Aku Eden. Aku anak kedua dari tiga adik beradik. Berat aku 85 kg. Kalau markah peperiksaan aku sama macam berat aku, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang aku ni lembab sikit pasal belajar, jadi aku redha jelah. Ramai orang cakap yang mulut aku macam puaka, tapi aku tak rasa betul pun. Aku hanya menyatakan benda yang fakta sahaja tapi kalau itu buat mereka terasa, lantak merekalah. Hidup aku hanya ada Yuna dan Husna, dua sahabat baik aku. Papa dan Mama aku langsung tak pedulikan aku. Sebenarnya papa dan mama langsung tak pedulikan semua anak-anak dia. Jadi kami bebas buat apa sahaja yang kami inginkan. Masalah mula timbul bila ada seorang mamat sengal putus fuse muncul dalam hidup aku. Apa perasaan aku yang sebenarnya pada si mamat putus fuse tu. Nantikan kisah aku.