[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupnya, dia seakan sedikit lupa bagaimana untuk bersikap tenang. Dia mudah menggelabah dan tergagap-gagap apabila berhadapan dengan Danial. Entah magik apa yang Danial sudah lakukan kepadanya. "Abang handsome, boleh Dani peluk abang tak?"-Danial "Tak boleh"-David "Habis tu kalau Dani nak kiss abang boleh?"-Danial "Kau... kau grrr-gay ke?"-Danial Persoalan demi persoalan muncul di benak fikiran David. Akankah persoalan itu terjawab akhirnya? Siapa Danial sebenarnya? Apa yang Danial mahukan daripadanya? Disini pula bermulanya kisah seorang gadis bernama ARMELYN ASYUHA. Dia seorang gadis biasa yang hidup bersama ibu dan adik angkatnya. Malangnya hidup dia kerana dua manusia itu langsung tidak menyukai dirinya. Segala kebaikan yang dilakukan hanya lah penipuan semata-mata untuk mendapatkan harta. EZRA HADIF, tampannya usah dicakap. Ketampanannya mampu memikat hampir semua gadis di Kota Xhandelion. Perangainya yang nakal dan ceria mula berubah sejak berjumpa dengan Armelyn. Mahu dikata garang, tidak. Mungkin boleh dikatakan menjadi seorang yang lebih tegas. "Aku tak nak kata-kata maaf kau! Aku muak tahu tak?! Asyik minta maaf je. Murah sangat kata-kata maaf kau. Kau tak ada perkataan lain ke nak cakap?"-Ezra "I am sorry"-Armelyn "ARGHHHH! Boleh gila aku dengan kau ni! Aku tak nak dengar kau cakap maaf! Tak kira lah sorry, mianhae, promiňte, mi dispiace atau apa-apa je lah! Yang penting, aku tak nak dengar! Faham?!"-Ezra Warning: Bahasa kesat dan 16+ START: THURSDAY, 27OGOS2020 END: WEDNESDAY, 13OCTOBER2021