Bab 14

4.4K 473 186
                                    

"Kau cakap apa ni?" soal Khayra.

Sedaya upaya dia cuba menidakkan tutur perkataan yang meluncur laju keluar dari mulut Aariz. Ayiz dan Rara... aku adalah kau? Takkanlah... tidak mungkin. Sangat tidak mungkin!

Ayiz yang dikenalinya gemuk dan hitam walaupun tak adalah hitam mans, cuma kulit budak itu gelap kerana selalu berjemur panas. Setiap kali dia menziarahi Ayiz, Ayiz akan berlari-lari kepadanya dari gerai goreng pisang milik si pemilik rumah anak-anak yatim tersebut.

Ayiz sangat baik. Sebagai 'anak sulung' rumah kebajikan tersebut, Ayiz selalu membantu wanita yang dipanggil 'ibu' di gerai goreng pisang setiap petang. Sejak dari awal perkenalannya dengan Ayiz semasa berusia lapan tahun sehinggalah sebelum kejadian kebakaran ketika dia berusia 12 tahun, Ayiz macam itulah.

Ayiz langsung tidak berubah. Budak itu ringan tulang dalam membanting tulang empat kerat demi kelangsungan hidup semua anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim tersebut. Ayiz sangat baik, lembut tutur kata. Tetapi, manusia di depannya ini? Macam haram!

"Mustahil kau Ayiz aku," nafi Khayra sekeras-kerasnya. Sejujurnya, si hati cuba menidakkan figura di hadapannya ini ialah Ayiz yang dirinduinya.

"Suka hati kaulah Rara. Jomlah ibu dah panggil tu, nanti nak solat Maghrib pula," elak Aariz lalu terus berlalu ke dapur.

Sengaja dia mahu mengelak daripada memberitahu perkara sebenar buat masa ini. Raranya sedang mencerna maklumat sekarang, kalau terima terlalu info terlalu banyak, boleh terpengsan dibuatnya. Ambillah masa banyak-banyak Rara, harapnya volume kau menjerit tidak sampai kalah speaker tok imam di surau sebelah rumah.

'Tak... tak mungkin. Sangat tak mungkin. Aariz tu Ayiz? Never, nahi, choltae andwae! Huh, Ayiz aku sangat baik. Aariz? Mulut macam puaka!' Khayra akhirnya membuntuti Aariz ke dapur dengan hatinya berperang hebat.

"Ha... menantu ibu duduk sini." Melihatkan Khayra dan Aariz berserta Dani masuk ke dapur, laju saja Ibu Halimah mengisyaratkan kepada Khayra supaya duduk di sebelah Aariz. Khayra hanya mengangguk kekok namun Ibu Halimah buat-buat tidak tahu.

"Abang Ayiz, Dani nak tu," tunjuk Dani ke arah karipap dalam pinggan.

'Abang?' detik hatinya Khayra.

Ada sesuatu yang aneh di situ. Namun, dia hanya memilih untuk memerhatikan sahaja ulah kedua manusia di hadapannya.

"Oh, Dani nak karipap ya. Sekejap abang ambil," jawab Aariz lalu mengambil sebiji karipap lantas menyuakannya ke mulut Dani.

Nyum. Nyum.

Terpejam-pejam mata Dani menikmati keenakan karipap pusing berinti sardin hasil air tangan Ibu Halimah. Saja dia nak bermanja dengan Abang Ayiz, lagi disuap lagi dingap. Sedar-sedar, habis sebiji karipap ditelannya.

"Dani nak lagi?" tanya Aariz pula.

"Nak air," jawab Dani sambil tersengih sehingga menampakkan gigi rongaknya. Haih, Dani. Ini semua sebab makan banyak gula-gula.

"Sekejap," balas Aariz lalu menuangkan segelas air putih. Seperti tadi, dia melayan saja ulah Dani dengan mulut gelas pula disuakan ke bibir kanak-kanak tersebut.

"Manja kamu ni Dani. Tadi ibu cakap Dani mengamuk. Kenapa?" tanya Aariz lembut sambil mengusap kepala Dani.

"Sebab Dani rindukan abang Ayiz," jawab Dani polos.

Aariz tersenyum lebar mendengar kata-kata Dani. Aduhai, anak. Kecil-kecil pun sudah pandai sebut perkataan rindu ya. Nasib baiklah orang dirinduinya ialah dirinya, jika dirindu cucu perempuan jiran sebelah tidakkah haru dibuatnya?

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now