peribahasa biar lambat asal selamat? Kurang asam betul!

"Maaf, Tuan." Nona mendecit perlahan.

Gerunlah dia dengan Tuan Dodonya ini, angin ribut monsun saja. Sekejap baik sekejap tidak, macam orang menghidap penyakit bipolar disorder pun ada. Gila barangkali, menyesal dia memilih jalan kesesatan ini. Tetapi, mahu dibuat macam mana lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Hanya disebabkan dia berjanji dan bersumpah taat setia kepada Tuan Dodo kerana membantu keluarganya yang dalam kesempitan wang, dia terjerumus ke dalam kancah hina, kejam dan gelap ini. Dia sudah menjadi pembunuh upahan sejak berusia 25 tahun lagi!

"Tapi, aku yakin mereka sudah sedar kehadiran kita," tekan Nona lagi. Hatinya yakin.

"Kau diamlah betina. Ikut saja dia orang berdua itu pergi. Kita wajib bunuh mereka berdua!" marah Dodo seraya mengacah menampar Nona.

"Baik, baik Tuan Dodo." Nona menutup bicara lantas memfokuskan kepada pemanduannya.

Hish, seriklah dia dipukul oleh Tuan Dodonya ini. Berbirat badan, meretak tulang. Ini kalau berada pada zaman China purba, tulangnya yang meretak itu boleh dijadikan sistem tulisan, mungkin? Tulang Oracle, orang kata. Bertabahlah, Nona.

"Jalan saja jangan banyak bunyi. Huh!" Dodo mendengus geram dengan ulah Nona.

Anggukan Nona di sebelah hanya dikerling dengan hujung mata. Hish, geram betul dia dengan Nona! Siapa suruh Nona belajar pandai-pandai sampai ke Tingkatan Lima? Banyak bunyi pula si Nona ini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu merbahaya untuk kesihatan, ini pelan tidak elok. Baiklah dia yang tidak sekolah, lesen memandu pun tidak ada.

Malang baginya apabila terpaksa beregu dengan Nona. Jika tidak disebabkan pembantunya yang sentiasa memandu tiba-tiba mabuk ketum malam ini, tidaklah dia terpaksalah meminta khidmat Nona untuk memburu dua orang manusia malam tersebut. Sial betul hidupnya.

******

"Rara, persediaan untuk berjumpa The Lord esok, kau ada backup kan?" tanya Aariz sambil tangannya tetap cekap memandu.

"Ada," jawab Khayra sepatah.

Hatinya runsing dengan keberadaan kereta Proton wira di belakang mereka yang mengekori sejak dari tadi. Namun, boleh pula Aariz menyuruhnya agar jangan risau? Aariz ini betul ke tidak ya? Jangan kata sebab boleh kahwin dengan dia, Aariz tiba-tiba menjadi sewel.

"Bagus. Malam ni nampaknya kau tak dapat balik ke rumah lagi, jadi kau stay di hotel dengan Cindy ya?" ujar Aariz lagi sambil matanya mengerling ke cermin pandang sisi.

"Apa kau nak buat?" tanya Khayra cuak.

"Dia orang nak bermain saja tu. Jomlah Rara, kita pergi dating di i-City  Theme Park. Nak?" tanya Aariz sambil ketawa.

"Kau seriuslah?" Khayra hampir terjerit tidak percaya.

Bukannya dia excited dapat pergi dating tetapi dia mahu menghempuk saja si Aariz ini. Situasi dalam bahaya, boleh pula dia nak pergi bermain? Ya Allah, Ayiz aku ini sudah tidak betul ya?

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now