Aini terkenal dengan wajahnya yang dingin.Setiap hari,bukanlah hari untuk dia tersenyum.Malah,tiada sesiapa yang tahu apa yang sedang dia alami dalam dirinya.Meskipun,Aini kelihatan dingin,hatinya tidaklah sedingin itu apabila bersama keluarganya.
Aini mungkin kelihatan tidak ambil berat tentang keluarganya namun dari lubuk hatinya ada rasa kasih sayang yang terlalu banyak hingga tidak mampu untuk dilontarkan melalui 'kata-kata' sebaliknya amarah yang entah untuk siapa dilepaskan pada setiap ahli keluarganya.
•○●□■☆■□●○•
"Ibu,susah sangat ke nak faham Aini?.
Aini dah berusaha.Aini selalu berusaha.Kenapa ibu selalu sangat nak marah Aini?.Kenapa? Sebab Aini tak pandai macam kak Aina? Sebab Aini tak sopan macam Amni?.
Aini ni siapa ibu?.Aini ni anak angkat ke?." Tanya Aini bertubi-tubi pada ibunya, Puan Asiha.Puan Asiha hanya mampu terdiam seketika.Beliau tak tahu apakah jawapan yang mampu menjawab pertanyaan anak tengahnya itu.
"Kenapa ibu diam?.Rasanya sakit bukan?.Aini sentiasa rasa diabaikan.
Ibu dan ayah tak pernah tanya pun apa yang Aini alami dekat sekolah.Cikgu-cikgu pun tak pernah nak tahu pasal Aini yang mereka kisah tentang kegagalan Aini.Kenapa ibu?.Kenapa?.Aini ni nampak macam tak ada masa depan ke?.Jawablah ibu!.
Kenapa diam je?."Tiba-tiba,puan Asiha terus pengsan lalu beliau kelihatan tidak mampu bernafas.
"Ibu.......? ibu kenapa dengan ibu!.
Ibu bangunlah! Ibu bangun ibu!.Ibu tolonglah bangun!." Meskipun Aini menjerit sekuat hati Puan Asiha tetap tidak sedarkan diri dan akhirnya meninggal dunia.Dunia menjadi hitam dan putih buat seketika.Kedengaran surah Yasin memenuhi segala ruangan rumah Aini.
Ayah Aini,Encik Sulaiman hanya mampu menahan tangisannya apabila melihat isterinya dimasukkan ke dalam liang lahad.Kakak sulung Aini iaitu Aina dan adik bongsu mereka,Amni menangis teresak-esak.Manakala,Aini hanya mampu berdiri kaku.Air matanya,tidak mampu keluar untuk menangisi pemergian ibu tercinta."Salah aku. . .aku yang bunuh ibu.
Aku bunuh ibu dengan pertanyaan aku yang bodoh".
Bisik hati Aini.Kring~!!!!!!!
Aini terus terbangun dari tidurnya yang lena.
"Mimpi rupanya.....haihhhh
tak guna punya mimpi buat aku hilang akal je".Rupa-rupanya,ia hanyalah mimpi buruk semata-mata.
Hari Aini berjalan seperti biasa tepat jam 5:30 pagi dia pun bergegas mandi dan memakai seragam sekolah yang lengkap mungkin agak pelik bagi sesetengah orang,tapi memang itu cara Aini memulakan hari persekolahannya dan tidak lama kemudian,azan subuh pun berkemundang yang menandakan masuknya waktu solat subuh.Tanpa berlengah,Aini terus mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama keluarganya.
•○●□■☆■□●○•
Pada pukul 6:30 pagi. . .
* Aini dan keluarganya bersarapan *"Aina lepas balik sekolah nanti boleh teman ibu ke pasar?".Tanya Puan Asiha."Oh,boleh je. . .lagipun,kelas tambahan dibatalkan hari ni.So,bolehlah Aina temankan".Jawab Aina sambil tersenyum manis.
"Jadi,pelajar tingkatan 5 balik macam biasalah ni?.Aduh".Aini mengeluh.
"Yalah,ramai cikgu busy sebab SPM dah nak dekatkan.Cikgu kelas aku pun ada urusan juga".Kata Aina.
"Sudah.Cepat habiskan makanan tu".
Kata Encik Sulaiman.
"Baik ayah".Jawab mereka berdua serentak.Aina dan Aini akan ke sekolah dengan menaiki van manakala Amni pula dihantar ke sekolah oleh Encik Sulaiman.
YOU ARE READING
Hingga Jumpa Lagi (akan disunting)
Teen Fiction𝙌𝙎. 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙣𝙖𝙛𝙞𝙦𝙪𝙣: 11 وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah tiba waktu kematiannya. Dan Allah Ma...