°•°yelah°•°

309 37 8
                                    

[Seminggu kemudian]
[Author pov]

Seminggu sudah berlalu sejak julia masuk ke dalam wad. Doktor still tak dapat keputusan. Tapi....hari ni chenle dapata call dari hospital. Chenle di arahkan untuk pergi ke hospital. Chenle bersama keluarganya segera pergi ke hospital.

Sebaik sahaja tiba di hospital,

"Doktor...kenapa dengan adik saya doktor??" Soal chenle dengan cemas.

"Saya dah dapat keputusan. Dah betul. Adik awak menghidap kanser luekimia." Kata doktor itu.

Ibu julia tetibe hilang keseimbangan dan terus duduk di kerusi dan menangis sambil mia mengusap belakang ibunya.

"Dah berapa lama dia kena doktor?" Soal chenle.

"Ikut apa yang saya dapat. Sebenarnya adik awak dah lama kena tapi dia tak tahu. Dan...adik awak dah tahap 4. Adik awak kena menjalankan pembedahan" kata doktor itu lagi.

"Baby dia macam mana doktor?" Soal chenle lagi.

"Bayi dalam kandungan adik awak kena dilahirkan awal. Disebabkan pembedahan kena dijalankan awal jadi sebaik sahaja adik awak mengandung selama 7 bulan...adik awak kena lahirkan bayi tu dan pembedahan akan dijalankan"kata doktor itu lagi.

"T-terima kasih doktor...boleh saya tengok adik saya??". Soal chenle

"Sama-sama dan silakan" kata doktor itu lalu beredar pergi.

Chenle pergi ke arah ibu nya dan mengajak ibu nya masuk.

Sebaik sahaja mereka masuk, Chenle perasan yang julia sedang memadang ke arah luar. Keadaan julia agak pucat maybe sebab dia tak larat.

Ibu chenle pergi ke sebelah julia dan mengusap pipi julia dengan lembut.

Julia pon senyum ke arah ibunya.

//skip//

Sebaik sahaja mereka dah lawat julia, mereka pulang ke rumah. Ibu julia tanpa ragu-ragu pergi menelefon hendery.

{Fokus dekat hendery}
[Hendery pov]

Dah 5 bulan aku cari julia tapi tak jumpa. Aku buntu. Aku rindukan dia. Aku rindu segala tentang dia. Lagi-lagi bila dia senyum. Aku dah buat kesilapan besar dalam hidup aku. Aku dah hilang orang yang paling aku sayang.

Aku pergi ke dapur untuk masak sebab aku lapar. Tiba-tiba phone ku berdering.

Maaf~ andai kau terluka maafku tak sengaja tanpa sedar~ sakiti mu~

Aku mengambil phone aku ternyata ibu mertua ku call. Tanpa berfikir panjang aku mengangkat call tu.

"Hello mama-" kata aku melalui panggilan.

Aku pelik sebab tiba-tiba ibu mertua ku menangis.

"Mama tak apa-apa ke??" Soal aku dalam keadaan pelik.

"H-hendery...b-boleh tak kamu b-balik china?" Soal ibu mertua ku.

"Kenapa??" Soal aku semula

"Julia masuk wad...d-dia kena kanser" kata ibu mertua ku.

Sebaik sahaja aku dengar tentang berita tu aku tanpa sengaja menjatuhkan phone ku ke lantai. Nasib tak pecah-

Aku dengan segera mengemas baju dan membeli tiket kapal terbang secara online.

Aku ada penerbangan ke china esok. Aku menangis dengan teruk. Dia sakit mesti sebab aku. Aku memang tak guna.

//skip//

Sebaik sahaja aku tiba di airport, aku terus mencari teksi dan pergi ke rumah ibu mertua ku.

[Di rumah ibu mertuaku]

[C] Jealousy || Hendery WongWhere stories live. Discover now