Chapter : 01

64 7 0
                                    



"Mana perginya budak bertuah ni!?"

Yunhee mendail nombor yang sama berkali-kali sejak 45 minit yang lalu, namun masih tidak terjawab oleh adiknya.

Jam di dinding dipandangnya sambil menanti panggilannya kali ini dijawab.

Seminit. Dua minit. Tiga minit....

Yunhee mengeluh untuk kali yang entah ke berapa.

"Kau memang suka buat unnie risaulah!" bebelnya kesal.

Yunhee mundar mandir diruang tamu, kepalanya dipicit. Rusing dia memikirkan perangai adik tunggalnya itu. Sikap keras kepalanya kadang-kadang memang tak boleh bawa bincang.

Tapi sekarang bukan masanya untuk dia nak cari salah, dia memerlukan pertolongan untuk mencari adiknya, risau benar dia jika berlaku sesuatu.

Dia mencari-cari nama seseorang untuk dihubunginya.

Sebelum dia meneruskan niatnya itu, Yunhee berfikir sejenak sama ada wajarkah tindakannya untuk menelefon dia ditengah malam begini, tapi kerana kerisauan yang semakin memakan diri, Yunhee akhirnya memutuskan untuk tetap menghubungi 'penyelamat keadaan' itu.

Yunhee menunggu untuk beberapa saat sebelum panggilannya dijawab.

"Noona?"

Yunhee menarik nafas lega, "Jun-ah... umm.. noona menganggu kamu ke? Noona tau dah lewat malam sekarang ni tapi noona dah buntu nak buat apa dah sekarang ni. Kamu je yang boleh tolong"

Yunhee mendengar satu keluhan kecil di hujung talian.

"Yoojung buat hal ke?"

Yunhee juga mengeluh sambil memicit dahi, boleh sakit kepala dibuatnya jika memikirkan soal adiknya yang sorang itu.

"Noona minta maaf.. bukannya noona nak menyusahkan kamu tapi Yoojung tu sejak dari pagi lagi tak balik- balik.. kita orang adalah salah faham sikit biasalah Yoojung tu.. kamu bukan tak kenal perangai keras kepala dia. Lepas je keluar rumah pagi tadi sampai sekarang dia tak balik-balik. Noona risau sangat ni, kamu pun tau kan dia berkawan dengan siapa sekarang ni.. entahlah.. bukan nak fikir yang bukan-bukan tapi macam kamu jugalah noona pun tak berapa nak percaya sangat dengan kawan dia tu.. noona takut kalau-kalau-"

"Noona.."

Dia memotong percakapan Yunhee.

"Noona jangan fikir yang bukan-bukan okey. Takpe, sekarang ni noona bertenang dulu.. biar saya keluar cari dan bawa balik Yoojung okey"

Yunhee duduk di sofa "kamu tahu ke kat mana nak cari dia?" Soal Yunhee yang juga agak risau untuk membiarkannya mencari Yoojung di tengah malam begini.

"Saya rasa saya tahu dia ada kat mana, takpe noona tak payah risau.. nanti bila saya dah jumpa dia saya mesej noona ya.."

Yunhee tersenyum. Lega hatinya tatkala mendengarkan itu.

"Okey.. Gomawo Yeonjun-ah"

                                   ••••

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now