Bab 25

4K 408 118
                                    

"Huh, tak guna. Disebabkan aku terpaksa mengikut arahan Tuan Lordlah aku tolong kau, Dodo!" Sadad mendengus kasar.

Dalam keserabutannya memikirkan jejak gadis yang menyerupai Rara telah menghilang di sebalik langkah orang ramai, fikirannya melayang kepada perbualannya dengan The Lord. Demi sesuap duit, dia terpaksa melutut dan bersujud kepada lelaki tua tersebut.

"Ingat, harta bapak kau si Sani tu, aku punya. Kalau kau tak tolong aku, kau takkan dapat satu sen pun harta bapak kau. Faham?' Angkuh The Lord berbicara.

"Baik, Tuan Lord. Aku akan ikut semua cakap tuan." Terpaksa, dia merelakan dirinya menjadi hamba The Lord.

Huh. Sadad mendengus marah lagi. Dia yakin yang gadis bersama seorang lelaki di hadapannya tadi ialah Rara. Mana mungkin dia tersalah orang? Rara ialah cinta hati bertepuk sebelah tangannya sejak dahulu sehingga kini. Dari A sampai Z dia mengenali lenggok berjalan Rara.

Sudahnya, dua kali dia menelefon Dodo untuk memberitahu bahawa Rara ada di depan matanya. Namun, dua kali itulah Dodo tetap dengan pendiriannya bahawa orang yang diekorinyalah Rara dan Dark. Eh, Dodo ni buta ke apa? Rara ada depan akulah, tadi dia sedang berjalan menyelit di celah-celah orang ramai.

Huh!" Buat kali ketiga, Sadad mendengus kasar.

Rambutnya yang agak panjang dikuak ke belakang. Stres. Rara, kau datang ke sini dengan siapa? Seorang diri saja atau dengan suami? Nampak seronok saja kau makan gula-gula kapas tadi. Tapi, aku tak nampak pun Dark dekat sini.

Perempuan cantik bertubuh seksi yang berada di sisinya kemudian dikerling tanpa bernafsu. Entah, geram pula dia melihat perempuan tidak cukup kain ini. Sudahlah manja, mengada-ngada pula. Sadad menjulingkan matanya ke atas.

Geram. Itu yang dirasakannya ketika ini apabila malang menimpanya bertali arus hari ini. Mula-mula, dia terpaksa ke tempat ini dek mahu diturutkan sahaja kemahuan teman wanita pakai buangnya ini. Kemudian, malangnya bertambah lagi apabila Dodo menelefonnya dan memberitahu bahawa target mereka berada di i-City bersama bodyguard bertopeng arwah daddynya.

Sebetulnya, pada mulanya dia berasa tersepit apabila mengetahui bahawa target The Lord dan Dodo ialah Nur Amra Khayra, gadis pujaannya. Namun, apabila memikirkan imbuhan harta yang tujuh keturunan makan pun tidak habis jika dia berjaya membantu Dodo menculik gadis itu, serta-merta kesempitannya sirna.

"Laling, laling tengok siapa tu?" rengek gadis yang bagaikan lintah saja menempel di lengannya.

Lamunannya bersepai, geramnya kembali memuncak. Hei betina, geli telinga aku mendengar suara gedik kau, tahu?

"Tengok manusialah sayang. Jomlah kita ke sana pula." Menyampah, tetapi Sadad terpaksa memaniskan muka dan melayan saja gadis genit di sebelahnya. Lubuk emas, ya...

"Okey..." Si gadis melentokkan kepalanya ke bahu Sadad.

"Huh!" Kali keempat, Sadad mengeluh kasar dengan nasib hidupnya.

Ibu bapanya mati dibunuh, dia pula terpaksa mengemis kasih lelaki tua yang dipanggil The Lord demi sesuap harta peninggalan orang tuanya. Bodoh punya bapak aku, kenapa letak nama Tuan Robinson J. Kelly sebagai pewaris? Mat Saleh separuh India itu bukannya ada hubungan darah dengan kau pun!

*******

"Rara, pakai ni." Aariz menghulurkan baju sejuk dan kasut but serta sarung tangan kepada Khayra.

"Okey," balas Khayra dengan teruja.

Wah, seronoknya dapat bermain salji! Setelah siap memakai pakaiannya, Khayra terus berlari ke tengah salji lalu berpusing-pusing dengan lengan dirapatkan ke peha dan kedua-dua belah tangan dikuak. Seronok sangat!

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now