Terlahir sebagai anak perempuan tanpa kasih sayang yang lengkap dari kedua ibu bapa itu adalah sebuah kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan. Apatah lagi saat ayah kandung sendiri yang membenci tanpa alasan. Ditambah pula dengan kehilangan ibu yang tersayang telah merapuhkan lagi semangat hidupnya sebagai anak tunggal. "Awak... terlalu kuat. Awak perempuan pertama yang saya pernah lihat menjadi sekuat ini. Saya sendiri pun rasa takkan mampu jadi kuat macam awak, Asya." -Athari Baihaqi. "Awak silap, saya bukan perempuan yang kuat dan tabah hatinya. Saya lemah... sangat-sangat. Tapi apa lagi yang saya perlu buat selain hadap semuanya dengan sabar?" - Dhuha Asyara. Disaat kekuatan dan sinar hidupnya dibawa pergi. Hadir pula si jejaka yang penuh sinar dan ceria menyirami hari-harinya tanpa jemu. Hati mahu mengakui rasa cinta pada si jejaka namun ada hati lain yang perlu dijaga. "Dia tunang aku. Hak aku. Jangan bermimpi disiang harilah, bro!" -Zayne Riqsar Lee. "Jangan risau, aku tak kacau hak orang. Tapi sekali kau lepaskan dia, dia akan selamanya jadi milik aku." Athari Baihaqi. "Berambus! Jangan bagi aku tengok muka kau sampai mati!" Tuan Hazir. "Mungkin saya tak layak bahagia?" Dhuha Asyara. Dia mahukan kebahagiaan itu, namun tatkala badai yang melanda satu persatu buat dirinya semakin patah dipukul ombak. Mampukah Dhuha kecapi sinar bahagia yang dia inginkan? Start : 7/10/2024 End :