love again ; twenty one

327 43 3
                                    

kini , mark menekup wajahnya. dia penat , dia lelah. adakah dia memang tak layak bahagia?

remi ataupun nama asalnya rise , masih berada di dalam bilik kecemasan . mina berada disamping sungchan dan yang lain duduk dalam satu kelompok.

puan lee menangis cuba menenangkan mark.

" siapa suami— "

" saya! " cepat - cepat lelaki yang membuat kacau di majlis tadi berdiri .

" puan remi dah stabil , cuma saya ada perkara sikit nak cakap dengan encik boleh? sila ikut saya. " lantas lelaki itu mengikut doktor yang merawat rise.

" mark hyung , kitorang ada benda nak bagitahu hyung. " ujar renjun. mark memandang renjun . wajahnya terlihat pucat.

" gambar yang hyung dapat haritu . ada yang hyung tak perasan . " jaemin mengeluarkan sekeping gambar dimana terdapat seorang perempuan iaitu rise dan dibelakangnya—

dan ya , gadis itu remi. still didn't get it?

selepas habis sekolah menengah , mark bertunang dengan katsuno remi . mereka berdua bahagia dan gadis itu berjaya merawat hati mark yang terluka .

namun semuanya berubah tatkala remi ditimpa kemalangan maut saat mark harus berkerja di luar negara . pada saat itu cuma puan lee yang tahu dan saat mark pulang ke korea , dikabarkan bahawa remi sudah meninggal . mark tidak percaya akan hal itu dan dia masih percaya bahawa remi masih hidup.

saat ke dubai bersama mina , dia bertemu dengan rise yang mengenalkan dirinya sebagai remi .

" sebenarnya alasan kenapa jisung , shotaro hyung dengan jaemin hyung lambat semuanya sebab ni. " jisung membuka telefonnya dan memainkan video yang dia dapat dari pendrive donghyun.

" baiklah , harini rise selaku kakak mithali akan melawat remi , si adik! adik say hi! " wajah pucat remi tersenyum manis kepada kamera.

" jadi harini , remi nak nyatakan hajat betul tak? remi nak nyatakan hajat untuk tunang kesayangannya , lee mark. "

mata mark berkaca . melihat senyuman di wajah pucat lesi itu ibarat ditikam secara berkali - kali .

" markeu-ya , bila awak tengok ni . maksudnya saya dah amanahkan kakak untuk bagi video ni dekat awak. terima kasih sebab kongsi kasih sayang awak dengan saya. saya hargai sangat-sangat. saya harap awak dapat bahagia walaupun bukan dengan saya. "

mark seperti sesak nafas mendengar kata-kata si gadis kesayangannya . apa dosanya , wahai tuhan.

" mark , saya tahu awak rasa sakit bila teringatkan dia. tapi saya yakin , saat awak buka hati awak untuk menerima segala pengorbanan dan permohonan maaf dia , awak akan rasa tenang . percayalah saya mark. saya minta maaf sebab tak mampu tunaikan janji saya untuk jadi pendamping hidup awak dengan mama. "

setitis demi setitis airmata mark jatuh bukan sahaja mark tapi mina juga.

" mark , saya sayang awak sangat-sangat. saya mati pun , saya sayangkan awak mark. terima kasih sebab jadi yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya sampai sekarang. aishiteru , lee minhyung. " senyuman terakhir dia berikan kepada mark.

" kakak , janji tau kakak bagi dia video ni lepastu suruh dia buka hati dia untuk perempuan lain. kakak janji tau? "

  " iyaaa kakak janji , adik. " namun apa yang terjadi? si kakak egois dan mengkhianati adik sendiri dengan merampas mark dari mina.

" mama , kalau mark jadi pembunuh , mama akan tetap sayang mark kan? " puan lee menggelengkan kepalanya saat mark berdiri.

" aku nak pergi jumpa perempuan tak guna tu. dia khianati adik dia? dia khianati tunang aku? kenapa! " jerit mark. dirinya dibelenggu rasa kecewa , marah dan sedih.

" mark jebal— "

  " kau diam mina! " bahu mina terhincut saat ditengking lelaki yang sudah berjalan dengan terhuyung-hayang .

" aku... aku akan bunuh dia— "

" mark!!! "

dia merasa lelah , penat. dia ingin tidur sekarang . tidur dan tidak lagi membuka matanya untuk dunia yang kejam ini .

izinkan mark tidur buat selamanya dengan aman .

×××

tit tit tit tit ...

setiap titisan air iv drip itu meluluhkan hati mina. lelaki yang masih terbaring lemah diatas katil ini dia tatap dengan mata yang sembab . sudah tiga hari.

" mark , tak baik awak buat saya macamni. takkan lepas dah tahu semuanya , awak masih nak tidur lagi? " perlahan-lahan tangan mark dia genggam dan dia kucup .

" saya tahu awak penat mark. kalau saya dekat tempat awak , saya pun akan rasa benda yang sama. tapi mark , awak tak boleh putus asa. awak still kena jaga mama. "

" atau awak nak mama pergi dekat uncle taeyong? nanti awak menyesal kekeke . " dia tertawa kecil namun airmatanya masih menitis.

" mark , saya dah nak kena pergi lepasni. awak tak nak hantar saya pergi airport dulu ke? awak jangan menyesal kalau saya bawak balik lelaki mata biru luar sana. " namun sayang , mark tetap tidak akan membuka matanya .

mina mengeluh dan tersenyum nipis . rambut mark diusap lembut dengan penuh kasih sayang.

" noona , jom? kejap lagi noona dah kena pergi airport. nanti terlambat pulak. " sungchan menutup kembali pintu wad mark itu.

" mark , saya minta izin dulu ya? saya tak boleh tunggu awak lagi dah. semoga awak boleh bangun dan tersenyum macam selalu balik. saya sentiasa cintakan awak. " dahi mark dikucup lembut dan penuh dengan cinta.

" selamat tinggal , lee mark. "

tbc

two more episodes and we can end end this story! excited or not? still terfikir either bittersweet ke sad ke happy ohoho! vomment juiceayo ❤️

[✓] LOVE AGAIN ; mark leeWhere stories live. Discover now