Bab 29

3.9K 422 150
                                    

"Tuan Lord, kami gagal," lapor Dodo di talian.

Jam menunjukkan tepat waktu 1.00 pagi. The Lord yang sedang mengelap tukul besi kuku kambing berserta dengan pisau belati kesayangannya hanya mampu mendengus kasar. Dodo... Dodo. Kau memang tidak boleh diharap!

"Sudah, berhenti mengejar Princess Devil. Balik ke sini. Aku ada kerja lagi penting untuk kau buat," putus The Lord seraya menghempas kasar telefonnya ke sofa.

Bengang. Kenapa susah sangat untuk membunuh perempuan bermulut longkang itu? Cis, aku tidak sangka rupanya kau ada pembantu, Princess Devil. Tapi tak apa, kali ini dengan pembantu kau sekali aku buru.

"Hm... hm... em... hm... em..." The Lord menggumam kecil.

Gumamannya berentak mengikut rentak lagu primadona klasik Inggeris yang disukainya. Dahulu, kini dan selamanya lagu itu menjadi kegemarannya. Sebatang curut kemudiannya dikeluarkan dari bekas curut lalu muncungnya dinyalakan.

Srt...

Berkepul-kepul asap dari nyalaan curut memenuhi ruangan pejabatnya. Hisapan dan hembusan asap curut yang memenuhi ruang rongga pernafasannya juga seolah-olah menjadi penawar kepada kegundahan hatinya yang walang dan membengkak marah.

"Aariz Iktizar ya? Nampaknya, bertambah lagi seorang target baru aku. Heh." The Lord terseringai galak seraya merenung tiga keping lagi gambar targetnya yang ditampal di dinding.

"Rayyan Razien, Qarizh Zahwan, Adwan Haffaz... dan terbaru, Aariz Iktizar." The Lord menghisap lagi curutnya lalu menghembus kasar.

"Target aku ni semuanya kacak. Tapi sayang, semuanya akan mati awal. Hahahahahahahaha." Ketawa kerasnya bergema memenuhi ruang pejabatnya yang gelap dan usang.

*********

"Aariz elak!" jerit Khayra seraya bertindak memusingkan stering ke kanan.

Vrom!

Fuh, nasib baik tidak berlanggar dengan kereta yang menghala dari hadapan. Aariz yang memandu dipandang dengan pandangan risau yang menggunung. Aariz, kenapa dengan kau? Ingin sahaja hatinya menjerit setiap kali Aariz terbatuk-batuk kuat dan sesekali kelihatan seperti susah bernafas.

"Mama... adik takut," rintih Yaya perlahan.

Ya, budak kecil berusia lima tahun pun boleh memahami rentak jantung Khayra yang berdebar kencang melihatkan keadaan Aariz yang agak membimbangkan. Aariz ketika ini kelihatan seperti orang yang sakit teruk.

Uhuk! Uhuk!

Sekali lagi, Aariz terbatuk-batuk dengan helaan nafas semakin tidak teratur. Pemanduannya juga kelihatan semakin tidak stabil dengan sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Aariz, kenapa dengan kau?

Tap.

Sejuk-sejuk macam ini sangat tidak baik untuk orang yang ada masalah paru-paru. Rasanya. Khayra terus menghalakan aircond kereta ke cermin hadapan lalu jam tangannya dikerling sekilas.

Pukul 1.05 pagi. Aariz, kenapa kau nampak pucat? Bibirnya digigit perlahan lalu otaknya dikerah agar berfikir lebih kuat. Yaya di dalam pelukannya juga dipeluk semakin erat, sekuat hatinya dalam mengalirkan ketenangan buat kanak-kanak itu.

Tit... tit...

Tanpa melihat nama pemanggil, Khayra sudah mengetahui gerangan yang memanggil di talian telefon pintarnya. Terus saja panggilan telefon yang bergetar dari dalam poket bajunya disambut laju.

"Wana!" seru Khayra deras.

"Terus ke markas kita sekarang. Dodo dan partner dia itu, Cindy sudah secure dengan Light," beritahu Wana.

DIA... AARIZ IKTIZAR [COMPLETED]Where stories live. Discover now